Saturday, July 31, 2010

Harith Haikal Part III

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
31 Julai 2010, 19 Shaaban 1431, pukul 8:38am waktu Malaysia.


Semalam, dapat teguran dari someone yang dah sebulan tak update blog, katanya saya dah lama tak update blog. Busy sangat ke praktikal? You are so gonna get a kick if i meet you la. Selamat jauh. Cakap orang, awak pun sama! Haha.


Sedar tak sedar dah tiga minggu saya praktikal, tinggal seminggu je lagi. Pidah dgn Fadh dah habis dah, Yuyu tak tahu la macam mana. Rasanya dah habis jugak. Dah tiga post jugak bertajuk Harith Haikal, and this one i'm definitely gonna talk about him. Borink la kalau lama2 tajuk sama. Hehe.


Harith Haikal is one of the many patients I met when I was doing my practical in the peadiatr
ics ward. Harith Haikal is one of the many yg buat saya banyak refleks balik diri saya. He was about 1 year 4 months when he was admitted due to pneumonia and bronchitis. He has beautiful eyelashes, which reminded me of Auni at home. And I could say he is somehow different from other sick kids.

Auni and her beautiful eyelashes. Nampak ke eh kat gambar ni?

He was born prematured, and the doctor said that his chance of survival was only about 50/50. Tapi Allah masih mahu Harith Haikal hargai dunia, Allah panjangkan umur dia sampai sekarang. His parents are the working type, and he lives with his nanny almost all the time. Even during his staying period in the hospital, not even once his parents came to visit him because they were busy. I was told that his father was in an outstation at Genting Highland at that time.

I seldom saw him crying. The only time he cried out loud was whenever he was given the nebulizer. Compared to some other kids who'll just cry on the sight of doctors and nurses, he'll instead smile. Compared to some other kids who'll refuse treatment, he'll accept whatever he was given. Compared to some other kids who are afraid with strangers, he regards them as people he already knew. And even seminggu sebelum tu, I worked a lot with babies kat O&G, tapi Harith Haikal adalah kanak2 pertama kat Hospital Yan yg I got the courage utk dukung. Yatta!!!!!!


That's why he left quite a deep impression in me. He is clever. And I pray that you'll lead a happy and healthy life. Okay, nak search for aplastic anemia nih. Is it just me or my posts are actually getting boring?? Haha. I wrote what I want to, so not a big deal even if it was boring. Daa~

Monday, July 26, 2010

Harith Haikal Part II

In the name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful.
Monday, 26th July 2010, 15th Shaaban 1431, 2059 local time.

I tuned my laptop to the song 'Forever', which I have been mentioning before just to find the feel and the mood to write.

Hari ni 15 Shaaban, Nisfu Shaaban; hari buku amalan kita dinaikkan ke langit dan digantikan dengan buku yg baru. Dulu masa kat Jenan, orang kata masa Nisfu Shaaban baca Yaasin tiga kali. Saya pun amalkanlah dalam keadaan taklid buta tak tahu apa2. Astaghfirullahalazim. Sekarang alhamdulillah Allah tambahkan sikit ilmu, untuk lebih kenal dan tahu dan sedar apa tujuan untuk setiap perkara yg saya lakukan. Jangan main ikut je, without reasons. Semoga buku catatan yang baru sahaja dinaikkan penuh dgn amalan2 yg diredhai dan diterima Allah. Dan tinggilah harapan agar buku baru ni padat dgn ibadat dan amalan yg elok2.

Alhamdulillah, 11 days passed since I started my practical here in Yan. Still eight days to go. Can't wait to go home lah. Being sent to female ward, seeing all the grandmothers made me miss Tok so much. Tak pernah lagi jumpa Tok since balik ni, cakap pun via phone je. Rindu Pak jugak, tapi mengenangkan sini payah sangat nak dapat topup, I stopped myself from calling home. Huu, tahan la Shiela. Sebulan je pun, manja sangat aih!

