Thursday, August 12, 2010

Saya Student UKM

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.
Hari ni 12 Ogos 2010, 02 Ramadhan 1431, pukul 11:18am local time.

FOA, alhamdulillah. Bersyukur masih diberikan peluang untuk merapu kat sini, di samping masih diberikan kemampuan dan kesempatan untuk berpuasa lagi tahun ni. Bulan Ramadhan ni konfem boleh ingat tarikh sampai ke 30hb la kan, sebab tak sabar nak habis puasa nak tunggu raya. Huhu. Kalau saya yang dulu, mungkin begitu. Saya yang sekarang pulak, masih jugak macam tu, bulan Ramadhan je yg boleh nak ingat date tiap2 hari, tapi dengan pemahaman yg lebih mantap insyaAllah; kenapa saya sebenarnya berpuasa. InsyaAllah.

Erm, mahu ambik kesempatan nak wish something dekat Mashi and Apple. Hari ni result dorang kuar. Kalau result okay, ada rezeki Mashi akan fly ke Germany, Apple ke UK. Mudah-mudahan. Tak kisah la apa kesudahannya nanti result tu, aku doakan semoga apa yg korang dapat tu yg terbaik untuk diri korang. Bersesuaian dengan usaha dan kebergantungan dekat Allah selama ni, semoga Allah bagi yang terbaik untuk korang. Sebab Dialah the greatest mastermind of all..

Hari ni hari kedua puasa. Percaya tak sebenarnya sekarang ni saya tengah online dekat library UKM??? Hoho. Jadi student UKM kejap ah. ^^ Malam tadi dapat bukak puasa sama2 dengan Jimah dekat Kampung Baru. Pengalaman baru betul . Hee. Banyak travel sorang2. Zatil cakap she's jealous of me sebab berani nak travel sorang2. Beranikah saya??

Nanti update lagi oke. Sekarang nak menikmati saat2 indah menjadi student UKM. Lalalalala~

Saya student UKM, untuk sehari...^^

Sunday, August 8, 2010

Morning!!

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
08hb Ogos 2010, 27 Shaaban 1431, jam 06:53am.

Saya sudah jatuh chenta tergolek-golek pada font Trebuchet ni. Sorry Verdana, nanti saya dah boring dengan Trebuchet saya kembali la pada awak balik. Blogging lagi. Gila rekod. 3 posts in less than 24 hours. Bapak ah Shiela. Nampak sangat memang weng ni. Haihh.

Hari ni nak pergi KL. Nak merempat kat tempat orang. Pastu nak pergi Pahang dengan Terengganu. Semoga bermanfaat, insyaAllah. Ada rezeki esok nak jumpa Jimah. Lusa nak jumpa Nada and Pidah. Hohoho. Panjang punya plan, semoga menjadi la kan. Tapi sekarang ni, sehelai baju pun aku belum packing.

Tiba2 je kan, out of blue teringat satu peristiwa masa kat Poland. Masa virus demam merebak dalam kalangan kitorang. Dari sorang terkena, berjangkit pulak dekat orang yg lain. Tapi yg pelik tu, even aku memang hidup dengan tiga orang manusia yg tengah sakit demam batuk selesema tu, aku boleh pulak sihat walafiat macam tak ada apa2.

Waktu tu, alhamdulillah je yg aku boleh cakap. Allah sihatkan tubuh badan aku waktu tu. Sampaikan dorang buat pakatan nak pegi batuk dan bersin kat dalam bilik aku, sebab pelik apsal aku tak terjangkit--jangkit. Hoho. Okay, teringat pasal ni tiba-tiba sebab aku tengah rasa tak berapa nak sihat ni. Sakit betul kalau rasa tak sihat lepas sebulan menjadi penghuni tetap hospital kan. Sebab macam2 penyakit terbayang dalam kepala otak. Denggi la, leptopsirosis segala ada. Duhh. Harap2 it's just me being overboard la.

Jom tengok anime nak tak?? Ekeke. Ntah apsal tiba2 terbukak cerita ni. Jom2 tengok2!!!



