Sunday, May 30, 2010

Bila Hati Mahu Bicara...

Astaghfirullahalazim.

Malam ni saya rasa kurang tenang. Memikirkan study yg banyak lagi belum habis, memikirkan level iman diri sendiri, saya jadi kacau. Dengar lagu yg upbeat sikit pun jantung saya dah berdegup tahap Ferrari pecut di litar Formula One. Astaghfirullah. Entah apa yg tak kena hari ini. Selalunya bila rasa begini, saya paksa diri untuk menangis. Semoga lepas burst tu, rasa lega la sikit. Tapi malam ni, air mata malu pulak nak keluar. Nasib la. Lalu saya ulang baca sepotong hadith ni. Hadith yg tiap2 kali saya baca akan merentap jiwa saya, yg dulunya akan buat sy menangis, kemudiannya membuatkan sy rasa sayu, dan kini membuatkan sy rasa manisnya cinta dan kasih sayang Allah.

"Daripada Anas r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Allah Ta'ala berfirman; Wahai anak Adam! Selagi mana engkau meminta, berdoa dan mengharapkan Aku, Aku akan ampunkan apa-apa dosa yang ada pada dirimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Seandainya dosa-dosamu banyak sampai mencecah awan langit kemudian engkau memohon ampun kepadaKu, nescaya Aku akan ampunkan bagimu. Wahai anak Adam! Sesungguhnya engkau, andainya engkau datang menghadapKu dengan dosa-dosa sepenuh isi bumi, kemudian engkau datang menghadapKu tanpa engkau mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan mengurniakan untukmu keampunan sepenuh isi bumi."

Rasanya dulu macam dah pernah je kongsi hadith ni, tapi kalaupun ada, kita remind balik diri kita okey. ^^

Hadith yang akan selalu buat saya rasa sayu. Hadith yang akan selalu buat saya bergenang air mata. Hadith yang akan selalu buat saya rasa sesak dada. Hadith yang akan selalu buat saya menggeletar tiba-tiba. Hadith yang memberi harapan, namun pada masa yang sama buat saya refleks kembali diri saya sendiri.

Pernah dengar kata2, "Fake it till you make it"?
Dalam urusan ibadah, mungkin itu adalah salah satu strategi paling berkesan untuk saya. Kalau dulu, saya rasa susah nak baca al-Mathurat. Rasa panjangnya al-Mathurat tu! Lalu saya cuba fakekan aktiviti tu. Saya rasa malas, saya paksakan juga diri untuk baca. Mula2 tu memang la susah nak rasa ikhlas, sambil baca pun fikiran boleh menerawang teringat benda lain. Lama2, bila kita dah selalu baca, sehari tinggal tu kita dah rasa lain macam. Jadi, kita teruskan membaca, dengan alasan itu adalah habit yg selalu buat. Kemudian, aktiviti yg mulanya perlu dipaksa dan kemudiannya jadi habit lama2 akan melekat juga dalam jiwa. Dengan izin Allah, macam cerita cucu, datuk dan raga tu. (tajuk adalah rekaan sbb tak ingat tajuk sebenar, tp memang la pasal cucu dgn datuknya dgn raga)

Okey Shiela. Mula2 hadith, kemudian fake kemenda pulak. Apa pointnya ni?
Hurm, point saya adalah kerana saya rasa kurang tenang hari ni. Saya solat pun setengah kekhusyukan tu entah lari ke mana. Entah ibadah saya hari ini Allah terima atau tidak. Oleh itu, saya cuba nak tenangkan diri. Khusyuk tu bukan sesuatu yg kita akan dapat simply sebab kita rasa kita nak. Kita perlu cari. Dalam usaha nak mencari tu, kadang2 kita tergelincir. Kadang2 kita kena paksa diri. Tak kisah la, sama ada di penghujung pencarian tu kita jumpa atau tak kekhusyukan tu. Tu semua ketentuan Allah, yg penting adalah keikhlasan yang kita bawa sepanjang perjalanan. Ikhlaskan niat untuk mencari keredhaan Allah, dan Allah akan balas setiap usaha kita.

Pernah dengar tak cerita seorang lelaki yg dah banyak buat maksiat, kemudian bila dia mahu bertaubat, dia meninggal dunia. Berlakunya perselisihan sama ada mahu ditempatkan lelaki itu di syurga ataupun neraka, lalu Allah memerintahkan malaikat mengukur jarak antara tempat si lelaki tadi meninggal dengan tempat dia melakukan maksiat dan tempat dia mahu bertaubat.

