Tuesday, May 1, 2012

#195-300412

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.


Sekarang pukul 1:53am, 1 May 2012.. Lagi less than one hour nak masuk subuh. Tadi mengantuk gila, tapi bila dah after pukul 12 tak tido, mata rasa segar. Baik tunggu subuh, lepas tu boleh tido. ^^


Exactly two months from now, insyaAllah i'll fly home. Back to Malaysia! Tadi abang tweet pasal Mak Teh buat sup tulang. Anak penakan Mak Teh yg sorang ni jangankan tulang, isi ayam pun dah lama tak terjamah. 


Rindu makanan kat Malaysia. Tu paling utama. Cendol pulut yg tak berapa nak minat tu pun dah teringin rasa, petanda memang dah gila nak makan makanan yg cuma ekslusif ada kat Malaysia. Dua, rindu keluarga. Keluarga. Pak. Tok. Adik-beradik. Rindu nak bercurahat lagi dengan kakak. Gap umur 12 tahun doesnt mean anything bila anda menjejak usia 20-an menjadi anak dara. Heheh. Dan rindu juga anak saudara yang bakal lahir selang beberapa hari sampai ke bumi Malaya. InsyaAllah, mohon doa semua yang membaca semoga Allah permudahkan segalanya. Oh. Tak lupa. Dah tentu rindu keluarga yg tak terikat dengan hubungan darah. Keluarga nombor dua. Wani. Zatil. As. Kirah. Nad. Keluarga Revo la senang cerita. 


Hari ini hari bahagia buat seorang Narshiela. Akhirnya berjaya memegang sekeping buku bergelar passport selepas 6 bulan jadi ala2 pendatang haram tanpa izin dekat bumi Poland. Heheh. Pengalaman. Kena warning awal2 dah dengan En Azman, "Bagi hilang lagi passport, next time ada penalti." InsyaAllah En Azman, saya jaga passport macam jaga nyawa sendiri lepas ni. Dapat je passport mata dah bersinar dengan segala plan ke bumi mana hendak diterjah nanti. 6 bulan terperangkap dalam Poland buat hati rindu pada suasana stranded dan terpaksa bermalam di airport. 


Oh, bahagia juga dengan kedatangan seorang sahabat ke kampung Lodz. Berjaya memaksa diri main go kart for the first time. Buat diri sendiri nak ada lesen kereta dan kereta secepat mungkin! :D Jelajah Port Lodz dan Manufaktura sampai ke tengah malam. Gembira. Minum coffee heaven buat kali ke-4 dalam empat hari berturut-turut. Memang kaya coffee heaven dapat customer ketagih macam saya. Banyak gambar, tapi mungkin entry yang seterusnya. Hmm, insyaAllah esok nak cari tasik yang boleh berkayak. Teringin nak river rafting lagi, tapi dekat Lodz tak ada. Kayak pun jadi la sebagai pengganti.


Jealous dengan Nina yang akan ke Zakopane esok insyaAllah. Haha. Nina, kau takkan baca kot post ni tapi, kau tahu kalau bab2 adventure kau nak berhiking bagai ni, aku la orang paling terkilan kalau kau hike tanpa aku. Hmm, mungkin satu hari nanti. Bila Allah melapangkan rezeki. 


Dah pukul 2:17am. Lagi 22 minit nak azan. 

Thursday, April 26, 2012

#194

I used to hate him, because of how lowly he thinks about a woman's dignity. It's been more than a year and suddenly it occurs to me tonight.

Who the hell am I to judge? I am in no way have any right to hate anyone. Weren't we taught, to hate the sins, but never the sinners?

Narshiela Saad, reflect back on your path of life. It's never perfect, it's just fine. That's why you need to make it better with time.

Quoting Kak Nana, in dakwah, there is no such thing as being static. It's either you move forward, or you fall into futur.

Have it ever occured to you, how lucky you must have been to be handpicked by Allah to be in this path with many others? Allah definitely didn't choose you just to let you freely enter the jannah though. It comes with a price. Jannah is not just for anyone. Jannah comes with a price. What have you done to pay for it? What have you done that gave you the right to be a member of jannah?

