Thursday, June 28, 2012

#205 Happy Birthday Abang!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.

Happy birthday abang. :)

Abang dah 25 tahun. Kalau dengar cerita Pak masa balik cuti hari tu, umur 21 Pak dah ada rumah dan tanah sendiri. Abang E umur 22 tahun dah kahwin. Sultan Muhammad al-Fatih pulak menakluk Constantinople masa umur 21 tahun. 

Semoga abang saya juga dapat mencapai apa yang dia mahu. Semoga abang saya menjadi antara manusia yang disebut-sebut penduduk langit walaupun tak dikenali penduduk bumi. Semoga abang saya sentiasa berada dalam lindungan Allah. Semoga Allah terus-menerus memberikan petunjuk dan hidayah kepada abang saya. Semoga abang saya menjadi anak yang soleh. Semoga abang saya menjadi abang yang cool dan pemurah terhadap adiknya. (ini extra wish

Semoga abang dan saya mampu menjadi saham kepada arwah Mak. The only thing yang mampu saya dan abang buat untuk Mak sekarang hanyalah doa. Tapi Rasulullah kata, doa anak yang soleh. Maka perlulah untuk saya dan abang berusaha menjadi soleh(ah). InsyaAllah, semoga dipermudahkan. 

Semoga abang dan saya mampu menjadi anak yang menyenangkan hati Pak. His greatest treasure is the four of us. He loves us in his own way, the way that made us believe that he didn't care a thing about us. Semoga kita sempat balas jasa Pak yang dah menjejak usia 67 tahun tapi still bajet macho dan kuat itu. 

Semoga Allah memberi keberkatan umur ke atas abang saya. Semoga Allah memurahkan rezeki abang saya. Walau apa sekalipun yang ingin dilakukannya, semoga Allah bersama dia dan semoga Allah redha ke atas setiap perbuatannya. Ini ikhlas doa seorang adik yang baik hati. Hehe.

Ini abang saya masa saya belum lahir. ^_^

P.s 1: hari ini saya rindu seorang lelaki. Lelaki yang kehidupannya disibukkan dengan masalah manusia, dan akhiratnya kelak juga bakal disibukkan dengan masalah manusia. Sedih dengar Thohirah bercerita tentang syurga masa usrah semalam. Semoga saya dapat bertemu dengan lelaki itu di akhirat nanti. Amin.

P.s 2: *sigh sigh sigh* desktop penuh balik. =.= 

Tuesday, June 26, 2012

#204 - The Fourth Day

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani. 

Blogging puas2 sebelum balik Malaysia. Kat Malaysia nanti tahan la dua bulan tanpa internet, tanpa blogging. :) Sebenarnya hari ni tak ada niat pun mahu blogging pada asalnya, tapi pengalaman yg saya terima hari ni buat saya rasa saya mahu simpan di satu tempat yang saya boleh lihat semula pada masa2 akan datang. 

Hari ni saya belajar satu perkara. Usahalah dengan apa cara sekali pun untuk keluar dari comfort zone diri sendiri. Rasa macam sudah cukup dengan usrah seminggu sekali dan senarai2 mutabaah amal yang kita amalkan, tapi kita sekadar duduk dalam kelompok mereka yang berfikrah sama seperti kita. Bukan tak bagus, tapi kadang2 perlu juga kita keluar berhadapan dengan masyarakat.

Saya ke rumah Imam hari ni, dengan Thohirah dan kakak Mi Lena. Kak Mi Lena ni orang Polish yang ingin memeluk islam. Semoga Allah permudahkan jalan untuk dia. Ikatan antara muslim itu istimewa. Padahal baru pertama kali saya berjumpa Imam dan keluarga beliau, dengan kekangan bahasa yang pada kebanyakan masanya saya hanya mampu senyum dan ketawa, namun saya rasa dekat dengan keluarga beliau.

Ini hadiah istimewa dari beliau kepada saya dan Thohirah. 

Botol macho berisi air zam-zam. Abaikan si itik lampu kesayangan saya di sebelah. ^^

Gembira. Entah bila kali terakhir saya merasa air zam-zam, saya sendiri sudah tidak ingat. Hari ini, saya minum air itu sambil berselawat dan berdoa kepada Allah. Mohon keberkatan. Mohon dipermudahkan segala urusan. Mohon disucikan iman dari penyakit2 hati yang halus menusuk jiwa. Bukan senang untuk saya merasa air itu. Dan di bumi asing Poland ini, Allah memberi kesempatan.

"Apakah engkau mengira bahawa orang yang mendiami gua, dan (yang mempunyai) raqim itu, termasuk tanda-tanda (kebesaran) Kami yang menakjubkan?" - 18:9



Yang ajaib itu bukan air zam-zam. Yang ajaib itu adalah kebesaran dan kekuasaan Allah. Peace. v(^_^)v

Monday, June 25, 2012

#203 - the three days.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.


