Thursday, June 3, 2010

Zero Percent

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Assalamualaikum wbt. Hari ni hari Khamis, 3hb Jun 2010 bersamaan 20 Jamadil Akhir 1431.

Lamanya tak menulis guna font ni! Hehe. Asyik2 guna Verdana je, hari ni tukar la kejap. Okey2, firstly nak promote blog Nada kejap. Saya baru lepas baca blog Nada, and saya terus tergerak hati untuk blogging. Hehe, thanks ye Nada untuk entry yg menggerakkan tu. Klik sini kepada sape2 yg nak singgah ke blog Nada. Betul la apa Nada cakap. Tentang usaha. Tentang kebergantungan kita terhadap Allah swt.

Teringat usrah dgn Kak Syuhada dekat MAIS dulu. Kak Syu penah tanya satu soalan ni. Bila kita study, usaha banyak2 kan, dan kemudian Allah rezekikan kita utk peroleh kejayaan. Agak2 berapa percent usaha kita tu yg contribute to kejayaan kita? Ada bagai2 jawapan la waktu tu. 95%. 50%. 10%. 5%. 1%. Tapi lepas tu Kak Syu pun cakap, ZERO PERCENT!

Ha, berdasarkan jawapan Kak Syu tu, nampak sgt la yg usaha kita tu tak ada langsung contribution to our success kan. Dah tu kenapa nak berusaha? Kalau saya, saya bidas je mcm ni. 13:11. Check sendiri. Tapi even mulut boleh dgn senang-lenangnya cakap yg segala-galanya adalah ketentuan Allah, tapi bagi diri saya sendiri pun sebenarnya susah untuk beriman dgn kenyataan ni. Bukannya tak percaya langsung2, cuma kadang2 tu terlupa akan hakikat kenyataan ni. Seorang teman pernah cakap macam ni dekat saya bila dia failed in one of her test, "Sedih la, banyak kot study." Waktu tu saya angguk2 je, mengiyakan kenyataan beliau yg tengah kesedihan tu kan. Tapi bila difikirkan balik, kebergantungan kita tu semata2 atas usaha kita, mcm mana la Allah nak bagi apa yg kita nak kalau Allah pun kita letak bukan pada yg pertama?

Kata2 dari blog Nada, "Tawakal tu bukan terhadap usaha kita, tetapi terhadap Allah Yg Maha Esa." Tak usah nak jadikan usaha kita sebagai satu kayu ukur ke atas kejayaan kita. Saya dah study banyak, that's why result saya okay. Usaha kita tu tak contribute langsung pun pada result yg kita akan dapat. Usaha tu just sebagai syarat je pun, yg Allah nak tengok adalah tahap kebergantungan kita pada Dia. Sejauh mana kita percaya pada takdir Dia, sejauh mana kita redha dengan ketentuan Dia.

Nak dengar satu kisah benar tak? Hehe. Tak nak dengar pun takpe, baca je okay. =) Alhamdulillah, saya pass final anatomy semalam, walaupun dapat 3 je tapi alhamdulillah, ada jugak rezeki saya. Saya dapat markah yg paling minimum sekali utk melayakkan diri saya pass. Nak pass kena dapat 17 points, dan saya dapat 17. Sebelum exam tu mmg saya redha je la, kalau nak fail pun memang tu yg Allah dah tetapkan dan saya akan terima. Terlintas juga dlm kepala otak, macam mana la Allah nak tolong, saya study pun sambil lewa, main2, sambil blogging, sambil Facebook-ing. Usaha pun macam tak cukup je. Macam mana Allah nak tolong kalau dipandang pada usaha saya ni?

Dan Allah jawab terus soalan saya tu. Macam mana ye Allah nak tolong? Bantuan Allah tu macam2 cara boleh jadi. Waktu dalam bas, Allah takdirkan saya duduk berhadapan dgn Pdah. Allah takdirkan Pdah tiba2 je tanya soalan pasal innervation of palatoglossus. Allah takdirkan saya jawab CNX, Pdah kata CNVII, Fadh pulak jawab CNIX. Allah takdirkan saya bukak kitab tebal Clinically Oriented Anntomy. Allah takdirkan saya terbukak page tentang muscles of soft palate. Walaupun waktu tu tengah dicuss pasal muscles of tongue, tapi secara tak sengaja terlirik juga mata pada senarai muscles of soft palate tu. Dan Allah takdirkan soalan tentang tu yg keluar dlm exam. Kalau la Allah tak takdirkan Pdah duduk depan saya, Pdah takkan tanya saya soalan tu dekat saya. Kalau la Allah tak takdirkan saya, Pdah dan Fadh berbeza pendapat waktu tu, saya takkan bukak kitab tebal Clinically Oriented Anatomy. Kalau la Allah tak takdirkan saya bukak kitab
tebal Clinically Oriented Anatomy, saya takkan terbaca tentang muscles of soft palate tu. Kalau la Allah tak takdirkan saya terbukak page tu, saya takkan dapat jawab soalan tu dlm exam. Saya akan dapat 16, dan saya fail.