Dulu aku memang sangat minat cerita ni. Sekejap je buat marathon habiskan berapa belas episod dia entah. Hahahaha. Hero dia hensem! Heroin dia lawa! Okay, takde point! dari panjang aku mengarut entah apa2, baik aku pergi packing. Pak pesan suruh keluar awal, sebab kena pergi sendiri takd aorang nak hantar, dengan keadaan sikap aku sekarang besar kemungkinan aku boleh ditinggalkan bas. Uhh, tanak2. Okay2, go get ready! Macam agak yakin la i'll be back here very very very soon.

Sangat tidak bermanfaat. So biarlah aku akhiri dengan sepotong hadith dari koleksi Hadith 40 Imam Nawawi, so that tak ada la tak bermanfaat langsung post aku pagi2 ni. Hadith yg ke-19. Sebelum ni aku ada sentuh kan Hadith 42, yang sangat2 menyentuh perasaan tu. Hari ni kita tengok Hadith 19 pulak. Hadith ni agak panjang, so aku extract a few points jela eh, yg nak tahu penuh pergi cari sendiri.

Sedikit intipati dari hadith ni, Rasululullah bersabda, "Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjagamu. Jagalah Allah, nescaya Dia akan selalu berda di hadapanmu. Jika kamu meminta, mintalah pada Allah, jika kamu memohon pertolongan, mohonlah kepada Allah. Andaikata ada sekelompok orang datang untuk memudaratkanmu atau memanfaatkanmu, mereka tidak akan dapat melakukannya melainkan apa yang telah Allah tetapkan untukmu." -ayat aku sendiri tau, yg sebetulnya sila rujuk mana2 sumber Hadith 40 Imam Nawawi.

Saturday, August 7, 2010

EMo aHH~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Masih tarikh yang sama dengan previous entry, cuma masa sekarang pukul 9:36pm.

Ni la masalah kalau mood suwey, agak2 macam akan burst bila2 masa je. Blogspot ni akan tiba2 bertukar jadi tempat buang perasaan. Nak tulis apa pun tak tahu, tapi kalau tak tulis nanti jadi macam kucing kena pijak ekor oleh manusia, mengiau sampai sebatu dengar, manusia gelabah, si kucing tu pun naik gelabah sekali.

So rasanya biarlah nak tulis ikut apa yg tangan ni nak taip. Tanpa ada sebarang arah dan tujuan. Kepada yg sedang blogwalking mencari manfaat, sila berhenti baca setakat ini sahaja. Ini luahan hati orang tengah emo yang cuba nak menghilangkan rasa emo tanpa mencederakan mana2 pihak, jadi terpaksa dikorbankan blogspot. Biarlah blogspot sahaja yang tercedera.

Teringin sangat2 nak tengok pantai ni. Teringat movie tajuk apa ntah, The Notebook ke apa ntah, yg adapted dari Nicholas Spark's novel tu. Kisah yang bermula bila si heroin jumpa nota yg dihanyutkan dalam botol oleh si hero. Lepas tu aku pun pasang angan2 nak jugak la buat macam tu, tulis nota dalam botol. Erm, skrg bila fikir balik, taktau la nak kata aku ni childish ke sentimental. Huhu.

Waktu2 macam ni, sesuai la nak layan lagu jiwang kan. Aku asyik ulang2 lagu yang sama dari lepas solat Isya' tadi. Lagu ni bukan pasal cinta antara manusia. Tapi pasal a deep desire of a person yg nak achieve his/her dream, though the dream seems too far away, beyond reach. He/She keeps on being optimistic yg satu hari nanti the dream will no longer be a dream, and he/she will achieve it..somehow. Susah kan to keep on having faith, to keep on believing bila perasaan nak give up tu semakin menguasai diri. Ramai je yg tersungkur.

