Tuesday, September 27, 2011

#167

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.

First of all, hari ni Shiela emo.

Ada someone yg menggelar diri dia anonymous menasihati aku kat Formspring dengan nasihat yg sebegini 4 bulan lepas. 4 bulan dah dia tanya. Mintak maaf Encik/Cik anonymous sebab tak jawab2 nasihat anda, sebab saya rasa saya nak buat post khas untuk nasihat Encik/Cik tu. Dan hari ni baru hati rasa tergerak nak menjawab. Sebab apa? Sebab hari ni saya emo.

Second of all, terima kasih yg tak terhingga untuk dia yg sudi menasihati, maknanya ada orang la yg baca blog ni guna hati. Melalui penulisan aku, dia tahu aku senang emo. Agaknya, dia juga tahu aku ni seorang manusia emo. Memang betul la apa dia kata. Sebelum blogging tu, selawat dulu. (ok, lupa nak selawat. Sat2.) Dan memang betul matlamat aku menulis ni dengan harapan ada orang yg sudi membaca, sebab ini juga salah satu cara aku untuk nak dapatkan keredhaan Allah. Melalui penulisan aku, aku mengharapkan keredhaan Allah, dan aku mengharapkan orang yg baca akan sama2 beroleh keredhaan. InsyaAllah..

Aku sungguh emo. Dekat Facebook tu payah sikit la nak nampak aku emo sebab privacy tak terjamin, lagi2 bila dia ubah setting segala sekarang ni. Tapi untuk 18 followers aku dekat Twitter, tahu la aku mcm mana. Tak caya?





Somehow, for a Narshiela Saad, sangat susah untuk aku buang sikap sensitif dan emo ni. Dan setiap kali aku terfikirkan betapa susahnya situasi aku ni, aku mesti akan teringat Saidina Umar, the baddest boy masa zaman Jahiliyyah. Dan kemudian satu-persatu jahiliyyah yg menjadi sebahagian dari kehidupan baginda itu dibuang, bila baginda menerima Islam. Contoh dah depan mata kot. Tak mustahil. And for a Narshiela Saad, I will keep trying. I will not promise anyone, not even myself that I will succeed in changing to be a better Narshiela. But I will keep trying. Cuba dan cuba dan cuba dan this Narshiela tak akan give up.

Selagi ada orang yg sudi menasihati, selagi ada orang yg sudi memerhati..aku rasa aku ada tanggung jawab untuk cuba berubah. Hm, I was emotional. But now I do feel a bit calmer. I can smile now. Seee ---> ^___^

No man is an island. Islamically, sesungguhnya Allah mencintai orang2 yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh. Hidup bukan untuk diri sendiri. Dan aku berterima kasih untuk mereka yg sudi berdiri untuk aku, menasihati aku, walau mengkritik sekali pun, sebab masih ada yg care.

#166-1

"Hidup macam roda. Kalau kita tak di atas, maknanya kita kat bawah. Kalau kita bukan kat atas atau kat bawah, maknanya kita tengah nak turun ke bawah atau naik ke atas."

Kata-kata Walid yg Syuhada paling ingat. Waktu mula-mula Walid cakap macam tu, Syuhada pukul manja lengan Walid.

"Walid ni..Walid tiru nasihat yg dah ada dalam buku. Syuhada dah selalu dah dengar. Asyik2 hidup macam roda."

Waktu tu Walid hanya ketawa, dan Syuhada semakin memuncungkan bibir. Perlahan-lahan, Walid tarik tangan kecil Syuhada. Walid genggam erat. Tangan Walid yg sebelah lagi Walid usap rambut Syuhada. Syuhada tewas dalam layanan asyik Walid. Rajuknya tak berpanjangan. Dia suka dibelai begitu.

"Walid tahu Syuhada dah tahu pasal tu. Sebab tu Walid ulang, Walid tak nak Syuhada lupa." Syuhada tak menjawab. Dia waktu itu sudah jauh hanyut dalam belaian lembut Walid. Walid, Syuhada sayang Walid!

Walid, Syuhada akan selalu sayang Walid. Syuhada selalu ingat kata-kata Walid. Syuhada selalu terbayang senyuman dan tawa Walid. Syuhada selalu teringatkan layanan Walid pada Syuhada. Sikit pun Syuhada tak pernah lupa. Sebab Syuhada sayang Walid.

"Angah, buat apa tu?" Syuhada tersentak. Salju putih rahmat dari Allah masih turun mencurah-curah di sebalik tingkap. Syuhada mengalihkan pandangan. Along mengerut dahi di muka pintu.

