Sunday, January 17, 2010

R.I.N.D.U

Kadang-kadang saya rasa happy. Kadang-kadang saya rasa sedih. Kadang-kadang tu nak menangis pun ada. Kadang-kadang tu saya rasa sakit. Kadang-kadang tu saya sampai jadi marah. Dan akhirnya saya rasa RINDU itu sangat subjektif; takkan mungkin dapat ditafsirkan dengan sebaris ayat. Perkataannya, RINDU je pun. Tapi maksudnya terlalu besar bagi saya.

Kalau saya rindu pada ayah saya dekat kampung, saya akan call dia. Walaupun saya tak pernah cakap "Pak, adik rindu kat Pak.", tapi saya tahu dia tahu saya rindu pada dia. Dia akan layan kerenah saya cakap benda yang entah apa2. Dia akan tanya saya benda yg entah apa2. Dia yg dah nak menjangkau 65 tahun tu akan jadi tak matang bila dgn saya. Kadang-kadang saya jadi rimas, kenapa dia tak boleh nak layan saya macam ayah orang lain layan anak perempuan yg dah umur 20 tahun? Dan kadang-kadang tu saya dengan sengajanya akan tukar topik perbualan sebab tak nak layan dia yg sedang layan saya macam budak umur 5 tahun. Tapi tak kira la saya rasa rimas ke, dia terasa dgn kelakuan saya ke, dia tak pernah cakap saya kecewakan dia. Dan akhirnya, dalam kesal saya sendiri akan sedar. Dia macam tu sebab dia ayah saya. Dia bukan ayah orang lain. Sebab tu dia tak boleh jadi macam ayah orang lain, sebab sampai bila2 pun dia tetap ayah saya. Tak kira la sampai saya dah 30 ke, saya dah kahwin ke, dia tetap akan layan saya macam tu. Sebab dia ayah saya. Ayah saya yg dah umur 65 tahun. Ayah saya yg masih pergi menoreh hari2 kat kebun. Ayah saya yg selalu layan saya bila cakap saya nak kahwin. Ayah saya yg suruh saya angkut bata utk buat rumah. Ayah saya yg suka berebut tv dgn saya pukul 8pm tiap2 hari. Ayah saya yg sanggup bagi RM10 utk saya hari2 semata-mata nak suruh saya jadi rajin kemas rumah and basuh pinggan. Ayah saya yg lepas saya utk pilih apa saja yg suka. Ayah saya yg lepas saya utk uruskan hidup saya sendiri. Ayah saya yg tak pernah masam muka dgn saya. Ayah saya yg tak pernah cakap dia sayang saya. Ayah saya yg tak pernah peluk saya. Ayah saya yg selalu susah nak datang melawat saya kat Jenan dgn Msu.

Kalau nak banding dgn org lain, saya tak ada yg istimewanya. Orang lain dgn rasa bangga blh cerita pasal mak dan ayah dorang. Dan saya tak ada cerita yg blh buat saya rasa bangga utk diceritakan ttg mak dan ayah saya. Sebab setiap cerita pasal mak dan ayah saya hanya akan buat saya menangis. Fadh cakap, saya ni mudah sangat menangis. Benda kecik pun blh menangis. Fadh, sebenarnya sebab dari dulu lg saya mmg macam tu. Mak saya meninggal waktu saya darjah 5. People might find this ashamed to talk about, but I am definitely going to talk about this. A girl who got her period for the first time, who will she run to? Kalau pun bukan dekat mak, mesti kakak. And tau tak apa yg perlu saya alami pada kali pertama saya period? I was scared, yet I didn't have anyone to turn to. Sebab hari pertama saya period tu, semua orang sibuk. Semua orang sibuk uruskan benda lain. Semua orang sangat sibuk. Sebab hari pertama saya period tu, hari yg sama mak saya meninggal dunia. Dan akhirnya, saya jadi terbiasa untuk pendam segala benda. Saya menangis. Saya cakap dgn diri sendiri. Dan dari situ, saya cultivate minat saya untuk menulis. Saya spill pada air mata, pada diari saya.

But then, sikit pun saya tak rasa menyesal dgn hidup saya. Saya tak rasa menyesal jadi anak pada mak dan ayah saya. Saya tak rasa menyesal ada mak dan ayah yg tak berpelajaran tinggi macam mak dan ayah orang lain. Tapi... Subhanallah. Tahu tak betapa jealousnya saya tiap kali Fadh, Yuyu and Pidah cerita yg dorang call rumah? Tahu tak betapa jealousnya saya bila Pidah cakap Mak dia cakap dia makin berisi? Tahu tak betapa jealousnya saya? Saya rindu nak tengok wajah ayah saya. Nak tengok Tok saya. Nak gaduh dengan Abang saya. Nak dengar suara Kak Nini ajar saya masak. Nak gelak2 dgn Ba Am. Subhanallah.