Tapi tersungkur is no big deal..asalkan kita gather the courage and the strength utk bangun balik. Successful people tu bukan orang yg tak pernah failed kan, tapi orang yg failed dan dorang tak jadikan failure sebagai satu alasan utk quit. Sampai dorang puas hati baru dorang stop! Haihh, Shiela. Typical betul thinking hari ni. Ada someone ni pernah cakap yg I'm not a typical type of girl, tapi aku deviant. Aku pun tak suka jadi typical, tapi aku rasa i'm being typical day by day. *sigh*

Pening dah fikir pasal hubungan dengan manusia, bila hubungan dengan Allah pun sebenarnya terlalu banyak lagi yg lopong yg perlu diperbaiki. Dengan kawan2, semakin hari aku rasa aku semakin demand, walhal yg sebetulnya aku patut demand pada diri sendiri dulu. Layakkah aku berdemand-demand dekat orang padahal diri sendiri pun masih jalan merangkak?? Layakkah aku berdemand-demand nak kawan yg ada characteristic macam ni, padahal diri sendiri pun masih berkengkang-kengkang??

Dengan parents, haihh. Boleh tak taknak komen je? Anak mana yg tak mengimpikan nak jadi kebanggaan pada mak bapak dia? Aku ni, jangankan nak jadi kebanggaan, lagi buat serabut kepala mak bapak ada la kot. Kesian bapak aku. T__T Baiki dulu hubungan tu Shiela, kalau tak macam mana nak ada famili sendiri, bila famili yg dah sedia ada ni pun kau tak jaga? Gulp. Okay, ada tanda amaran topik famili2 ni macam dah nak terkeluar sempadan, stop di sini je.

Dengan lelaki. Astaghfirullah. Istighfar la kau banyak2. Macam kau tak tahu, sedangkan memang sudah terang lagi nyata ala2 idzhar halqi yg dok belajar dalam kelas tajwid petang2 dulu nih.Kau tahu sempadan, tahu batasan, tahu limit (ouh, nak jugak guna bahasa inggeris even sama je limit=batasan kan), tapi SUUUUUUSAH betul la nak kawal. Cuba sikit2 la weh, fake it till u make it ahh. Ada moto, tapi tanak guna. Aisehh. Payah2.

Masalah betul bila time emo blogging ni. Tak reti nak stop. Tapi perlu stop dah kot ni. Haihhh, gaya penulisan aku yg semakin hari semakin berubah, perasan tak? Aku masih orang yg sama, matlamat hidup yg sama, punya keinginan dan kehendak yg sama, gaya penulisan je berubah sikit mengikut situasi dan level feeling aku ketika menulis. Lebih dynamic bagi aku. Lebih menunjukkan aku seorang manusia yg punya perasaan yg selalu tak stabil yg sedang cuba memperbaiki diri dari setiap sudut yg terzahir dengan mata kasar mahupun yg tersimpan kemas dalam jasad dan jiwa.

Shiela, peringatan untuk diri sendiri. Pandangan manusia terhadap kau ada dua jenis. Satu, yang bakal menjatuhkan kau. Dua, yg bakal menaikkan semangat kau. Tak kira la macam mana kau amik port terhadap kedua-dua jenis pandangan tu, tak ada satu pun yg akan bagi manfaat balik pada kau dalam tempoh jangka panjang. Sebab, the one yang matters; macam mana pandangan Allah terhadap kau.

Finding a living soul to talk to..??

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.
Hari ni 07 Ogos 2010, bersamaan 26 Shaaban 1431. Baru je masuk Maghrib kat Perlis, pukul 7:38pm.

Not a good time untuk blogging eh? Tengah2 Maghrib, tapi nak buat macam mana. Tiba2 je rasa I should write something regarding what am I feeling right now.

Bila kita rasa tak tenteram, as if something is definitely wrong, we tend to find a living soul to talk to. Betul tak? Ke aku je yang rasa macam ni? Rasanya ramai je kan rasa benda yang sama. Kalau sedih ke apa ke, kita selalu rasa nak share dengan orang. For example dgn BFF, tak pun dgn bf. Apa2 jela, yang penting kita memang nak bagitahu orang macam mana kita rasa in hope yg we'll get better.