Allah, sampai macam tu sekali ye Allah nak tolong. Saya je yg tak sedar2 diri lagi. Lalu, layakkah saya nak mempersoalkan lagi tentang pertolongan Allah? Allah tak pandang langsung pun pada usaha kita, Allah tengok keyakinan kita terhadapNya. Sebut pasal pertolongan Allah ni, saya terfikirkan tentang nasib saudara2 kita di Palestin sana. Takut juga, kalau2 dosa saya dekat Poland ni antara salah satu sebab Allah tunda kejap bantuan ke atas mereka di Palestin. Tak nak la saya yg jadi penyebab. Huhu.

Apa2 pun, saya hanya mampu memanjangkan doa untuk mereka. Mata saya mungkin baru sahaja tercelik. Tidur saya mungkin baru sahaja berakhir. Angan2 saya mungkin baru sahaja termusnah. Namun saya bangun sebagai seorang manusia yg tak mahu lagi kembali ke alam lena yg nyenyak tu. Biar sahaja dunia realiti tak seindah angan2 saya, namun saya tahu saya sedang berusaha untuk berdiri di jalan yg diredhai. Biar sahaja dunia realiti tak seperti bayangan dalam lena saya, namun saya tahu saya sedang berganding bahu dengan umat islam seluruh dunia yg hanya mengharapkan syurga Allah sebagai balasan. Saudara2 saya, saya bersama anda.

"Wahai orang-orang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. Dan orang-orang yang kafir, maka celakalah mereka, dan Allah menghapus segala amalnya."- 47:7-8

Semoga Allah redha!

P/s=Terduduk jugak dengan kata2 Fadh tadi, "Aku rasa dunia macam dah nak kiamat je. Sekarang nampak macam orang islam dah bersatu pasal isu Palestin tu. Macam dah nak masuk zaman kebangkitan orang islam." Let's pray semoga paling kurang pun kita boleh istiqamah dgn semangat kita tu.

6 comments:

Adek Nada said...

WAH!!! Blog aku telah dipromote kat sini..hahahahaha..
Makasihla sbb wat promotion secara sukarela yer!

Aku pun pernah ada pengalaman cam ko gak. Mlm b4 exam, aku n kawan2 discuss apa yang kuar time exam tu. Mula2 sakit pale and stress sbb mcm2 conclusion yg kuar. Tp tgk2, esoknye kuar sebijik. Alhamdulillah. Cuma result xtaula cmna sbb bnda ni jadi time final hr tu..hahahaha.. Tawakal..

Pastu, ada gak pengalaman jadi org yg terlalu yakin!hahahaha. Time trial hr tu, aku ni dh mls nk baca dh last2 minute sblm msuk dewan tp org lain duk sibuk belek lagi. Bila masuk je, aku lupa kena guna Left Fleming Hand Rule ke Right Fleming Hand Rule.huhuhu. Dhla most soalan mmg kena guna konsep tu. Kalaula aku still revise last2 minute, maybe aku leh dapat B instead of C.huhuhu

Panjangla plak aku komen kali ni...hahahahaha.. Tgh bosan ni, asyik mengadap soalan fizik jer..hehehehe.. Jadi pengajarannya, usaha sampai ke akhirnya tapi pasrah dengan apa sahaja yg bakal diterima.hehehe :)

waniawin said...

weh!!!
font kecik!
sakit mata aku bca. hahahah

waniawin said...

weh!!!
font kecik!
sakit mata aku bca. hahahah

Lemonades Of Life said...

nada: hoho. mmg sgt panjang komen anda sejak akhir2 ni ya. hehehe. betul2, kita usaha sampai ke penghabisan, tp letakkan sepenuh pergantungan kita dekat Allah. =) ak soakan semoga result ko gempak ar weh! hee.

wani:aloo, cian dia. okey2, lepas ni rijek dah la font ni, ak guna yg besa punya oke. kesian kat hg. heheh

azino said...

like......

Lemonades Of Life said...

thank you la sudi like awak!! hehe