Tuesday, May 6, 2014

#239

Bismillahirrahmanirrahim.

Ya Allah, ikhlaskanlah hatiku, pimpinlah aku ke arah keredhaan-Mu.

Study of human. What do we call that? Humanology? Eheh. Macam pelik kita ambil degree, master sampai ke tahap professor nun tentang pelbagai perkara, tapi tentang diri sendiri pun kita masih belum betul-betul kenal.

Setelah lebih tiga bulan blog ni menyepi, hari ni saya terpanggil untuk berkongsi sesuatu tentang diri sendiri. Ini mungkin bukan fakta, dan mungkin tak melibatkan siapa-siapa, tapi ini pengamatan lemah saya ke atas segelintir golongan manusia.

Manusia; which is kita, dilahirkan dengan mempunyai perasaan untuk menyayangi diri sendiri lebih dari orang lain. Hence, it's in our nature untuk melebihkan diri sendiri dan lebih memberi perhatian ke atas diri sendiri.

Contoh: cuba ambil gambar beramai-ramai. Kemudian, ramai-ramai tu pun akan berebut-rebut nak tengok gambar yang diambil. Apa yang ditengok pada gambar tu? Diri masing-masing. Ready ke tak ke..mata pejam ke tak ke..tudung senget ke tak ke..cantik ke tak cantik ke.. Ada ke orang yang tengok gambar orang lain dulu sebelum tengok gambar diri sendiri? Mungkinlah ada. ^^

Kita juga lebih suka bercerita tentang diri sendiri berbanding mendengar cerita orang lain. Kita senang menghargai mereka yang sudi meluangkan masa mendengar cerita kita, kerana menjadi pendengar yang baik itu bukan satu bakat yang kita dilahirkan dengannya, malah satu kesedaran yang terhasil apabila kita melebihkan orang lain daripada diri sendiri. Dan bukan semua yang mendengar itu benar-benar mendengar kerana mereka mengambil berat. Ada yang sekadar ingin tahu, dan ada yang dalam hatinya, membandingkan kisah kehidupannya dengan kisah yang didengarinya. (Eh, ini research okay. People may likely gain our trust and may favor us if we listen to their stories.) 

Akhirnya, walau bagaimana sekalipun tingkah laku kita, niat yang bakal menentukan segala-galanya. Janganlah kita menghakimi manusia, kerana keikhlasannya tidak mampu kita ukuri. Cuba sedaya upaya untuk berlapang dada. 

Sakit, bila rasa asyik kita sahaja yang mendengar, tiada yang mahu menyahut panggilan kita. Sakit, bila rasa asyik kita sahaja yang mengalah, tiada yang mahu mengambil berat perihal kita. Sakit, bila rasa asyik kita sahaja yang cuba membantu, tiada yang mahu mempedulikan kesusahan kita. 

Sakit itu, kerana kita meletakkan diri kita sendiri sebagai paksi kehidupan kita. Sedangkan paksi kehidupan kita bukanlah kita. Dunia tidak berputar mengelilingi kita, malah dunia langsung tidak memerlukan kita untuk berfungsi seperti biasa. Maka, betapa angkuhnya kita bila kita rasa perhatian itu berhak menjadi milik kita! Betapa angkuhnya kita bila kita rasa situasi kita lebih penting daripada situasi lain-lain manusia! Betapa angkuhnya kita bila sepanjang masa hanya tentang diri kita sahaja yang bermain di kepala!

Dunia bukan hanya ada kita. Dunia juga ada manusia yang memerlukan kita. Dunia bukan hanya tentang kita. Dunia juga ada manusia yang lebih perlu kita berikan perhatian padanya. Apa sangatlah masalah kita bila dibandingkan dengan umat manusia yang di tengah-tengah medan perang dan kelaparan sana? Oh, saya tahu ujian itu Allah beri mengikut kadar kemampuan kita dan tidak layak untuk kita membanding-bandingkan antara satu ujian dengan ujian yang lain.

Namun, saya rasa saya perlu juga melakukan perbandingan itu saat ini. Supaya saya sedar, pada nikmat Allah yang tidak pernah putus ke atas saya. Supaya saya sedar saya masih beruntung jika diukur dengan neraca dunia. Walhal kalau diukur dengan neraca takwa Allah swt, entah di mana agaknya kedudukan saya. Belajarlah menghitung nikmat, bukan musibah. Dengan cara itu, kita akan lebih belajar menjadi manusia yang bersyukur. Dengan cara itu, kita akan lebih menghargai kehidupan kita dan kehidupan manusia yang lain. InsyaAllah.


"Ya Tuhanku, anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan agar aku mengerjakan kebajikan yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh." -doa Nabi Sulaiman, 27:19.