Tuesday, March 19, 2013

#220 - Read, Think and Judge

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.

Susah hati. Mungkin lebih kepada gusar sebenarnya. Manusia memang sudah fitrahnya berbeza antara satu dengan yang lain, maka mengapa susah benar untuk kita meraikan perbezaan antara kita? Sudahlah isu PRU 2013 yang entah bila bakal selesai, semuanya dipolitikkan. Saya terlihat juga adanya perbezaan pendapat antara umat islam yang berbeza jemaah yang akhirnya berakhir dengan perdebatan hangat untuk menegakkan pendapat masing-masing. Saya bukanlah ahli dalam soal jemaah ini, saya sendiri masih sedang belajar bertatih untuk mendapat sebuah kefahaman. Namun, mengapa sampai hilang rasa hormat terhadap saudara seagama sendiri? Yang mengikat kita bersama bukanlah jemaah, namun agama. Mencari cela pada saudara sendiri sama seperti membuka cela sendiri. Allahua'lam. 

Oh. Selamat hari lahir ke-23 kepada sahabat baik saya. Saya mencintai dia kerana Allah. InsyaAllah, akan saya cuba lestarikan kata-kata ini selagi mana saya mampu melakukannya. Doa saya; semoga kita sama-sama ke syurga. Allahu. 

Familiar dengan istilah ini? Islah nafsak wad'u ghairak. Perbaharui diri dan ajaklah orang lain. Sering disebut-sebut bila mana isu dakwah mahu ditekankan. Saya dulu terkesan juga dengan penggunaan perkataan dan dalam istilah ini. Apa yang ingin disampaikan adalah, memperbaiki diri dan mengajak orang lain itu perlu dilakukan seiring, serentak, simultaneously. Jangan tunggu diri sudah baik baru mahu berdakwah kerana kita sampai bila-bila juga tak akan pernah perfect.

Lalu saya diperkenalkan pula dengan istilah rabbani (3:79). Mengajar dan belajar. Kita belajar apabila kita mengajar. Kita memperoleh sesuatu apabila kita memberitahu kepada orang lain. Maka somehow, ditanamkan satu kefahaman ke dalam diri saya, berdakwahlah. Beritahu. Sama ada kau rasa kau baik atau tidak, beritahu. Kerana cara itu juga akan membolehkan kau belajar. Cara itu akan menjadikan kau lebih baik.

Namun, saat ini, saya sekali lagi terkesan dengan istilah islah nafsak wad'u ghairak itu. Kali ini bukan perkataan wa (dan) yang menyentuh saya, tapi perkataan islah (perbaharui). Jazakillah khairan katheera kepada kakak naqibah comel kesayangan saya. Pembaharuan pada diri itu tidak berlaku secara automatic. Ya, kita perlu seiringkan pembaharuan diri dan berdakwah. Kita perlu seimbangkan antara tarbiyyah dan dakwah.

Namun, kadang-kadang saya sendiri hanyut memikirkan apa yang mahu saya sampaikan kepada anak-anak usrah saya sehingga saya lupa apa yang saya perlu beri pada rohani saya. Semakin banyak perkara yang saya ingin mereka peroleh, maka semakin intensif pembaharuan yang saya perlu lakukan pada diri saya. Contohnya, jika saya mahu mereka membaca al-Quran satu muka surat sehari, maka saya perlu membaca lebih dari itu. Apa guna jika kita terlalu sibuk mengajak orang lain melakukan kebaikan, sedangkan amal kita masih di tampuk yang lama? 

Kata seorang sahabat, jika terlalu banyak bercakap tentang dakwah, hati mungkin akan menjadi keras. Mengapa? Kerana ketidakseimbangan antara dakwah dan tarbiyyah itu sendiri. Hubungan dengan Allah itu perlu kita jaga serapi-rapinya. Pada saya, mereka yang mahu mengajak dan memberitahu orang lain ini, perlu ada kekuatan dalaman yang tersendiri, supaya bukan mereka yang akan larut dalam dunia masyarakat yang semakin sakit. 

Seperti di atas. Berjemaah itu perlu, Allah suka pada umat islam yang bekerja secara berjemaah. Namun jemaah itu bukankah sekadar alat untuk membolehkan kita bergerak? Jemaah itu ibaratnya sebuah kapal yang membawa kita menyeberang lautan. Apabila kita sudah sampai di pesisiran, masihkah ada gunanya kapal itu? 