Boleh juga jadikan kisah tu sebagai benchmark. Allah bukan sekadar tengok kepada amal kita. Allah pandang juga niat dan tujuan kita. Entah apa yg saya rapukan jam 12 tgh malam ni. Yg pasti, saya rasa lega. Allah itu, Maha Adil. Setiap inci perbuatan, percakapan mahupun niat kita diambil kira.

"Maka barang siapa mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan
barang siapa mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya."- 99:7-8

Semoga Allah redha!

Wednesday, May 26, 2010

Ini Bukan Tajuk!

I should be studying Anatomy right now, yet here I am. Aish, bulan busy exam jugak la dia nak rajin blogging. Ini semua gara-gara lagu Menanti Cinta yg buat saya hanyut dalam ke'feeling'an dan seterusnya mengingatkan saya kepada mereka. =) I've been missing my friends.


Nada dengan Mashi. Friends yg sangat2 saya sayang. Dari Form 1 sampai la sekarang. How weird, dulu ni study sama2 (well, Nada study, saya dgn Mashi kacau Nada study), dan sekarang masing2 dah ada hala tuju masing2. Harap2 semoga Allah panjangkan umur dan dilapangkan rezeki untuk bertemu di bumi Eropah ye.

Nad, Asiah, As. Gambar ni dah pernah masukkan hari tu. Tapi takpe la, masukkan jela lagi sekali. Nad adalah anugerah Allah untuk saya. She somehow completed a part of me. Hanya Allah yg tahu macam mana saya sayang dia.

Asiah used to be tempat saya muntah. Ada masalah, saya muntah kat dia. Ada crush (ini zaman sekolah) saya muntah kat dia. Ada benda best saya muntah lagi kat dia. Saya suka dengar dia gelak. Hee~

As pulak macam my right hand. As selalu akan ada nasihat2 dan kata2 yg menyejukkan dan menyedarkan. As penuh dengan hikmah tentang kehidupan. Mungkin dalam banyak2 sahabat saya, As adalah yg paling matang.

Kirah. Dia boleh buat saya terharu dan saya rasa diperlukan. Hehe. Kirah nangis when I called her few days ago, how was I supposed not to be touched. Nampak sangat dia rindu saya tu. Ouh, bestnya bila ada orang rindu ni. Hehe. =)

Dan, when I first wrote this post, dua sahabat ni yg paling saya ingat. Tapi bila nak masukkan gambar, baru saya perasan tak ada satu pun gambar saya dengan dorang dalam laptop. Dengan Zatil, tapi terlalu special untuk letak kat sini. So, without pics pun takpe la ye, my words boleh gambarkan more than what photo can say. Haha.

Wani. Dah berjuta kali dah saya kata saya rindu dia. Tapi susah betul nak dengar ucapan balas dari dia. Dengan kawan sendiri pun nak blushing. Adoi la. Awak, jangan sampai terkilan sebab tak sempat cakap sudah. Haha. "I like to walk in the rain because nobody will know that I'm crying." Ayat maybe tak sama, tapi maksud sama, sebijik mcm awak tulis kat 'About Me' in Facebook. Awak tipu la awak. Kalau awak nangis, hidung awak merah. Mesti la akan tahu. Suara awak jadi serak2 tenggelam timbul, mesti la orang tahu. Dan kalau awak nangis, awak mesti akan reject bila saya call. Sebab kalau awak angkat pun, awak bukan boleh cakap pun. Orang akan tahu la awak nangis awak. Hee~ Awak belon saya juga. Dan, saya hanya boleh jadi bahagisa bila awak jadi bahagiwi.

Zatil, my lady! Saya kata dia cantik, dia balas saya pun cantik jugak. Sebab tu saya sayang dia, sebab dia kata saya cantik. Yeay, saya cantik! My lady, you are being missed. Saya tak ingat bila last saya jumpa awak, adakah waktu Form 5? Huhu. Ingat lagi hari last kat *alamak, lupa nama dewan tempat perhimpunan kita tu*, kita ambik gambar dengan mata yg merah. Saya masukkan gambar tu dlm Friendster, tapi bila saya delete Friendster lupa pulak nak copy. Huhu. Saya rosakkan tali kamera awak waktu saya Form 5. Siyes sy rasa takut sgt, sbb awak kan senior yg garang, nt dgn saya sekali awak wanted. Isk3. Saya mintak maaf ye awak. ^_^