"Buat apa tenung tingkap macam nak tembus tu? Nak main salji ke apa?" Syuhada senyum. Cepat dia menggeleng. Langkah diatur kemas ke arah Along. Lengan Along dipaut.

"Jom. Syuhada dah siap." Along mengerut dahi lagi. Soalannya langsung tak dijawab. Namun dia pantas mengerti. Syuhada bukan gadis yang suka berkongsi. Syuhada lebih suka memendam segala rasa. Walau dipaksa dengan sejuta cara sekali pun belum tentu rahsia hati Angahnya itu dapat dibongkar. Dia pernah meyuarakan kebimbangan dengan sikap Syuhada yg satu itu. Namun dia hilang kuasa apabila mulut kecil itu menjawab lembut.

"Mana ada Syuhada simpan Along. Syuhada tak pernah simpan sikit pun, kalau ada apa2, semua Syuhada luah. Syuhada luah dekat Allah. Dia je yg paling faham, kan Along?"

Syuhada adiknya sudah besar. November ini dia akan berganjak ke usia 22. Terasa baru sekelip mata berlalu sejak Syuhada dilihat berambut tocang sambil memegang patung Pink Panther berlari-lari di taman permainan berhadapan rumah mereka. Terasa baru sejenak masa berlalu sejak adiknya menangis rindukan rumah saat ditinggalkan di sekolah berasrama penuh di utara semenanjung. Terasa belum puas bermain dengan si adik kecil, kini Syuhada sudah disunting orang. Syuhada bakal bergelar isteri. Syuhada....sudah dewasa.

"InsyaAllah ahad nanti Mak Long sampai dari Malaysia, dengan Akmal sekali. Ada kawan2 Angah yg akan datang tak?"

.................................................

Saturday, September 17, 2011

#165

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.

Assalamualaikum wbt buat siapa2 yg sudi membaca.

Hari ni 17hb September 2011, pukul 8:39pm kat Poland; hari ketiga aku sampai Poland, yg dengan izin Allah akan menjadi tahun ketiga aku sebagai pelajar perubatan. Masuk je pukul 5pm ++, mulalah melatonin aku melambung naik. Jetlag tak habis2 lagi, bila ntah pineal gland ni nak buat kerja macam orang Poland. ^^

Bila diingatkan balik, cuak betul aku sebelum nak balik tu. First time nak travel sorang2 for a journey of more than 10 000 miles. Tak henti2 aku doa semoga Allah permudahkan, memberi keselamatan dan memberkati perjalanan yg lebih kurang 43 jam tu. Dan alhamdulillah Allah ada dengan aku setiap masa. Dari Alor Setar Allah kurniakan aku Pipah untuk teman aku sampai ke LCCT. Dekat London, Allah perkenalkan aku dengan sepasang suami isteri yg teramatlah baik untuk menemani aku selama 12jam transit kat sana. Dan bila nak ke Poland Allah pertemukan aku dengan 2 orang classmates yg travel sekali sampailah aku sampai ke depan pintu apartment. Cara Allah nak menolong tu, yg tak disangka-sangka pun boleh jadi. Kan? Makcik yg aku sempat kenal kat London tu siap pesan lagi, jangan lupa sujud syukur bila lepas solat. Setiap saat yg Allah bagi ni adalah nikmat yg sewajarnya kita berterima kasih pada Dia.

Hm, so far cuti aku kat Malaysia terisi dengan perkara2 duniawi dan ukhrawi, tapi masih terasa aku tetap futur kali ni. Astaghfirullah. Hebat betul Allah jadikan Poland untuk aku, bumi tarbiyyah yg semakin hari semakin aku rasa sayang nak tinggalkan. Takpe Shiela, ada 4 tahun lagi. Lepas 4 tahun ni habis, kalau Allah panjangkan umur, macam dah boleh imagine aku menangis level apa bila nak tinggalkan Poland for good nanti. Oh btw, suhu Poland average dalam 15 degree la, tapi aku still ak dapat nak sesuaikan diri, dalam rumah pun terketar-ketar mcm kena parkinson. Karol tak pasang heater ke? T__T

Berjanji dengan As sebelum balik Poland hari tu yg aku akan rajin2 update blog. Menulis masih jadi minat aku, cuba bukan mudah untuk aku berada dalam mood menulis nowadays. Aku berhenti kat sini dulu eh. Banyak yg nak dikongsi, tapi mungkin dalam post2 selepas ni.

Salam sayang untuk semua. Serius. Ini datang dari hati, bukan sekadar kata2 kosong sebagai penutup bicara aku malam ni. Aku sayang semua yg sudi baca repekan aku. Sayang sangat2.