Sunday, June 27, 2010

Balik jom!!

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Hari ni 27 Jun, bersamaan 15 Rejab 1431, pukul 10:35am. Which means dah dua minggu lebih tak blogging; seminggu sebab tak ada Internet, seminggu lagi sebab malas kot. Heheh.

Sekarang tengah membilang hari je. Ahad, Isnin, Selasa, Rabu. Allah, tak lama je lagi nak balik ni. Esok, lusa, tulat. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Semoga Allah selamatkan perjalanan Lodz-Warsaw-London-KLIA-Perlis ni. InsyaAllah.

Agaknya perasaan sekarang ni adalah perasaan yg sama dirasai oleh rakan2 yg lagi 3 orang. Excited tu satu kemestian, nak jejak Tanah Melayu, nak makan makanan yg kat Malaysia je boleh jumpa, nak bersalam peluk cium dengan family and kawan2. Tapi, at the same time, terselit jugak sedikit rasa takut. Takut akan tergegarnya hati dan iman bila jauh dari persekitaran yg dah sebati dgn diri sendiri.

Sungguh macam apa yg Kak Dina and Kak Wani selalu pesan, summer holiday ni ujian untuk kita. Satu, memang la akan rasa happy bila balik ke tempat asal. Tapi, bagi saya yg rasanya baru di level baby dalam hal dakwah dan tarbiyah ni, saya takut iman saya belum cukup mantap untuk mengukuhkan saya paling kurang pun untuk maintain dalam keadaan sekarang. Takut kalau2 terjerumus balik dalam zaman Jahiliyyah yg pernah saya lalui satu masa dulu.

Semoga Allah permudahkan. Baru lepas baca novel Sinergi online di Langit Ilahi, dan apa yg saya dapat, kita perlu beriman bahawa Allah itu membolak-balikkan hati dan perasaan manusia. Dan iman seorang manusia tu tak pernah static di satu level je, kadang2 iman meningkat, kadang2 iman menurun; semuanya bergantung kepada amalan kita.

Rasa terkesan sangat dengan novel ni even baru baca sikit. Olahan Hilal Asyraf terhadap dua watak utama tu buat saya rasa terkinja-kinja untuk memperoleh sahabat sebaik Irfan, sesetia Asid. MashaAllah, indahnya ukhwah yg berteraskan iman dalam mencari redha Allah. Saya nak jadi sahabat yg macam tu, dan saya mahukan sahabat sebegitu. Sinergi buat saya faham 1+1=3 is not just a simple mathematics equation that seems irrelevant.

Nanti dah balik Malaysia mungkin dah tak boleh selalu online. Tak ada access Internet kat rumah. Babai la Blogspot, babai la Facebook. Nak cuba wujudkan balik minat yg sejak fly ni makin terkubur, which is reading books. So for the last three days, saya nak merapu banyak2 kat sini.

Salam sayang untuk semua.

Friday, June 11, 2010

untuk as eleyana ali

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Hari ni 11 Jun 2010, bersamaan 28 JamadilAkhr 1431, pukul 4.32am.

Dah cerah macam pukul 7am. Haa, this is the beauty of nature. Cantiknya sunnatullah, kepada orang2 yg mahu bukak mata dan hati untuk melihat, merasai dan meyakini. InsyaAllah hari ni nak turun Warsaw, nak jumpa Kakak2 usrah tersayang sambil buat lawatan sekeliling bandar. Hehe. Yang penting, nak beli nugget, daging burger, ayam! ^^

Okay2, straight to the point. Post ini khas untuk As Eleyana yg dah berbesar hati tag org kan.

Write 5 interesting facts about the person who tagged you.
I don't know whether these facts about her are interesting, but there are the facts that somehow made our friendship lasts longer than I can ever imagined. She has a lot of things in common with me. Perlis, Jenan, Revo, Andeka, Band, 1E 2A 3E to name a few la kan. She's matured even though she is in denial of this particular fact. She did what she thought was right, though it's not what she liked. She acknowledged me in every single way that I believe I haven't done the same thing in return (and for that, I'm sorry). She made a great kek batik! Ahh, rindu kek batik As!

Jot down 5 interesting facts about yourself or your hobbies
These are definitely NOT interesting. I am a novel freak; I'll just read novels of one author at one time and I'll not watch movies adapted from my favourite novels. I considered myself a friend who treasured friendship too much to the point that I could always be sensitive with how my friends treasure me. I easily cried, which is I'm grateful of. I am so not into girlish stuffs; pinks, handbags, bracelets, dresses etc-not that I don't like them, it's just too hard to handle them. I'm a medical student who is in love with Physics and Add Maths but allergic to Biology.