Bestfriends. Too subjective to define. Too general to specify. Sampai ke sudah saya tak boleh nak letakkan ciri2 tertentu yg melayakkan seseorang tu digelar bestfriend. Tapi for now, biarlah bestfriend itu jadi saudara yg sama2 akan mengingatkan kita pada kehidupan yg seterusnya. Biarlah bestfriend itu jadi saudara yang sama2 dalam susah dan senang. Bestfriend yg membawa ke syurga, bestfriend yg mendukung hubungan persahabatan semata-mata untuk mencari redha-Nya.

After all, kita semua kan bersaudara. ^_^

Monday, May 24, 2010

Terima Kasih Tuhan

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt.

Hari ini Isnin, 24 Mei 2010 bersamaan 10 Jamadil Akhir 1431, jam 3.36pm. Sesungguhnya pada hari ini saya tidak layak untuk membincangkan tentang apa2 hal sekali pun melainkan tentang syukur. Pada hari ini, saya tertunduk syukur ke hadrat Pencipta saya. Sungguh, pada hari ini mata saya yg sekian lama tertutup kini terbuka luas. Hati saya yg semakin kering saya cuba basahkan semula dengan zikrullah. Hari ini, saya menyerahkan diri saya sepenuhnya kepada si Pemilik mutlak. Hari ini, saya menjadi saksi akan keagungan dan kebesaran Allah yang Maha Pengasih.

Terima kasih Tuhan. Sesungguhnya perancangan Engkau adalah yang paling baik. Dan aku menyaksikan sendiri kebenarannya.

Sewaktu Mak meninggal dunia tahun 2001, saya hanya mampu menangis. Menangis bila ke kubur. Menangis bila bacakan Yaasin untuk Mak. Menangis bila ternampak kain batik kesayangan Mak dalam almari. Menangis bila pegang gambar Mak. Saya hanya menangis, tapi saya tak pernah nak persoalkan kenapa saya yg kehilangan Mak.

Bila saya masuk Jenan, Mak jadi pendorong utama saya. Saya jadi bangga bila saya selalu jadi satu-satunya pelajar projek khas yg tak ada Mak dapat top 10 bila exam. Kadang2 tu ada jugak saya rasa rendah diri, tapi sahabat2 kat Jenan tak pernah biar saya sorang2. Dan akhirnya belajar membesar di rumah kedua saya tu membuatkan saya sentiasa percaya kepada takdir. Saya seakan-akan mampu mendabik dada, takdir akan selalu menyebelahi saya. Saya seakan-akan yakin bahawa aturan Allah untuk saya adalah sesuatu yang saya akan mampu terima dengan senang hati.

Aturan Allah sekali lagi menyebelahi saya bila saya ditawarkan untuk sambung belajar kat Poland. Sekurang-kurangnya kat luar negara, boleh pulak sambung ambik Medic. Alhamdulillah, rezeki Allah melimpah-limpah. Baru je duduk Poland dalam sebulan, saya diperkenalkan dgn usrah. Alhamdulillah, sekali lagi takdir memihak kepada saya. Allah melapangkan rezeki saya. Allah membuka jalan untuk saya kembali ke pangkal jalan setelah who-knows-how-long saya tersesat.

Saya belajar baca al-Quran guna mata hati. Saya belajar mendapat fikrah, bukan semata-mata ilmu. Saya belajar mencintai islam sewajarnya. Saya belajar menjadi individu muslim yg sebenar-benarnya. Tapi, bukan senang untuk saya terus istiqamah di jalan ini. Ujian demi ujian ditimpakan Allah ke atas saya. Pada pandangan manusia, ujian yg saya lalui mungkin sekadar perkara kecil yg tak ada manfaat untuk diheboh-hebohkan.

Namun bagi saya, ujian2 itulah yang benar2 menguji keimanan saya. Ujian2 kecil itulah yang menguji tahap kebergantungan saya terhadapNya. Dan kerana ujian2 yg sangat kecil itulah saya seakan-akan mula kembali ke pangkal Jahiliyyah. Persoalan2 tentang perjalanan kehidupan saya yg belum pernah sy persoalkan sebelum ini mula bermain-main dlm fikiran. Dan segalanya sampai ke kemuncak bila syaitan berjaya menghasut, melenyapkan iman yg lemah yg mula mahu bertapak.