Erm, 15 days to Ramadhan ea..?? Sekejapnya dah nak puasa. Pastu raya. Pastu balik Poland. Pastu retake Biophysics. Pastu start second year. InsyaAllah, semoga Allah panjangkan umur. Time does fly so fast. Ouh, lupa nak mention. In between, i'll be 20. Can't believe it myself, dah tak ada belas2 lagi dah. If Mak is still here, she'll be 56 while celebrating my 20th birthday.

Which reminded me that she gave birth to me when she was 36. Which reminded me that while I was doing practical in the paediatrics ward last week, two newborns were diagnosed with down syndrome, and both were born by mothers aged more than 40. Which reminded me to be grateful that I was born perfectly healthy, not even once since my day of birth that I've been staying in the hospital as a patient.

Which reminded me that this is the second post with the title 'Harith Haikal' but not even once have I mentioned anything related to anyone named Harith Haikal. Okay, KIV for next post lah. This post is too panjang already. Ouh, by the way, i got headache reading all the medical terms used here, gotta get used to those la. Even the word 'd/t' took me two weeks to identify that it actually stands for 'due to'. *sigh*

Hope to see you again in the next post! ^^

Saturday, July 24, 2010

Harith Haikal

In the name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful..
Saturday, 24th July 2010/12 Shaaban 1431, 1003 local time...


It's weird when you suddenly missed something you've never thought of missing. Nine months in Poland, I kept comparing it to Malaysia. How good Malaysia is, how efficient the transports are, how delicious the food, so on and so forth.

And now out of the blue I missed Poland. I missed how i greet people 'Dzien dobry' on the street. I missed how my friends and I had to bersilat to make the people understand
what we were talking about. I missed how we would talk freely on the tram while ignoring all the staring we got. I missed how I used to go out when I'm depressed and coming home feeling alive again. I missed how much I loved cooking, but could never really improve my cooking skill.

I missed having usrah with Kak Dina and Kak Wani every weekend, where I got to tease Kak Wani and manja2 with Kak Dina. I missed to hear Fadhlina membebel and menjerit every morning just to wake us up. I missed the way Afidah hold my hands so tightly while teaching a stupid student like me how to ice skate. I missed to listen to Thohirah's screaming at one minute, and suddenly hearing her laughing at the other minute.


I missed walking alone at the park near the zoo. I missed going to Galleria just to buy Tiramisu because I was so
overly addicted with it. I missed having to smile and wave hands at the 58 bus driver. I missed to board the new tram and sit at the back seat. How weird that I even missed the Anatomicum building; the lecture hall where I used to play games on the phone during Prof Topol's lecture, the laboratory and the lab assistant who was like having a crush on Thohirah, the 2nd floor where we changed the hallway to a temporary surau.

I missed the classmates too even though I barely talked to them. Marcel, who was like a brother. Michael and Andrea. Patricia. Saul, whom we used to giggle over, gossiping him with Afidah. Jorge. Phillip. Sara. Pepe, the one that I've never really talke
d to, but the one that YM-ing me whenever there're tests and exams asking if I already got the questions for previous years. Maria, the sweetest girl with her beautiful smile. Anthony, and his dances. Wesam, and his stupid jokes.

Okay, I'll stop here I guess. I'm listening to a Korean song, Foreve
r by SS501 and it kept me reminiscing! Okay2, babai!!!

Tuesday, July 20, 2010

Birthday Wish + Rambling

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Hari ni Selasa, 20 Julai 2010 bersamaan 8 Shaaban 1431. Sekarang pukul 8:07pm waktu Malaysia. Post ni konfem2 nanti letak jam waktu Poland sbb tak tukar. Biar jela.

Bila lama2 tak blogging ni dia jadi malas jap nak start balik. Tapi bila bukak je, tengok orang lain mesti update. Hatta Apple yg dulu duduk KYUEM naik berabuk blog dia sekarang ni pun dah semakin lincah blogging. Hehe. As, Kirah takyah kata la kan, asal bukak ada je post baru. Bagus betul rakan2 tercinta ni, memberi saya peluang untuk mendekati life dorang yg kalau nak contact tu payah la sikit. Through blogging jela dapat catch up sikit2.