Pick your 5 deserving recepients and describe them.
Mashi, the only friend whom I feel comfortable holding hands with, she's just lovable. Haha. Even tak selalu contact pun, I can't resist telling myself that I love her still. =)

Nada, an irreplaceable friend who has gone through thick and thin together with me in the process of growing up. From fighting, crying, yelling, laughing, sharing, we've done everything together that I can never feel regret if fated I won't see her again.

Apple, though tipis kemungkinan dia nak buat tag ni, blog dia dah bersawang dah rasanya. He talks too much, which made me believe I'm a great listener. He trusts in me, which made me believe I'm a good friend. He is always there for me, simply being there.

Suhaimi, even I doubt whether he's going to do it or not. Apa peduli kan, my job is to tag, not to make sure they wrote in their blog kan. To sum up everything in a word, he's just magnificient. He reminded me of the ups and downs of life. He was there for advices when I need them the most. He shared things with me, which made me look at life in a different perspective.

Pkah, I'm not that close to her. But I admire her courage, her never-giveup attitude, her carefree-behaviour. She's gone through a lot of things, but she survived through them all. I envy her optimistism.

I would have tagged Subaili kalau As tak tag dia dulu. Ni entry experiment guna font lagi besar, takut nanti Subaili complain lagi tulisan kecik. Tak nak la dia rabun sbb baca blog ni kan. Subaili, I want feedback! =)

Sunday, June 6, 2010

a beautiful evening in summerish spring

Included here is the conversation between two..two..well, there was a conversation. One was known as R (not real name), the other one was I (also not real name).

R: You're not gonna win. Why bother playing?
I: You d*****s, have you ever heard of the word 'trying'?
R: (chuckled) Which era were you from? There's no such thing as trying anymore. In here, there is only doing or not doing.
I: Well, at least I have the guts of risking whatever I have. Have you?
R: You dumbo, life does not circle around you. You could lose everything you have in a blink of eye.
I: So what if I lose? I've done what I thought was right, what happened after that wasn't in my hand to control.

Allright, fullstop. Just came across Qila's status in Facebook, and it reminded me of a verse in Holy Quran. No point, simply feeling like writing it here.

"When some of them said: "Why do ye preach to a people whom Allah will destroy or visit with a terrible punishment?"- said the preachers, "To discharge our duty to your Lord, and perchance they may fear Him".- 7:164

Friday, June 4, 2010

Ada Aku Kisah?

In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful.
It's 4th June 2010, 21st Jamadil Akhr 1431, 11:32pm.

Okay, sbb saya sayang Wani, I changed back to using my favourite Verdana. Nanti Wani mengadu lagi sakit mata nak baca. I don't wanna lose a loyal reader like you simply because of font. Haha.

Blogging tgh2 malam ni, when I should be sleeping sebab kalau tak tido lagi konfem2 la terlepas subuh yg masuk waktu pukul 2:08am adalah sebab I read Ainul's blog and Lissa's formspring.

And I feel like sharing few things here. Latest entry in Ainul's blog was about tudung as the fashion trend. Baru hari tu mengadu dekat Wani. One of the reasons I hate to reactivate my Facebook was to see some people yg pakai tudung kat luar but freely and willingly show off their hair in Facebook. No offense here eh. As if dorang pakai tudung tu sebab it's some kind of adat, bukan sebab it is compulsory for us Muslims to wear hijab.

Wani sejukkan balik dengan nasihat2 penuh hikmah dia (hoho!), "Org yg jadi camtuh sbb buat bukan kerana Allah, depa merasakan pakai tudung tu satu adat." Indeed.

Kenapa nak pakai tudung kalau on off? Kenapa nak pakai tudung tapi pakai short sleeve? Sebab dorang buat camtu bukan kerana Allah. A real good explanation la kan. Saya tak ckp mcm ni sbb sy ada dendam towards the free hairs, ada je rakan2 yg free hair yg lagi hebat dr saya. Saya tak ckp macam ni sebab sy rasa sy bajet baik la sbb saya pakai tudung, tak.

Sy cakap mcm ni sebab saya dah rasa mcm mana perasaan untuk preserve and conserve image yg saya bawak. Kalau dorang tak nak pakai tudung, tu masalah dorang, tu kehendak dorang. Tapi apa tanggapan orang nanti? As if covering your hair tu bukan isu signifikan. As if covering your hair tu adalah options yg we can choose to do or not to do. No wonder la ada negara yg suatu masa dulu pernah ban people dari pakai tudung atas dasar kesamarataan antara agama. Ouh, saya tak boleh tulis panjang2 pasal ni, memberi laluan untuk syaitan laknatullah take advantage, lalu jadikan entry ni sebuah entry berunsurkan hatred. Huhu. Nauzubillah.