Saya menangis. Acap kali saya mengulang-ulang ayat 286 surah al-Baqarah. Ayat 139 surah al-Imran saya cuba ikat kukuh di dasar hati. Saya ulang pula membaca surah al-Insyirah. Sungguh, saya rasa berat. Saya rasa susah.Ujian yg datang bertimpa-timpa saya rasa semakin melemahkan saya. Saya tidak nampak jalan keluar yg saya inginkan. Saya mula rasa takdir yg dahulunya seakan-akan menyebelahi saya kini semakin mengenepikan saya. Saya mula mencari nasihat dari seorang manusia. Sungguh saya rasa marah dgn diri sendiri. Saya terlalu lemah untuk terus percaya pada aturan Allah. Saya memerlukan booster saat itu, agar saya akan terus berdiri di atas landasan yg benar.

Dan Allah mengaturkan pertemuan sy dgn seorang sahabat di alam maya. Dia bukanlah sahabat pertama yg akan sy cari bila sy berdepan dgn masalah, bukan juga sahabat yg sering sy ingati. Tapi saat saya seakan-akan sesat itu, hanya dia yg berjaya memberi sy semangat baru. Dia ingatkan sy tentang hikmah Allah. Dia tunjukkan jalan agar saya kembali kepada Allah.

"Dia tahu tahap penyerahan kita n pergantungan kita kat Dia. Dia akan kasi apa yg setimpal ngan pngharapan kita."-Alyaa Liyana.

Kata2 Alyaa menyedarkan saya.

"Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu."- 2:214

"Apakah manusia mengira bahawa meraka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?"- 29:2

"(Iaitu) ketika mereka datang kepadamu dari atas dan dari bawahmu, dan ketika penglihatan(mu) terpana dan hatimu menyesak sampai ke tenggorokan dan kamu berprasangka yang bukan-bukan terhadap Allah. Di situlah diuji orang-orang mukmin dan digoncangkan (hatinya) dengan goncangan yang dahsyat."- 33:10-11

Lantas, layakkah saya untuk mempersoalkan ketentuan Allah? Layakkah saya untuk menangisi musibah yang menimpa? Layakkah saya untuk bergembira dengan nikmat yang diterima? Layakkah saya untuk membandingkan kehidupan saya dengan kehidupan manusia lainnya? Sedangkan nyawa saya sendiri bukan hak mutlak saya, bagaimana mungkin saya layak untuk mempertuankan kehidupan saya? Bagaimana mungkin saya seorang makhluk yg dicipta mahu mempersoalkan Tuhan yg mencipta saya? Bagaimana mungkin saya mempunyai hak untuk mempersoalkan segala yg terjadi ke atas saya jika saya sebenarnya datang dariNya dan akan kembali hanya kepadaNya?

"Hanya kepada Allah kamu semua akan kembali, kemudian Dia akan menerangkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan."- 5:105

Hari ini, saya memperoleh pengajaran yg sangat berguna. Saya belajar untuk sentiasa berlapang dada. Saya belajar untuk tidak lagi merungut mahupun mengeluh. Saya belajar untuk hanya menggantungkan pengharapan saya kepada Allah. Hari ini, saya memahami konsep REDHA dan konsep SYUKUR. Hari ini, adalah turning point utk segala-galanya. Saya tidak mahu lagi kembali ke pangkal Jahiliyyah, malah saya mahu mempertingkatkan diri.

"Bersyukurlah kepada Allah! Dan barang siapa bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya dia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barang siapa tidak bersyukur (kufur), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya, Maha Terpuji."- 31:12

"Katakanlah; "Cukuplah Allah bagiku. Kepada-Nyalah orang-orang yang bertawakal beserah diri.""- 39:38

"Dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Tidakkah kamu mengerti?"- 6:32

Terima kasih Tuhan. Rahmat dan kasih sayang-Mu Maha Luas.

Saturday, May 22, 2010

Shiela sayang..

Life tak stop bila kau failed. It sounds typical, tapi betul la it's not the end of everything. Kau rasa susah. Kau rasa payah. Kau even fikir nak give up. Kau rasa marah dgn diri sendiri. Kau rasa apsal selalu kau je yg jadi mcm ni.

Tapi kan Shiela sayang..

