Wednesday, March 2, 2011

Surat Kasih Untuk Shiela-Part I

MASA : 01 MAC 2011, 09:11am
LOKASI : MAKMAL HISTOLOGY, ZELIGOWSKIEGO 7, LODZ, POLAND
TAJUK : SURAT KASIH UNTUK SHIELA

Buat Narshiela binti Saad bin Mahamad bin Abdullah bin Aman bin ..............bin Adam a.s.

Ini kisah kasih antara penulis dan Pencipta penulis buat tatapan hati Narshiela yang penulis sayang sepenuh hati.

Penulis asalnya hanya secebis roh yang diberikan jasad oleh Pencipta penulis. Sebelum penulis dihantar ke dunia serba baru buat penulis, Pencipta penulis dan penulis telah membuat satu perjanjian. Yakni, penulis akan patuh melaksanakan tugas yang telah diamanahkan ke atas penulis.

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi." Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu, dan menyucikan nama-Mu?" Dia berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."" -2:30

""Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku." -52:56

Penulis serta-merta bersetuju dengan perjanjian tersebut, oleh sebab ketidaksabaran penulis untuk menjejak dunia baru sebagai seorang manusia.

Penulis gembira. Penulis yang asalnya hanya secebis roh kini punya jasad yang sempurna. Penulis betah berlari mengelilingi dunia. Penulis dapat beremosi sesuai dengan pengalaman yang penulis alami. Penulis bisa memuaskan nafsu dengan seribu satu kenikmatan dunia. Penulis mampu bersahabat dan mengenali aneka ragam milik manusia. Dan, walau penulis tidak pernah menjangka, penulis akhirnya jatuh cinta.

Penulis gembira dijadikan seorang insan. INSAN. Penulis gembira menjadi seorang insan yang sifat semula jadinya adalah pelupa. Penulis ralit dengan syurga dunia sehingga penulis lupa pada perjanjian penulis dengan Pencipta penulis. Penulis asyik dengan cinta seorang manusia seperti penulis sehingga mengabaikan cinta abadi milik Pencipta penulis.

Namun, Pencipta penulis langsung tidak pernah melupakan penulis. Walau penulis jarang mengingati Dia, dikirimkan-Nya sekeping naskhah al-Quran berisi surat cinta Dia kepada penulis. Pencipta penulis tidak pernah meninggalkan penulis, diingatkan-Nya kepada penulis tentang perjanjian penulis dengan Dia. Kerap kali juga penulis diingatkan bahawa satu hari nanti, penulis akan dikembalikan ke sisi Pencipta penulis. Namun, bagi penulis saat itu, cinta penulis terhadap seorang manusia mengatasi segala-galanya.

...bersambung ke part II...

Note: Cerita hanya rekaan semata-mata. Hanya ada kena-mengena dengan si penulis dan Penciptanya.

Sunday, February 6, 2011

Kejamnya Saya.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.
06 Februari 2011, 03 Rabiulawwal 1432, 0705.

Alhamdulillah, selepas berehat sebentar dari dunia blogging, saya dengan ini secara rasminya mengumumkan offical comeback saya. Shiela, semoga istiqamah ye. ^^

Entry kali ini, adalah semata2 ditujukan khas buat tiga insan bergelar sahabat yang memainkan peranan besar dalam hidup saya. Kewujudan mereka bertiga sedikit sebanyak mempengaruhi siapa saya pada hari ni. Jika Allah tak mentakdirkan jalan hidup saya bertemu dengan jalan hidup mereka, saya mungkin bukan saya pada hari ni.

Untuk korang bertiga, mintak maaf birthday aku tak wish. Aku nak tunggu tiga2 jadi belated dulu baru aku nak wish. Hehe.