Second issue, saja2 tak ada kerja stalked formspring anak sedara sendiri. Lissa dah matured; where was I when I was 14 eh? Masih dalam zaman kena wanted dan ragging. Huhu. I read how she dealt with people yg tanya 1001 kinds of questions! Yg hentam, yg puji, yg advise, segala bagai semua ada. And she dealt with every single of them like a grown up! You go girl!

Dan buat saya refleks balik diri saya sendiri. Zaman saya dibenci dan membenci dah lama berlalu. Dulu kat Jenan boleh la. Aku takmau kawan dengan kau sbb kau budak otai aku budak baik. Aku takmau kawan dengan kau sebab kau budak bodoh aku budak pandai. Aku takmau kawan dengan kau sebab kau les aku straight. Aku takmau kawan dengan kau sebab kau bajet hot, sebab kau bajet rajin and the list goes on and on.

I did experience that era. Zaman saya label orang jahat, zaman orang label saya sombong. Zaman orang pulau saya, zaman saya buat drama depan kelas sound orang. Zaman buat halaqah kat meja batu depan Andeka kutuk si tuut dan si tott. Zaman stay up sampai ke pagi gossiping. Ouh, and i didn't even realise when everything ended. Tiba2 je semua orang dah grew up. Haha.

I changed a lot though. Semoga perubahan ni perubahan ke arah yg lebih baik. Sekarang tak ada lagi benci2 orang. Tak ada lagi dendam2 kat orang, tak puas hati kat orang, kutuk2 orang. Dan harapnya orang pun tak ada la yg benci2 saya, tak puas hati dgn saya, kutuk2 saya. Sungguh saya rindu zaman tak matured tu tapi I have to grow up jugak no matter what.

So, mintak maaf yeh kalau saya ada tersakitkan hati siapa2. Kadang2 saya ni tak sedar diri jugak. Kadang2 bestfriend sendiri pun saya boleh bagi nangis (kan Zatil kan?). Kadang2 saya tak mampu nak puaskan hati semua pihak. Kadang2 tindakan saya mengguris hati orang2 yg saya sayang. Kadang2 saya jadi selfish. Kadang2 saya berlaku tak adil terhadap rakan2 saya. Tapi, tu la saya. Imperfect, simply ordinary but always trying her best to be better. (ayat taley blah!)

Entry kali ni macam...macam ape eh?? Macam somewhat pelik la saya rasa. Tak kisah la. Kat sini, everyone is free to talk kan? ^^ Dah pukul 12:16am. Nak makan nasik.


Thursday, June 3, 2010

Zero Percent

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Assalamualaikum wbt. Hari ni hari Khamis, 3hb Jun 2010 bersamaan 20 Jamadil Akhir 1431.

Lamanya tak menulis guna font ni! Hehe. Asyik2 guna Verdana je, hari ni tukar la kejap. Okey2, firstly nak promote blog Nada kejap. Saya baru lepas baca blog Nada, and saya terus tergerak hati untuk blogging. Hehe, thanks ye Nada untuk entry yg menggerakkan tu. Klik sini kepada sape2 yg nak singgah ke blog Nada. Betul la apa Nada cakap. Tentang usaha. Tentang kebergantungan kita terhadap Allah swt.

Teringat usrah dgn Kak Syuhada dekat MAIS dulu. Kak Syu penah tanya satu soalan ni. Bila kita study, usaha banyak2 kan, dan kemudian Allah rezekikan kita utk peroleh kejayaan. Agak2 berapa percent usaha kita tu yg contribute to kejayaan kita? Ada bagai2 jawapan la waktu tu. 95%. 50%. 10%. 5%. 1%. Tapi lepas tu Kak Syu pun cakap, ZERO PERCENT!

Ha, berdasarkan jawapan Kak Syu tu, nampak sgt la yg usaha kita tu tak ada langsung contribution to our success kan. Dah tu kenapa nak berusaha? Kalau saya, saya bidas je mcm ni. 13:11. Check sendiri. Tapi even mulut boleh dgn senang-lenangnya cakap yg segala-galanya adalah ketentuan Allah, tapi bagi diri saya sendiri pun sebenarnya susah untuk beriman dgn kenyataan ni. Bukannya tak percaya langsung2, cuma kadang2 tu terlupa akan hakikat kenyataan ni. Seorang teman pernah cakap macam ni dekat saya bila dia failed in one of her test, "Sedih la, banyak kot study." Waktu tu saya angguk2 je, mengiyakan kenyataan beliau yg tengah kesedihan tu kan. Tapi bila difikirkan balik, kebergantungan kita tu semata2 atas usaha kita, mcm mana la Allah nak bagi apa yg kita nak kalau Allah pun kita letak bukan pada yg pertama?