One year ago, I might have puked if someone told me he is going to be one of the people mentioned exclusively in my blog. But, today, he is a reason of me being who I think I am. He is a reason for me to reflect back on what have I really done for these past 21 years. He was sent by Allah for me to be if not much, then a bit better than the yesterday me.

Sunday, April 22, 2012

#193

Dengan nama Allah.

When it comes to perbuatan2 yang boleh saya kategorikan mampu menambah iman saya dan mendekatkan diri kepada redha Allah, saya cukup tak suka kalau ia menjadi habit. Contoh, usrah. Tiap2 minggu ada usrah and eventually it made me feel like it is a routine, yg nak ke tak nak ke, ikhlas ke tak ikhlas ke, kena attend la, sbb mmg dah peraturannya begitu. Usrah sekali seminggu. 

Bila kita anggap perbuatan itu sebagai rutin, maka lari sudah niat asal. Ikhlas entah ke mana. Nikmat beribadah hilang juga entah ke mana. I used to hold onto this quote, fake it till you make it. True. Sometimes we need to force ourselves to do it, sampai satu masa kita rasa tak kena kalau tak buat. Baguslah kalau jadi macam tu. Takut2 apa yg jadi nanti is, bila benda tu dah jadi habit, kita buat for the sake of kalau tak buat rasa lain macam. Tak ke niat asal dah lari? Sudah. Dilema sekejap. There is a battle within. What is your reason of doing it in the first place? Which bring us back to the bottom. Hadis 1. Niat. 

Nak berniat senang. Tapi nak memastikan kita betul2 berniat lillahi ta'ala tu? -a heavy sigh- 

Monday, March 26, 2012

#192 - March's Only Entry.


Berhabuk. Lama dia memerhatikan bingkai gambar yang terletak elok di atas meja. Bingkai itu sentiasa di situ. Tidak disentuh. Tidak diusik. Tidak juga dibiarkan. Saban hari matanya melirik ke dua wajah manis di dalam gambar, namun sekadar pandangan mata yang menyinggah. Namun hari ini, bingkai itu disentuh dan entah perasaan ganjil apa yang menghinggap jiwa saat jarinya tersentuh habuk yang menghiasi bingkai itu.

Ganjil. Perasaannya ganjil. Seakan-akan hatinya dihiris lalu terluka. Namun entah itu kesedihan atau tidak, dia kurang pasti. Jauh di sudut hati, dia menyalahkan diri sendiri. Masakan bingkai itu berhabuk jika dia menjaganya dengan baik. Masakan bingkai itu berhabuk jika dia melebihkan sedikit perhatian ke atasnya. Masakan bingkai itu berhabuk jika dia benar mengambil berat akannya.

Serabut. Mungkin itu apa yang dia rasa. bingkai itu berhabuk, dan dia takut hubungannya dengan dua wajah manis di dalam gambar itu bakal berhabuk jua. Sudah sebaik mungkinkah dia menjaga hubungannya dengan mereka? Sudah cukupkah perhatiannya ke atas mereka? Sudah benar-benar mengambil beratkah dia terhadap mereka? Tiba-tiba dia rasa dunia itu seakan-akan memusuhinya.

Dunia, mungkin tidak akan lagi dipandang sebagaimana dia memandangnya selama ini, jika dia kehilangan dua manusia dalam gambar itu. Dunia, mungkin akan gelap segelap-gelapnya walau mentari terik memancar, jika dunianya sudah tidak ada mereka. Dunia, mungkin akan benar-benar dimusuhinya , jika dunia menarik pergi dua insan itu dari hidupnya.

Sejenak dia beristighfar. Cintanya dia pada mereka cuba diikhlaskan kerana Allah semata-mata. Dia mahu bersama-sama mereka di syurga yang abadi, bukan sekadar di dunia yang penuh perhiasan palsu ibarat bunga yang bakal layu. Lantas, apakah perasaan ini? Mengapa perlu dia takut pada kehilangan yang sementara, jika cintanya benar-benar ikhlas kerana sang Pencipta? Mengapa masih dia mengharapkan kebahagiaan di atas dunia sedangkan dia tahu tiada yang akan kekal selain-Nya?