Medic tu bukan la priority benda yg kau kena capai. Kau ingat kan? Tu bonus je untuk kau. Tapi, that doesn't mean kau boleh buat sambil lewa je. Kau belajar guna duit rakyat. Setiap benda yg masuk mulut kau tu duit rakyat, sikit pun takde duit kau sendiri. Kau pegang amanah, Shiela. Amanah. Munafik jadinya kau kalau kau buat suka2.

Shiela sayang..

Allah tu sayang kau. Dia takkan saja2 nak bebankan kau kalau bukan sebab Dia nak bagi kau pengajaran. Dia takkan saja2 nak bebankan kau kalau Dia tahu kau tak mampu. Kau langsung2 tak ada hak nak mengeluh atau merungut kan. Dulu sejuk kau ngadu sejuk. Sekarang panas kau ngadu panas pulak. Mana pendirian kau sebenarnya?

Shiela sayang..

Ini adalah entry untuk memujuk kau. Shiela, kau pandang lebih jauh. Kau tahu kat mana lopongnya kau. Kau tingkatkan. Kau tahu Allah akan bantu. Kau tahu Allah tu ada je dok usha kau every single seconds. Kau tahu kau tak pernah akan sorang2. Kau tahu. Kau sedar tak??

Shiela..

Kau sentiasa berteman. Even time kau rasa tak ada sapa2 ada utk tarik tangan kau, untuk pimpin kau, kau tak pernah sorang2. Sebab ada yg lagi dekat dgn kau dari diri kau sendiri. Shiela, berlapang dadalah. Setiap kesusahan tu didatangkan bersama kesenangan.

Shiela sayang..

Stop merapu ok.


Sunday, May 9, 2010

Happy Mothers' Day

Ini adalah post yang tak dirancang. Terbaca dekat skype group, Pdah kata hari ni Hari Ibu. So tergerak hati la pulak nak menulis pasal hari ni. Bagi saya, hari ni adalah hari Ahad yang biasa macam hari2 Ahad yang lain. Well, maybe antara hari Ahad yang agak stress kot, sebab exam beratur je kan. Hehe. Tp, insyaAllah i'll manage.

Asal post pasal ibu je, selama ni mesti touching2. Okey la, tak nak la touching2 lagi hari ni okey. Nak happy2. Nak tulis ikut lepas je, biar vocabulary tunggang-terbalik, biar typo merata tempat, biar cakap benda yg takde faedah.

Kalau saya ada gambar emak saya, dah lama agaknya saya upload letak kat blog ni. Tapi sayang, saya tak ada. Saya hanya ada sekeping gambar emak yang diambil in 1997. Muda remaja lagi mak waktu tu. Cheeeee~ Takut betul bila selepas 9 tahun saya kehilangan mak, sy akan lupa wajah dia. Erm, lupa wajah tak apa, sebab kenangan saya dengan dia tu hak milik exclusive. Hanya Allah yg boleh tarik balik segala memori indah sy dengan dia.

Lumrah seorang ibu la kan, suka sangat membebel. Tak berenti nak bercakap. Mak sy pun mcm tu jugak. Ada je cerita yg dia nak cerita. Kalau tengah tengok TV tu, mmg tak larat la saya satu keluarga dengar mak komen itu ini. Ada je yg tak kena. Petang2 emak akan suruh saya cabut uban. Time tu pun akan ada lagi cerita2 yg dia nak cerita. Seronok saya dengar cerita ayam bawak lari kepala orang. Ouhh~

Kalau tak duduk kat rumah petang2, Mak akan ajak keluar pergi rumah Wa Bariah atau rumah Tok. Kalau pergi rumah Wa Bariah, Mak akan ikat duit syiling seringgit dekat baju dia, takut2 nanti Pak Pin aiskrim atau Maniam Putu Mayam datang, pastu sy mesti merengek-rengek nak beli.

Saya sangat tak suka kalau ikut Mak pergi rumah Tok. Sebab Mak dengan Tok ni, asal jumpa je, sembang sampai tak tahu siang malam. Rumah Tok pulak tak ada benda mainan macam rumah Wa, jadi saya pun main rambut Mak. Saya buat sanggul, buat dendan, buat juntai2, dan Mak macam tak perasan pun saya buat semua tu. Ouh, Mak kan asyik sangat sembang dengan Tok, mana nak perasan.