Being the last child, I might be spoiled. I might not know how to cook. I might be lazy. I might not know how to talk the way a girl should talk. I might not know how to convey my feelings. I might hurt more people without I even noticed. I might throw out tantrums suddenly and randomly. I might cry all out of a sudden. I might even not the least be like a girl. But I do know one thing. I will never forget my root. I will never be ashamed of my background.

People might be deceived. Saya mungkin nampak manja. But I've gone through things most of you at my age haven't reached yet. Saya mungkin nampak lemah. But there is where my real strength lies.

Friday, January 15, 2010

Come On Lah Weyy!





Assalamualaikum wbt.
Tajuk macam tak leh blah kan? Haha. Macam tengah rasa marah je bunyik. Macam tak puas hati dgn something je tuh. Hee, takde la. Saja je tu, gimik of the day, sebagai sambutan exam Fizik is finally over. =)

Tadi lepas habis kelas Kimia, saya merengek dekat pidah. Lapar la. Lapar la. Pastu Pidah yg dgn baik hatinya layan kerenah saya ni bawak saya pegi kedai snack kat stesen minyak tuh. And tiba2, Kak Dina telefon. Disebabkan saya tengah dengar mp3 and sangat susah nak cabut earphone dari lubang telinga yg ada kat dalam berlapis-lapis baju yg menampakkan saya 3x ganda lebih berat dr berat asal tu, saya pun suruh Pidah tlg jawabkan.

Kak Dina tanya pasal daurah hari tu. Pasal satu slot dengan Kak Didi, bertajuk KITA. Haih. Nak tegur diri sendiri nih! Dah la bukan senang nak pergi majlis ilmu. Bila dah pergi tu bukannya senang nak concentrate 100%. Tapi takkan la sikit pun tak dapat apa2 kan? Tapi tadi, bila Kak Dina tanya slot KITA tu pasal apa, saya dgn Pidah pandang masing2. Kalau sebut perkataan KITA tu, yg paling saya ingat is time ISK bila Abg Hamdan buat intro and dia tanya KITA tu siapa. Tapi tu ISK, ni daurah. Lain.

KITA kat daurah tu seriously saya blur. Lupa langsung kot! Then bila cerita kat Fadh and Yuyu, baru cam teringat balik sikit2 yg Kak Didi cakap pasal Mustafa Kamal Atartuk tu. Haih, Shiela...Shiela. How come you forget your own history neh? Tu la, kalau tak diingatkan, lupa la tuh. Manusia kan, tambah2 Shiela. So tadi terbukak la lagu from group Soldiers of Allah tu pasal this particular issue. Lagu ni saya first gime tahu last year, tu pun sebab baca novel Tunas. Tapi time tu tak tergerak pun nak dengar, sekadar tahu je. Aiyak Shiela. Tegur diri sendiri lagi neh! So janganlah jadi mcm saya je. Kalau nak dengar, klik SINI: SOLDIERS OF ALLAH 1924
.

Okeylah, serius rasa post ni macam takde tujuan. Macam separuh hati je saya tulis. Not that input yg saya nak cakap ni mcm tak penting ke apa, ada je benda nak sampaikan tapi takde mood nak deliver. Nak taip macam selalu. Sebab ngantuk kot, dah lewat dah pun ni. Okeylah, nanti mengarut lagi ye blogspot sayang. Tata~

P/s= Ouh, gambar kat atas tu saja2 je, sbb dulu penah cakap nak tunjuk family usrah saya kat sini. Ada Kak Dina, Kak Wani, Pidah, Fadh and Yuyu. Credit to Norazimah Aalamuddin yg tolong editkan gambar.




Saturday, January 9, 2010

Saya Pura-Pura Tengah Tak Ada Kerja

1. What have you been doing recently?
Duduk depan laptop layan segala yg ada dalam internet (huhu)

2. Do you ever turn your cellphone off?
Time nak charge handphone, and kalau rasa cam takde mood tu off lah

3. What happened at 10.am today?
Saya selamat berada kat depan laptop (ngee,dan kemudian ada orang call cakap rindu nak makan nasi goreng saya~)

4. When did you last cry?
Dua hari lepas! Sebab tengok ending cite IRIS.. Huu,sedih~

5. Believe in fate/ destiny?

I believe in Allah, definitely I have to believe in fate and destiny as well.

6. What do you want in your life now?
Saya just nak hidup yg saya takkan regret

7. Do you carry an umbrella when it rains or just put up your hood?
Kalau saya pakai coat yg ada hood, guna la hood. Tapi I prefer umbrella kot.

8. What’s your favourite thing to do on the bed?
Tidur la. Bed mmg dicipta uk org tidur pun. Buat apa nak buat benda lain??