Malam ni pening kepala tiba2. Lama dah jarang pening, selalu pening ni sebab baca buku, sekarang ni cuti mana la rajin nak pegang buku. Kalau kat Poland ni rasanya dah lama telan painkiller. Tapi duduk sini takde pulak stok, selamat la sikit. Kalau bergantung sangat pada medication pun tak bagus jugak kan. Haihh. Entah2 sebab kerap sangat mengadap laptop tak..bukak laptop pun kadang2 melagha bukak entah apa2. Tak memberi manfaat, tu pasal kot.

Nak tulis amende ni eh? Allah, dulu ni ada je idea mencurah2, sekarang ni jenuh pulak nak pikir. Praktikal lagi dua minggu setengah. Nak balik rumah! Bosannya sorang2, kawan tak ada nak buat sembang, tu yg agaknya desperate sangat terngorat patient umur 9 tahun. Hehe. Hari tu waktu awal2 masuk ada sorang MA tgh buat praktikal jugak ngejek sbb saya tak berani dukung baby. Baby baru sehari takut ah nak pegang, lembik longlai lagi. Tapi sekarang ni dah boleh sikit2, seronok tengok baby hari2. Bahagiaa~ ^^

Ouh lupa. Kalau la tiba2 Mizah terbukak page ni, Happy birthday the 20th ye. Semoga Allah memmberkati hidup 20 tahun yg lepas serta tahun2 yg mendatang. Sayang sangat sama anda~

Nak tido, tapi belum masuk Isya', nanti terlajak, tapi pening. Tak bermanfaatnya penulisan kali ni. Teringin nak menulis cerita macam zaman sekolah and MSU dulu, tapi sekarang ni entah ke mana dah hilang bakat menulis tu.

Friday, July 16, 2010

Pulang Sudah..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Hari ni 16 Julai 2010, bersamaan 4 Shaaban 1431.

Alhamdulillah, tiba2 je ada mood nak menulis. Lama dah blog bersarang ditinggalkan, kesian blog. T_T Hari ni diberi kesempatan masa dan kesempatan jiwa untuk menulis. Lama tak menulis, bukan sebab tak ada benda best berlaku. Malahan dalam tempoh beberapa minggu ni tak menulis, banyak sangat benda yang terjadi.

Alhamdulillah, dah selamat pindah rumah. Alhamdulillah, dah selamat menetap dengan selesa di rumah baru. Alhamdulillah, dah selamat merasmikan dapur baru masak nasi goreng kampung. Alhamdulillah, dah selamat lepas security check kat airport ;Warsaw dan Heathrow..punya la cuak takutkan luggage exceed berat. Alhamdulillah, dah selamat jejak KLIA seawal pukul 5pm 1 Julai hari tu. Alhamdulillah, dah selamat jumpa dan makan2 dengan Abg E, Kak Ieda, Kak Nini, Abg Saiful, Lis dan Lissa. Alhamdulillah, dah selamat jugak jumpa Nada dgn Mashi masa meronggeng ke Mid Valley sampai pukul 10pm baru balik rumah. Alhamdulillah, dah selamat jugak sampai ke Perlis, kemudian pergi Ipoh jumpa Zatil, Wani dgn Husna. Pastu selamat balik ke Perlis balik. Alhamdulillah, dah selamat jugak makan ikan bakar dan side dishes yg sangat banyak kat Kuala Perlis dgn As dan Wani. Alhamdulillah, akhirnya selamat jugak berpraktikal dekat Yan ni sorang2. Dan sekarang tgh membilang hari nak balik ke Perlis balik, membilang hari nak bertemu Ramadhan balik. Membilang hari nak balik ke Poland balik.