Norazimah Aalamuddin; 29 Januari 1990-

Handphone aku rosak. Huhu. Semua gambar yg kita ambik masa aku pergi UKM hari tu semua takde. Sedih. =( Jimah, selamat hari ulang tahun kelahiran yg ke-21 ye. Aku nak jugak letak gambar ko nanti, tapi mungkin dalam entry2 yg seterusnya. Jazakillah sahabat, untuk persahabatan yg subur dan mekar sejak 2003 sampai sekarang. Aku bersyukur Allah bukak pintu hati ko untuk masuk JENAN even time tu ko dah start pun sekolah kat Semenyih. Aku bersyukur dapat mengenali seorang manusia yg suka layan aku bercerita, yang sama minat dgn aku, yg satu kepala dgn aku. Aku bersyukur dapat kenal Jimah yg baik. Hehe. Ketahuilah, aku sayang ko sangat sangat sangat, dan aku mahu persahabatan ni kekal sampai syurga, dengan izin Allah. Jimah, i love you. ^^



Nurul Azhani M. Ahkar Nawawi; 30 Januari 1990

Siapa kata akrabnya sesuatu persahabatan tu, bergantung kepada berapa lama kita mengenali sahabat kita? Sapa kata??? Aku tak kata tau, sebab kalau ada orang kata macam tu kat aku, aku akan tunjukkan persahabatan aku dgn ko sebagai bukti. Usia persahabatan kita baru setahun jagung kan Az, tapi aku rasa kita macam dah lama kenal. Selamat hari ulang tahun ke-21 sayang..Azhani, jazakillah sbb sabar layan kerenah aku selama setahun kita jadi roomate. Jazakillah sebab masih berusaha nak keep in touch dengan aku lepas masing2 terpisah di antara dua benua. Haha. Jazakillah sbb tak pernah langsung2 berkira dgn aku. Jazakillah utk.....apa ntah org panggil selendang yg ko bg tu?? Hehe. Cukup la dulu setakat ni, insyaAllah, panjang umur, Allah permudahkan, kita ada lebih kurang 2 minggu utk catch up nanti. Tak sabar!!! Nak jumpa ko, nak peluk ko sampai ko jerit2!! NAK JUMPA JIMMY!!!!!



Nur Zatil Aqmar Abdul Wahid; 04 Februari 1990

Allah tak mencipta manusia untuk dia mengasingkan diri dalam dunia dia. Allah mencipta manusia yg punya sikap yg berbeza, namun aku bersyukur pada Allah sebab mengurniakan aku seorang sahabat yg banyak persamaan dgn aku. At least, kalau aku emo, aku boleh put the blame on you, "Alah Zatil lagi emo." Kalau aku nangis, aku boleh cakap, "Alah Zatil lagi kuat nangis." Hehe. Bff tersayang, selamat hari ulang tahun kelahiran yg ke-21. Mintak maaf sebab aku tak selalu cakap, tapi aku sayang hg sangat sangat! Ingat SSS?? ^^ Sayang sampai syurga. Janji? Be strong, ok? At least sekali, tolong la berlagak macam kakak aku. Haha.


I don't start loving to stop halfway. I don't start missing to forget after that. I don't start caring if I don't give a damn. I don't hold on if I plan to let go. Once I hooked myself into the world of beautiful friendship with you guys, I planned to go through it all-come hell or high water-to make it to the very end.

World changes, people change, so are our hearts. But I promise you one thing, with Allah's will, I will treasure this Allah-based relationship to the very end. If one day, Allah plants the feeling of hatred towards you guys..if one day, Allah plants the feeling of boredom towards you guys..if one day, Allah makes me lose contact with you guys..I promise you guys I will give my all so that we will meet again, we could love and be friends again..if not here in the world, then hereafter.

Kerana..ini bukan semata-mata persahabatan antara dua hati yg bertemu kerana takdir Allah. Ini ukhwah yang terjalin kerana kasih sayang yang terbit antara dua muslimah yg sama2 berusaha mencari redha Allah.

:: Sayang Sampai Syurga-Azimah, Azhani, Zatil ::

Tuesday, January 25, 2011

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.
25 Januari 2011, 21 Safar 1432, 2:25am.

Bukan saja2 aku letak lagu jiwang dekat blog aku, lebih kepada aku jatuh cinta kepada melodinya, lebih dari cinta aku terhadap liriknya. Melodi lagu ni boleh buat aku emo dan feeling, satu perasaan yg aku perlu untuk mengarang. Haha!