I tend to do the same thing jugak. Hari ni memang la sangat tak kena. Dari bangun awal pagi tadi sampai ke saat ni aku sakit kepala. Seminggu ni memang selalu sakit kepala, tapi bila sapu je minyak cap kapak lega la sekejap. Tapi hari ni macam tak berkesan. Which reminded me of cerita Nabi Musa yg sakit gigi tu. Aku dah pernah cerita kan? Shiela, sudah beralih ke kebergantungan kau? Bukan lagi pada Allah ke? Astaghfirullah..

Okay, balik pada topik. Aku rasa tak salah kalau kita mencari seseorang untuk throw out and spill kan. Normal ah tu. Mana ada orang boleh hidup sorang2 tanpa any means of interaction dengan orang sekeliling. Tapi kan, tengok jugak lah. Orang yang kita cari tu orang yg macam mana.

Aku langsung tak ada niat untuk pertikaikan judgement orang terhadap macam mana dorang pilih orang untuk dorang throw out and spill. Ada orang selesa nak cakap dengan bestfriend, ada yg dekat boy/girlfriend, ada yg tak kisah je, sapa yg ada depan mata time tu orang tu la mangsa, ada orang yang suka cari orang yg sama pemahaman dan pemikiran, dan banyak lagi la.

Bagi aku, kalau la memang desperate sangat untuk spill dekat manusia kan, at least carilah manusia yg boleh mengingatkan kita balik pada Allah. Bila kita sedih, dia ada untuk ingatkan kita yg Allah sebenarnya tengah menguji kita. Bila kita rasa marah, dia ada untuk mengingatkan kita agar tak membiarkan syaitan laknatullah terus menghembus rasa marah dalam jiwa kita. Bila kita rasa lost, dia ada untuk tolong pimpin tangan kita, dia bawak kita kembali kepada realiti kehidupan yg ada Allah di dalamnya, bukan semata-mata dunia fantasi yg mungkin mendamaikan jiwa, tapi langsung tak bermakna.

That's why aku tiba2 terfikir. Kalau kita cari orang yg salah, in hope kita akan get better, macam mana?? Aku tak ada hak untuk interpret orang yg salah tu mcm mana, semua orang ada definisi masing2. Bagi aku, aku ada definisi yg jelas, orang yg boleh bawak aku kepada Allah, dan orang yang bawak aku lagi jauh dari Allah. And of course lagi aku nakkan orang yg bawak aku kepada Allah tu kan.

Hm, entry ni hanya sekadar peringatan untuk diri aku sendiri. Aku faham apa aku rasa, dan sesungguhnya kalau manusia tak mampu nak mendamaikan jiwa, carilah kedamaian di sisi Pencipta sang manusia. Hanya Allah yang berhak memberi kita rasa tenang, damai dan sebagainya. Bercakaplah pada Dia, dan sesungguhnya Dia mendengar setiap rintihan jiwa kita, yang terluah mahupun yang sekadar berbekas dalam hati.

P/s=Tiba2 teringat kata2 Allah dalam surah 61:2,3. Semoga kita dijauhkan daripada tergolong sama dalam kelompok tu. Mudah-mudahan...

Wednesday, August 4, 2010

Runsing tu sama tak dengan Confused?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Hari ni 4hb Ogos 2010, 23 Shaaban 1431, pukul 8:26pm local time.

Sebelum ni, bila masuk je bulan lapan me
sti start countdown to my birthday. Tapi tahun ni, ada countdown lain. Countdown to the end of practical. InsyaAllah esok last. Serius tak sabar. Bukan tak best. Tapi aku pun tahu rasa sunyi. Sebulan aku dok sini, sekali je yg aku ingat aku pernah gelak sbb aku mmg rasa nak gelak-masa Kak Ani, nurse kat peadiatrics cerita pengalaman dia berurusan dgn pesakit deaf and dumb, and masa dia cerita pasal orang nak bunuh diri kat Sungai Petani.

Setiap kali nak start blogging akhir2 ni, mesti mula dengan sebut nama Allah. Semoga ada la paling kurang pun satu huruf dalam blog ni yg Allah redha. Even aku banyak merapu tak tentu hala, tapi ada kesedaran yg aku dapat bila dah lepas spill tu. Jadikan sbg amalan ye. Jangan la akhir2 ni je Shiela eh. Eh? Eh?