Mak suka suruh saya urut belakang dia. Mula2 tu saya tak suka, lepas tu tiba2 dengar bunyi Mak sendawa keluar angin. Lepas tu jadi excited, Abang pun excited sekali. Last2 habis belakang Mak saya dengan Abang gusti. Suruh lagi urut, tiap2 kali Mak sendawa kami ketawa tak ingat dunia.

Waktu tu baru letak telefon dalam rumah. Konfem2 la excited kan, sebelum ni mana penah jumpa telefon. Saya yg jakun ni asal pergi rumah Wa mesti akan main telefon. Dan Abang saya ni memang terkenal la dgn sikap mischievous dia tu. Lepas tengok Perdana Ria satu hari tu, Abang saya suruh saya dail orang kat Perdana Ria tu. Alaa, nombor2 yg 600-85-xxxx tu. Saya pun ikut. Lama2 tu jadi terbiasa. Asal nampak je iklan yg ada no telefon tu, mesti sy dail. Sekali sampai bil, amik kau sampai 300! Bengang la ayah saya, terus dia letak kunci kat telefon. Dan seperti biasa tugas Mak saya waktu tu adalah menasihati dengan bebelan beliau..

Waktu tadika kan, Mak suka sangat kumpul gambar saya. Mak saya kenal dengan ayah Nashrul Faiz ni. Ayah dia ni suka ambik gambar. So tiap2 kali ada function apa2, mesti Mak akan mintak gambar dengan ayah Nashrul Faiz. Mungkin Mak nak tengok anak kecik dia ni kot. Tak pun Mak nak tunjuk dekat saya bila saya dah besar. Tapi tu la Mak, sibuk sangat nak gambar saya, sampai ke sudah gambar Mak sekeping pun susah nak dapat.

Ada sehari tu, saya dengan Mak and Pak pergi rumah Long Jis. Long Jis amik gambar kami bertiga. Tu la satu-satunya gambar saya bersama dgn Mak dan Pak. Tapi bila saya cari balik gambar tu few years ago, gambar tu dah rosak. Menangis tak berlagu sy waktu tu. The only gambar sy dgn Mak dan Ayah dah rosak...

Macam dah nak masuk mood feeling je ni. Haha. Okey2, stop di sini jela ek.

Selamat Hari Ibu ye kepada yang bergelar Ibu!! ^_^

"Sungguh, Tuhanmu Maha Luas ampunanNya. Dia mengetahui tentang kamu, sejak Dia menjadikan kamu dari tanah lalu ketika kamu masih janin dalam perut ibumu. Maka janganlah kamu menganggap dirimu suci. Dia mengetahui tentang orang yang bertakwa."- 53:32

"Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan 'ah' dan janganlah kamu membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik."- 17:23

"Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, "Wahai Tuhanku! Sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil.""- 17:24

Saturday, May 1, 2010

Nature Calls ^_^

In the name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful.

Sometimes, even words can't convey the true emotions and feelings. Sometimes, we could get speechless. We stammered, we tried to form understandable words but nothing came out. So, less words for today okay. Just enjoy the view. I captured the pictures while going to a park searching for peace. I searched only for peace, and I found more than what I could imagine.




The road not taken; doesn't necessarily mean challenges that await, might simply mean the battle within yourself, to be different or just typical. To make a difference, or just follow the flow.

Manipulation; light doesn't only make you see, it can make you not see in dazzling situations, it can also make you see what others don't. It's just a matter of manipulation...


Being trapped in the darkness of shadows is being so near to the sunlight, but blinded by your own fear and weakness. If only you take the effort of looking behind....







Those who begin will eventually end. Take the first step forward, it might seem so far and unreachable, yet it will end.. somehow, someday.





It's still a long journey ahead. With faith, love and hope, we will definitely reach the end point.

Sometimes, being in solitude is what's best. You talk right out from your heart, without having to think someone might get hurt of your words. You talk for yourself to hear, for Raqib or Atid to note, for Allah to judge. You become yourself. And little did you know, Allah never leaves your side, for Allah is nearer to you than your own jugular vein (50:16). Do remember, being in solitude does not mean you are being alone.

"Allah has promised, to those among you who believe and work righteous deeds, that He will, of a surety, grant them in the land, inheritance (of power), as He granted it to those before them; that He will establish in authority their religion - the one which He has chosen for them; and that He will change (their state), after the fear in which they (lived), to one of security and peace: 'They will worship Me (alone) and not associate aught with Me. 'If any do reject Faith after this, they are rebellious and wicked."- 24:55