Kata2 dari blog Nada, "Tawakal tu bukan terhadap usaha kita, tetapi terhadap Allah Yg Maha Esa." Tak usah nak jadikan usaha kita sebagai satu kayu ukur ke atas kejayaan kita. Saya dah study banyak, that's why result saya okay. Usaha kita tu tak contribute langsung pun pada result yg kita akan dapat. Usaha tu just sebagai syarat je pun, yg Allah nak tengok adalah tahap kebergantungan kita pada Dia. Sejauh mana kita percaya pada takdir Dia, sejauh mana kita redha dengan ketentuan Dia.

Nak dengar satu kisah benar tak? Hehe. Tak nak dengar pun takpe, baca je okay. =) Alhamdulillah, saya pass final anatomy semalam, walaupun dapat 3 je tapi alhamdulillah, ada jugak rezeki saya. Saya dapat markah yg paling minimum sekali utk melayakkan diri saya pass. Nak pass kena dapat 17 points, dan saya dapat 17. Sebelum exam tu mmg saya redha je la, kalau nak fail pun memang tu yg Allah dah tetapkan dan saya akan terima. Terlintas juga dlm kepala otak, macam mana la Allah nak tolong, saya study pun sambil lewa, main2, sambil blogging, sambil Facebook-ing. Usaha pun macam tak cukup je. Macam mana Allah nak tolong kalau dipandang pada usaha saya ni?

Dan Allah jawab terus soalan saya tu. Macam mana ye Allah nak tolong? Bantuan Allah tu macam2 cara boleh jadi. Waktu dalam bas, Allah takdirkan saya duduk berhadapan dgn Pdah. Allah takdirkan Pdah tiba2 je tanya soalan pasal innervation of palatoglossus. Allah takdirkan saya jawab CNX, Pdah kata CNVII, Fadh pulak jawab CNIX. Allah takdirkan saya bukak kitab tebal Clinically Oriented Anntomy. Allah takdirkan saya terbukak page tentang muscles of soft palate. Walaupun waktu tu tengah dicuss pasal muscles of tongue, tapi secara tak sengaja terlirik juga mata pada senarai muscles of soft palate tu. Dan Allah takdirkan soalan tentang tu yg keluar dlm exam. Kalau la Allah tak takdirkan Pdah duduk depan saya, Pdah takkan tanya saya soalan tu dekat saya. Kalau la Allah tak takdirkan saya, Pdah dan Fadh berbeza pendapat waktu tu, saya takkan bukak kitab tebal Clinically Oriented Anatomy. Kalau la Allah tak takdirkan saya bukak kitab
tebal Clinically Oriented Anatomy, saya takkan terbaca tentang muscles of soft palate tu. Kalau la Allah tak takdirkan saya terbukak page tu, saya takkan dapat jawab soalan tu dlm exam. Saya akan dapat 16, dan saya fail.

Allah, sampai macam tu sekali ye Allah nak tolong. Saya je yg tak sedar2 diri lagi. Lalu, layakkah saya nak mempersoalkan lagi tentang pertolongan Allah? Allah tak pandang langsung pun pada usaha kita, Allah tengok keyakinan kita terhadapNya. Sebut pasal pertolongan Allah ni, saya terfikirkan tentang nasib saudara2 kita di Palestin sana. Takut juga, kalau2 dosa saya dekat Poland ni antara salah satu sebab Allah tunda kejap bantuan ke atas mereka di Palestin. Tak nak la saya yg jadi penyebab. Huhu.

Apa2 pun, saya hanya mampu memanjangkan doa untuk mereka. Mata saya mungkin baru sahaja tercelik. Tidur saya mungkin baru sahaja berakhir. Angan2 saya mungkin baru sahaja termusnah. Namun saya bangun sebagai seorang manusia yg tak mahu lagi kembali ke alam lena yg nyenyak tu. Biar sahaja dunia realiti tak seindah angan2 saya, namun saya tahu saya sedang berusaha untuk berdiri di jalan yg diredhai. Biar sahaja dunia realiti tak seperti bayangan dalam lena saya, namun saya tahu saya sedang berganding bahu dengan umat islam seluruh dunia yg hanya mengharapkan syurga Allah sebagai balasan. Saudara2 saya, saya bersama anda.

"Wahai orang-orang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. Dan orang-orang yang kafir, maka celakalah mereka, dan Allah menghapus segala amalnya."- 47:7-8

Semoga Allah redha!

P/s=Terduduk jugak dengan kata2 Fadh tadi, "Aku rasa dunia macam dah nak kiamat je. Sekarang nampak macam orang islam dah bersatu pasal isu Palestin tu. Macam dah nak masuk zaman kebangkitan orang islam." Let's pray semoga paling kurang pun kita boleh istiqamah dgn semangat kita tu.