Teringin nak pegi pantai. Lama dah diusulkan keinginan ni, tapi takde pun orang nak bawakkan? T__T

Sekarang tgh tak ketahuan hala lagi. Lepas berdiskusi ala kadar dgn Wani tadi, kami namakan mood ni sebagai 'sedih, tapi heartless'. Sedih, tapi tak rasa nak nangis. Rasa nak spill, tapi tak tahu macam mana. Rasa nak peluk orang, tapi tak tahu sapa. Rasa nak cerita dekat orang, tapi tak tahu nak cerita apa. Even Wani kat UPM, aku kat Yan, mood ni macam contagious, aku rasa, Wani pun rasa. Haihh.

Bukak je Facebook tadi nampak link yang Fadh and Kak Mima share. Link dari website Hilal Asyraf. Macam kena pada masa la pulak article tuh. So aku share dgn Wani. Hikmah Allah kan, tak kira masa tak kira tempat. Tapi Allah selalu bagi bersesuaian dengan keadaan dan situasi, so that kita lebih hargai. Kalau la terbaca article tu time tengah happy gelak lepak2 confirm2 la tak sempat habis baca aku dah tukar masuk website lain.

Pastu tadi to kill the time nak masuk maghrib sempat la tadabur Quran sikit. Terpikir, cmna la aku nak habiskan satu Quran tu sebulan kalau nak baca sehelai dua sehari pun aku dah ngelat bukan main? Kalau nak habiskan dalam sebulan Ramadhan tu kena habiskan satu juzuk sehari. Aigoo~ Camna Shiela??? Dan terjeling la dengan satu ayat yg dah berkurun aku tanda, tapi tak penahnya nak ingat dalam kepala otak. Otak penuh sangat dengan apa la agaknya, sampai ayat Quran sebaris dua pun susah nak amik tempat. Nak kata penuh dengan ilmu Anatomy pun, hari tu exam dapat atas pagar je. Dengan ilmu Biofizik toksah sebut ahh. Penuh dengan lagu2 Koreakah Shiela??? ^^

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat."- 2:186

Teringin jugak nak pegi air terjun Titi hayun tu!!! Tapi takut ahh, leptospirosis!! ^^

Allah tu dekat eh?? Memang la, kalau tak takkan la Allah kata Dia lagi dekat dengan kita dari urat leher kita sendiri kan. Urat dekat leher, yg ditranslate sbg jugular vein kalau baca tafsir Quran in English tu bersama dgn kita sejak sebelum kita lahir sampai la ke saat ni. Pi mana yg kita tak bawak jugular vein tuh? Macam tu la jugak Allah, keberdekatan Dia dengan kita, yg lebih dekat dari si urat tu, membuktikan yg Allah bersama kita setiap masa, tak pernah hatta sepico saat pun kita ditinggalkan sorang2. Tapi kebanyakan masa kita buat tak peduli, macam kita ni sorang2 je.

"Aku suka hidup sorang2. Rasa bebas nak buat apa pun." -Wani, kalau h
g dengaq aku cakap macam ni lagi, katok kepala aku guna M16 yg kita pegang masa PLKN dulu eh.

Ehm, time mood suwey tengah sedih tapi heartless ni, hati aku memberontak betul nak buat kerja2 yg boleh la dikategorikan sbg gila. Kalau kat Poland, rasanya dah lama aku pecut naik tram pegi entah mana2. Tak pun pegi lepak kedai kek kat Galleria makan kek tiramisu sampai sekilo. Tak pun tarik selimut tidur sampai la ada orang datang kejut. Tapi duduk kat Yan sorang2 ni even terpikir jugak nak buat kerja gila, tapi masih sempat dikawal dengan rationality akal. KIV kejap kerja gila yg aku terfikir ni, not tonight, malam esok maybe..??? Hahaha.

Apa yg lebih cantik dari ciptaan Allah? Subhanallah. Baru perasan yang aku pun cantik