Hm, last usrah kitorang cover pasal Hadith 18. Hadith ni, asalnya adalah pesanan Rasulullah saw kepada sahabat baginda, Abu Dzar. Intipati hadith ni nak tahu bukak la sendiri Hadith 40 kan, tapi secara keseluruhannya, Rasulullah saw pesan 3 perkara:
  1. bertakwa kepada Allah walau di mana sekalipun kita berada
  2. iringi keburukan dengan melakukan kabaikan, kerana kebaikan akan menghapuskan keburukan
  3. pergaulilah manusia dengan akhlak yg mulia
Hmm, lengkap di situ hak yang perlu kita tunaikan ke atas Allah dan juga manusia. Which, buat aku terfikir tentang ukhwah aku.

Aku tahu, dalam aku meniti hari sebagai seorang Muslim, aku secara sedar atau tak mengguris hati mereka yg aku sayang. Tapi aku bukan psikik yg boleh tahu mereka terluka atau tidak. Kalau dorang pun pandai berlakon belagak tak ada apa2, macam mana la aku nak tahu kan. Bagitahu aku secara terang, dan aku dengan rasa rendah hati akan mintak maaf dengan korang.

Hilal Asyraf cakap,
"Ada masalah? Check balik hubungan dengan Allah. Last-last, semua masalah menjadi kecil apabila menjumpai: "Oh, rupanya aku ada hal tak selesai dengan Allah. Patutlah diuji begini dan begitu." Allah ni, dia tak akan bagi kita susah tanpa sebab. :-)"

Kak Moon cakap, "Allah tidak mendatangkan sebarang ujian dan musibah melainkan untuk mengembalikan hamba-Nya kepada-Nya."

Kak Nana cakap, "Kita buat dosa dengan Allah, kita mintak ampun, dan bertaubat..insyaAllah Dia yg Maha Pengampun akan mengampuni dan menghapuskan dosa2 kita. Tapi Allah tak masuk campur kalau salah kita adalah dengan manusia yg lain. Kita sendiri yg kena mintak maaf dengan manusia tersebut."

Aku tak suka nak mengungkit. Mengungkit tu, adalah tanda bahawa kita belum settle lagi dalam hati. Aku cuba sedaya-upaya aku untuk tak mengungkit. Aku cuba untuk jadi seikhlas mungkin, walau keikhlasan tu hanya Allah je yg tahu sama ada aku betul2 ikhlas atau tak.

Hati belum settle lagi, ye. Astaghfirullahalazhim. Aku mohon maaf kepada semua. Sila datang confront aku, bgtahu aku yang aku ada pernah buat salah kat korang, buat korang terasa ke apa..aku nak mintak maaf sementara aku masih sempat. Aku tak boleh nak pandang remeh lagi soal ukhwah ni. Ini, tanggungjawab seorang IM kepada IM yg lain. Aku mahu settle, luar dan dalam.

"Aku bukan manusia sempurna. Aku juga bukan manusia yang mengejar kesempurnaan. Apa yg aku kejar, hanyalah redha Allah..dan syurga Allah..dan kemanisan cinta Allah."

Sunday, January 23, 2011

Lapang Sebelum Sempit

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Mengasihani.
Hari ni 23hb Januari 2011, 19 Safar 1432, pukul 1:10am.

Wahh, bulan satu dah nak habis, and this is only my 2nd entry. Pemalasnya Shiela. Haha. Ehem2, sebelum start study Biochem, and sebelum bermulanya 2 minggu paling hectic untuk tahun ni (for now), baik la aku update sikit. Hee. Kali ni tak nak merapu panjang2, cukup la nak berkongsi sebaris ayat yang dikongsi oleh sahabat tersayang dekat blog kitorang. ^^

Lapang sebelum sempit. Bila kita lapang, kita tak rasa pun kita lapang, sebab kita sentiasa disibukkan dengan hal2 duniawi yang lagha dan mengasyikkan. Bila kita sempit, baru kita perasan sebenarnya yang masa lapang kita tu disia-siakan macam tu je. Ugh, same goes to me. Astaghfirullahalazhim.