Destinasi kita sama. Namun kenapa masih mahu berbalah mencari salah sesama diri? Saya tahu, kritikan itu perlu dalam memperbaiki apa yang kurang. Namun, saya tidak nampak perbincangan dan kritikan yang membina yang disertai dengan niat untuk saling memperbaiki atas dasar saling menyayangi sesama muslim. Apa yang saya nampak menggunakan mata saya yang masih belum matang dalam soal ini adalah; kritikan-kritikan pedas untuk menegakkan pendirian sendiri dan menyalahkan pihak yang satu lagi. Kita ini, bawa islam atau bawa jemaah?

Saya tahu, bukan semua sebegitu. Ada yang ikhlas menegur untuk pembaikan bersama. Ada yang ikhlas berdoa untuk kesejahteraan saudara seagama. Namun segelintir yang mungkin, pada saya, taksub pada jemaah, mencacat celakan pergerakan dakwah. Akhirnya, islam yang sempurna itu tidak dapat kita tunjukkan. 


p/s 1: Allah tak suruh kita berukhwah dengan ahli-ahli dalam jemaah. Allah suruh kita berukhwah dengan orang islam yang lain. Allahua'lam.

p/s 2: Ini kefahaman dan pemikiran saya. Tiada niat untuk menuding jari pada pihak-pihak tertentu. Mohon betulkan jika ada kesilapan, saya juga masih baru mengenal dunia.

“I want there to be a place in the world where people can engage in one another’s differences in a way that is redemptive, full of hope and possibility." - bell hooks, Reel to Real: Race, Sex, and Class at the Movies

"We are made of different colours and we have different cultures. We are all different! But the key to this door is to look at these differences, respect these differences, learn from and about these differences, and grow in and with these differences. We are all different. We are not the same. But that's beautiful. And that's okay." -C. JoyBell C.



Tuesday, March 12, 2013

#219

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.

My last entry was on January 12th, exactly 2 months ago. Haila. Tak pernahnya nak istiqamah! Teringat-ingat Timah penah tulis kat blog dia; amal yang diterima Allah adalah amal yang istiqamah. T__T

Oh anyway. Happy birthday Alyaa Liyana Idris. I have been old I guess, tak ingat pun birthday Alyaa kalau tak diingatkan skype. Well, typical but the best wishes, may Allah bless you. Tanpa redha Allah, tak ada guna hidup sihat kaya tujuh keturunan sekalipun. :)

Bermimpi tentang shahadatul haq malam tadi. Sekarang baru pukul 4.06am anyway. Mungkin sebab ada terfikir tentang SH semalam, dalam tidur pun terbawa-bawa. Takut dengan mimpi sendiri. Kita ini saksi. Mahu atau tidak, sedar atau tidak..kita ini saksi!

Kita mengaku menjadi saksi pada kalimah tauhid la ilaha illallah. Dan saat di akhirat kelak, kita bakal dipersoalkan. Sudahkah kita menjalankan amanah kita sebagai seorang saksi? Sudahkah kita berusaha menegakkan islam di atas muka bumi? Apa usaha kita? Tengok movie? Pergi kelas balik rumah makan study tidur and thats it?!

Takut. Segala perbuatan kita bakal dipersoalkan. Kata-kata kita. Facebook status kita. Tweets kita. Blog entries kita. Malah, apa sahaja ilmu yang kita peroleh yang tidak kita sampaikan juga bakal dipersoalkan. Kau seorang saksi! Saksi itu menyampaikan apa yang benar, dan kau merahsiakan kebenaran?

Jadi baik seorang diri itu tak ada guna. Tanggung jawab kita bukan ke atas diri kita semata-mata. Sebaik sahaja kita menjejak usia baligh dan mumayyiz, ada tanggung jawab besar yang bukan semua sedar terletak di pundak kita. Fikirkanlah. Hidup kita untuk apa? Untuk siapa? Kenapa kita dibiarkan hidup? Untuk makan semata-matakah? Dan kemudian mati kekenyangan? Tanpa memikirkan masalah dunia yang semakin sakit, yang kalaupun tidak banyak, sedikit adalah kerana kita?

Sedih. Abu Lahab yang dicerca dalam al-Quran itu lebih memahami maksud la ilaha illallah daripada kita sendiri. Kasihan dengan diri sendiri. Belajar tinggi-tinggi, hati masih buta.

"Maka apakah mereka tidak berjalan di atas muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada." -22:46