Hm, tu la ringkasan apa yg berlaku sepanjang saya tak menulis blog ni, dah masuk 2 minggu lebih. Macam tak lama sangat, tapi kenapa rasa lama ye? ^^ Sedih sedikit, esok walimah Kak Izzat dengan Uncle Izmil, tapi keadaan tak membenarkan saya hadir. Takpe la, walaupun tak hadir, saya mendoakan yang terbaik untuk kedua-kedua pengantin baru. Semoga kehidupan bergelar suami isteri bakal diberkahi, insyaAllah. Pastu tak dapat jugak hadir ke daurah kat Serdang. Oh, ni lagi sedih. Rasa macam tak patut sangat tak hadir. Dah la Spring Camp hari tu pun tak berkesempatan pergi, kali ni pun tak dapat. Allah, takut2 kalau lama sangat hati ni dibiarkan tak terisi dan tercaj, lama2 berkarat.

Seminggu hidup di Hospital Daerah Yan, saya dah macam masuk Jenan balik. Hari2 pakai baju kurung, kebiasaan yang dah lama tak diamalkan sejak bergelar pelajar oversea. Hari2 mandi awal2 pagi, kebiasaan yang dah lama jugak sengaja dielakkan sejak dah tak ada kelas Polish pukul 8pagi. Yang paling tak tahan tiba2 je terasa sengal2 bila basuh baju pakai tangan. Huh, last basuh baju pakai tangan masa kat MAIS dulu. Manja sangat Shiela ni..

Even baru seminggu praktikal, saya dapat pengalaman yg sangat2 berharga. Awal2 dulu selalu jugak mengadu dekat Iffah, Fadhlina dgn Pdah..bosannya praktikal sorang2, dah la macam blur tak tahu nak buat apa. Tapi lepas tu, tertunduk kejap kena sepak. Perancangan Allah tu sangat perfectlah, Dia ada sebab mengaturkan semua supaya jadi macam ni. Saya dapat tgk kesakitan ibu masa nak bersalin, secara live. Macam mana ibu2 terpaksa tahan sakit semata2 agar anak2 dorang dapat tengok dunia. Macam mana ibu2 paksa diri untuk ignore kesakitan yg dorang rasa semata2 untuk baby kat dalam rahim. Allah, tak tahu macam mana saya nak lampiaskan dgn kata2. First time saya tengok memang saya bagitahu diri sendiri sampai bila2 pun tak nak mengandung dan bersalin!! Tapi, bila terpandangkan baby yg baru berusia 5 minit, bila terpandangkan baby terkial2 nak celik mata, bila first time si baby pegang jari telunjuk saya dlm genggaman dia, i decided that it’s worth all the pain and exhaustion.

Seminggu ke hulu ke hilir dalam wad O&G buat saya banyak berfikir. Ruginya rasa kalau kita membesar jadi manusia yg tak mengikut syariat dan perintah Allah. Sebelum kita lahir, kita berjanji dengan Allah untuk menjadi khalifah di muka bumi, untuk menjalankan amar makruf nahi mungkar. Ruginya rasa kalau kita membesar dalam keadaan kita ingkar terhadap janji tu. Bukan senang nak jadi manusia terpilih untuk tengok dunia. Bila dah terpilih pulak, bukan sedikit kesusahan yg perlu ibu kita hadapi selama lebih kurang 37 minggu mengandungkan kita. Ruginya rasa kalau tiba2 kita membesar tanpa sedikit pun memikirkan semua tu. Allah sendiri menyeru kita untuk berfikir dan bermuhasabah dengan setiap sunnatullah kan, sebab kalau kita perhati betul2, ada pengajaran yg kita boleh dapat dari sekeliling kita..

Ouh, ni gambar dari balkoni hostel. Sawah padi yg mendamaikan mata yg memandang. Nama pun negeri jelapang padi, padi jela kiri kanan. Saja2 je nak letak ni..

Kan kuukir namamu di awan Gunung Jerai..

Bersaksikan padi daun nyiur melambai..

Katakanlah (Muhammad), “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang megikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin. Mahasuci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang yang musyrik.”- 12:108