Minggu ni aku kena bagi tazkirah pasal mengeluh dan bersyukur. Tajuk nampak cliche, nampak tipikal kan? Hehe. Tapi, ramai je (termasuk aku) yang lebih menjadikan keluhan sebagai rutin harian kalau nak dibandingkan dengan bersyukur. Shielaaaaaa, muhasabah2! There is always a room for improvement. Pintu keampunan Allah sedia terbuka luas, asalkan kau tak take things for granted. *sigh* <--- see? aku mengeluh lagi. ^^

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat.""- 14:7

Jom tambahkan ni dalam doa kita semua;
"Ya Allah, masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit."

Semoga kita tergolong dalam golongan mereka yang bersyukur dan sentiasa berendah hati dengan setiap nikmat dan musibah yang ditetapkan Allah kepada kita.

- Kerana Allah itu sweet. <3> -

Thursday, January 6, 2011

Bila Berdepan Masalah... *sigh*

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengsihani.
06 Januari 2011, 02 Safar 1432, 0811.

Pagi lagi dekat Poland ni. Damai, walau aku sorang2 dalam bilik. Tadi Pidah ketuk pintu bilik, Pidah ingatkan kalau nak solat syuruk, boleh buat pukul 8:02 tadi. Biah solehah. Alhamdulillah, Allah letakkan aku dalam kelompok mereka yg cuba nak mencari redha Kau. Walaupun aku ni pun masih nak bertatih lagi.

"Hadis Abu Hurairah r.a, katanya:

Rasululullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman: Aku adalah berdasarkan sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam dirinya, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku. apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta, apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak." -Riwayat Bukhari dan Muslim.


Sejak cuti tiga minggu ni, aku rasa yg kompas aku dah jadi gila. Astaghfirullahalazhim. Rasa tak tentu hala betul. Since balik daurah hari tu, memang melekat betul2 la dekat kepala ayat 9:24 tu. Tak pernah tahu pulak Allah tu boleh jadi cemburu kan? Untuk nak menyedapkan hati sendiri, tak apa la kalau hari2 pun rasa tak tenteram camni, tu maknanya Allah tengah dok menguji tu. Ha, lupa lagi Allah, ni la akibatnya!! Hiiiyaaaahhhh! Okay, mengarut.

Dan..banyak betul la benda yg jadik. Yg kat Lodz belum settle, datang pulak angin masalah bertiup dari Malaysia. Dan Pidah kata lagi, "Letakkan ukhwah tu yg teratas sekali." Ehm! Ukhwah tu penting. Jemaah tu sangat penting dalam kehidupan seorang Muslim.

Pesanan untuk diri sendiri, manusia dan emosi tak complicated pun. Allah menjadikan manusia ni dalam bentuk yg paling baik. Sempurna luaran dalaman, dan siapa kita sebagai makhluk nak mempertikaikan kejadian Allah kan? Semua yg terjadi, adalah sebagai ujian. Adakah semasa kita diuji tu, kita meletakkan pergantungan 100% terhadap Allah? Adakah semasa kita diuji tu, Allah adalah tempat pertama kita mengadu dan memohon pertolongan? Adakah semasa kita diuji tu, amal ibadat, mutabaah amal semua masih kita jaga betul2? Adakah semasa kita diuji tu, ingatan kita terhadap Allah tu sama intensity dgn waktu kita senang-lenang?

Masalah memang buat manusia serabut. Tapi manusia yg bergantung pada Allah, pasti akan berlapang dada walaupun masalahnya setinggi gunung dan seluas lautan sekalipun. Sebab masalah tu datangnya dari Dia, dan penyelesaiannya juga ada pada Dia. Seek for Him, you'll find the solution to any diseases ever existed.

"Kamu pasti akan diuji dengan hartamu dan dirimu. Dan pasti kamu akan mendengar banyak hal yang sangat menyakitkan hati dari orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan dari orang-orang musyrik. Jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang (patut) diutamakan." -3:186

"Dan sungguh, Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu; dan akan Kami uji perihal kamu." -47:31


"Katakanlah, "Cukuplah Allah bagiku. Kepada-Nyalah orang-orang yang bertawakal berserah diri."" -39:38


"Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram." -13:28