Runsing. Bila mana hati bercanggah pendapat dengan si akal. Bila mana nafsu cuba menentang hebat si iman. Sungguh dia tahu apa yang terbaik untuknya, namun entah apa sebabnya bukan yang terbaik itu yang mahu dikejarnya. Menjadi manusia itu, rumit bila hal duniawi dicampur-baurkan dengan hal ukhrawi.

Manusia degil. Degil untuk terus mengejar dunia. Sedangkan kata Allah, jika ukhrawi yang dia kejar, maka Allah akan memberi kedua-dua dunia dan ukhrawi untuknya. Mengapa masih degil mahu mengecap kebahagiaan yang hampir dan tidak lama, sedangkan dia boleh saja mendapatkan kebahagiaan yang kekal dengan melebihkan sedikit usaha? Sunnatullah?

... 


Wednesday, February 29, 2012

#191-It Happens, Somehow.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.


I, actually wasn't planning of writing a new entry tonight, and not even this week. This week is a busy week, which is enough to cause me depression, and suppress me from talking to anyone for two consecutive days. But somehow, what is happening to me right now is something I couldn't just let go. I need to write about it here, and so in the future I'd be able to remember what a magical day I've been experiencing today. ^_^

I had an mp3, bought in 2008, got broken in 2010. Since almost two years ago, I kept it in a box, not having the heart to throw it away. In 2011, I bought an mp4, and I've been using the mp4 ever since. And somehow today, my mp4 got broken. Feeling devastated, while asking to myself on why does it have to happen today; Allah gave me the ilham to look for my old mp3 and magically, unlike 2 years ago, it works perfectly fine as if it never gets broken before!


mp4 dan mp3 bertuah. Retak dan calar merata-rata. Nasib la hidup dengan Narshiela Saad kan ^^

Hm, tak rasa it's magical enough? Shall I add some more? :D Al-Quran itu ada 30 juzu', 114 surah dan 6666 ayat. And somehow, Allah menetapkan bahawa hari ini adalah hari untuk saya tadabur surah al-fajr, surah ke-89. Bayangkan situasi ini. Just a few hours ago, saya hampir menangis mengenangkan mp4 yg rosak, lalu saya spontan terfikir; saat saya berniat untuk menggunakan mp4 itu untuk mencari redha Allah, Allah nampaknya tidak mahu mengizinkan.


Lalu beberapa jam kemudian, jawapan Allah terzahir melalui surah al-fajr. Kata Allah;


"dan kamu mencintai harta dengan kecintaan yang berlebihan." -89:20

Reaksi saya? Kelu tentunya. Tanpa kata-kata. Mungkin Allah mahu menegur, kecintaan saya terhadap harta saya itu melebihi kecintaan saya terhadap redha Allah. Lalu mana mungkin Allah mahu membiarkan saya tertipu dengan alasan mahu mencari redha. Allah mahu saya belajar menyucikan niat, dan belajar erti ikhlas yg 100%.

Dan Allah itu yang kita tahu maha penyayang sifatnya mana mungkin membiarkan saya termangu-mangu sendirian memikirkan salah sendiri setelah ditegur. Allah pandai memujuk. :D Kata Allah lagi;

"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya." -89:27,28

Dan hamba mana yang tidak akan terpujuk sebegitu? Istighfar. Ada kalanya kita khilaf, dan ada kalanya kita sendiri juga terlepas pandang akan kekhilafan itu, namun ada kuasa yang lebih besar yang maha melihat, lalu kuasa itu menegur dengan cara paling halus namun paling menyentuh hati. Keajaiban yang pasti dirasai mereka yang tekun mencari Dia. It happens, somehow. Don't settle for "kebetulan je ni", instead go for "subhanallah cantiknya aturan Dia". :)