9. What are you wearing now?
Pakaian, cekak dan saya tgh pakai earphone ni. Dengar FlyFm online. Masyuk~

10. What’s the nicest thing in your inbox?
Game!! Saya suka main sudoku and that bubble town time kelas History of Medicine. Yeahh

11. Do you tend to make the relationship complicated?
What relationship exactly??

12. Are you wearing anything borrowed from anyone?
Semua saya beli sendiri oke~

13. What was the last movie you caught?
Hurm, movie ye? I can't recall any lah. Tapi kalau drama; Wish To See You Again.

14. What are you proud of?
Can I be proud of myself?? Lalala~

15. What does the oldest text message in your inbox say?
Panjang la! From Kak Yana on 28th Sept; "Wslm adik, akk.............. Santan ke?" Dah..haha!

16. What was the last song you sang out loud?
Aku Ingin Mencintaimu by Edcoustic.

17. Do you have any nicknames?
Most people panggil saya Shiela.

18. What does the newest text say?
"Shiela, Np sdeh? Mai gtau ak. Willingly lend my shoulder." Hahah...by Wani on 8th Jan.

19. What time did you go to bed last night?
Erk, dekat2 pukul 12 kot

20. Are you currently happy?
I'm trying to.

21. Who gives you the best advise?
Ramai. Tapi I think the best one is the one coming from my own heart.

22. Do you eat whipped cream straight from the can ?
How does whipped cream look like exacty??

23. Who did you talk on the phone last night?
Ouh, semalam takde cakap dgn sapa2 la on the phone. Last time dgn Dolly on 7th Jan.

24. Is something bugging you now?
Physics Physics Physics!!!

25. Who was the last person to make you laugh?
Xiao Gui and Show Luo kat Youtube. Hee~

26. Choose your lucky friends and tag them.
Nak tag Mashi, Apple, Pkah, Alyaa, Nada boleh?? hee..

SaYa NaK KaHWiN <3

Hoho. Lamanya tak blogging kat sini. Sekali dah rasa nak menulis masuk topik merapu pulak dah. Hee~ Semalam saya YM Jimah. Saya cakap kat dia; "Saya nak kahwin." Dia cakap; "Gaya macam desperate je ni." Saya pun balas; "So what kalau desperate? Mmg desperate pun." Pastu dia balas lagi; "Kalau desperate,pegi la buat advertisement kat mana2." Dan saya pun ambil inisiatif ni, ADVERTISE KAT BLOG SAYA!! Yea, ada sapa2 nak kahwin dengan saya tak?? Hee~

Okey, enough merapu! Masuk topik yg sedikit serius dari topik di atas. Hari tu saya bagitahu Pidah. Saya cakap; "Saya rasa saya ni orang yg senang nak give up. Saya juga orang yg low self-esteem. Saya selalu tak yakin dgn diri sendiri." Contoh paling tepat, time exam anatomy hari tu. Saya nangis before dapat keputusan sbb saya rasa saya akan failed simply sebab the previous exam tu saya failed. Tapi; lagi saya bagitahu Pidah; "Satu benda je yg saya buat yg berlawanan dgn sifat yg dah sebati dgn diri saya tu." Which means, kalau saya buat benda tu, saya failed for the first time, saya lagi eager utk cuba kali kedua. Saya sendiri pun sebenarnya baru je sedar benda ni, sejak fly.

SAYA SUKA MASAK!!! Haih, tapi saya tak pandai masak. Kak Nini pernah cakap; "Perempuan yg bekerjaya ni, kalau reti masak kira advantage la." Ouh kakak, kalau suka masak tp tak pandai masak masuk jugak tak dalam kategori ni? Kalau nanti mak mertua tanya, "Pandai masak tak?" Saya dgn konfidennya blh jawab; "Ouh, sy mmg suka masak!" Kira statement tu tak la dikira sy menipu kan? Oit Shiela! Apa masuk isu kahwin balik ni??

Okey2, saya sedang cuba keluar dari isu tersebut. Sekarang dah tahun baru! Alhamdulillah, saya masih dipanjangkan umur utk melihat dunia. Tahun baru Hijrah datang a few days sebelum tahun baru Masihi. Waktu tahun baru Hijrah, saya dan rakan2 baca doa akhir tahun kat hospital, and doa awal tahun kat dalam tram. Kiranya saya sambut tahun baru Hijrah dgn kawan yg lagi 3 org tu. Waktu tahun baru Masihi, sy ceroboh bilik Yuyu tgk bunga api sama2 dgn dia dari tingkap bilik. Kalau nak ikut tahun Hijrah, birthday saya tinggal lagi lebih kurang 10 hari. So rakan2, wish la birthday dekat saya on 3rd of Safar ye. =) Azam tahun baru? Hurm, saya nak at least khatam al-Quran sekali. Tu je yg saya terfikir setakat ni.