Seharusnya masa ini saya peruntukkan untuk belajar. Final pathomorphology Jumaat ini. Kata seniors, pharmacology dan pathomorphology ini dua subjects killer. Sedangkan dalam kelas jugak masih ada seniors yang belajar bersama kerana repeat. Alhamdulillah. Dan astaghfirullah. Rahmat Allah bersama saya dan sahabat2. 


Keinginan untuk menulis ini datang setelah tiga hari ini, saya asyik didatangkan dengan perkara2 yang gembira. Alhamdulillah. Ini mungkin nikmat, namun nikmat itu juga adalah satu bentuk ujian, bukan?


23hb, saya ke Warsaw. Dating dengan Aida dari pagi hingga ke malam. Jazakillah khairan katheera, Aida kerana masih mahu meluangkan masa walaupun dia sudah mahu pulang ke Malaysia. Mesti sibuk shopping and packing segala bagai. Masih mahu meluangkan masa menemani saya berjalan2. Dan masih mahu melayan kerenah saya. Cekodok Aida mungkin cekodok paling sedap pernah saya rasa. Hehe.

Ini Aida kesayangan saya :)





Dan 23hb juga anak buah saya lahir melihat dunia. Nama, belum saya tahu. Lelaki. Lahir sebulan awal dari masa yang diramal, seperti saya juga 22 tahun dulu. Kakak terpaksa bersalin awal kerana a few complications namun alhamdulillah, kedua-duanya selamat. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. Cepat2 hendak balik Malaysia main dengan baby! :D


24hb, debaran yang saya rasa untuk sesuatu yang kelihatannya seolah-olah tiada kaitan dengan saya. Pilihanraya Mesir 2012. Saat jeritan gembira bersahutan dengan laungan allahuakbar kedengaran di Tahrir Square, saya yang beribu kilometer jauhnya dari tempat itu turut sama menitiskan air mata. Seorang saintis yang kurang pengalaman, yang pada asalnya cuma pilihan kedua, kini sudah rasmi menjadi Presiden Mesir. Ini sudah pasti kemenangan yang hanya mampu didatangkan oleh Allah. Dan ini baru permulaan dalam menaiki tangga maratib amal. Ya Allah, Kau memberikan aku peluang untuk menyaksikan keadaan ini dalam keadaan mataku sudah celik. Alhamdulillah.



25hb, pharmacology result is out. Trauma betul dengan exam ini. Sedihnya berhari2. Dan hari ini, Allah beri saya satu lagi sebab untuk tersenyum bahagia. Entah. Kalau dengan semua keadaan ini, saya masih menjadi seorang yang tidak tahu bersyukur, saya rasa saya tidak ada hak untuk hidup menghirup udara di bumi Allah. Cinta-Nya jelas di pandangan mata. Saya hanya perlu menghulurkan tangan dan menggapai cinta itu. 

Allah, for not abandoning me. Allah, for keep loving me. Allah, for testing me so that I will be better. Allah, for everything that You have done to this small slave of Yours. I shall show You what I am worth of. I shall be one who is worth of receiving your hidayah. Allah, guide me through the life. Guide me straight to You. Amin.

Friday, June 22, 2012

#202

Assalamualaikum. ^_^

Entah. Lain perasaan ni. Tadi sedih tahap cencaluk. *quoted* Sekarang langsung tak sedih. Bersedia menerima segala kemungkinan. Dan semoga Allah beri aku kekuatan. Kalau takdir Allah adalah untuk aku gagal pharmacology, maka sedaya upaya akan aku cuba terima dan telan takdir tu. Gagal atau lulus, itu yang terbaik untuk seorang Narshiela Saad.

Dan ini buat aku bahagia hari ni. 


Ini bukan kali pertama nama Siti NurSyazwani aku sebut di sini. Ini sahabat aku! Sahabat yang sangat disayangi. Sahabat yang ingin aku ke syurga bersamanya. Dia bukan jenis yang suka menjaja kata2 sayang. Berkali2 jugak aku dan dia main aci2 terasa hanya kerana secebis kata "aku sayang hg". Tapi hari ni, agaknya kerana dua2 tengah sedih tahap cencaluk, mode luahan hati tiba2 terswitched on.

Ini juga sebab aku bahagia. 


Berbulan aku carik brick game. Gian sangat nak main. Hari ni aku jumpa!! :D

Jalan2 sekitar P street rasa gatal tangan nak ambik gambar, walau skill tak ada. Hanya tahu picit butang capture pada blackberry yg dibawa. Nampak bunga, subhanallah cantiknya. Teringat janji dekat Wani nak ambik gambar tulip masih belum tertunai. 


Nampak gambar bangunan, subhanallah cantik lagi. Entah kenapa hari ni semua bangunan aku rasakan cantik. Yang bercat baru, yang lusuh dimakan hujan, semua2 la. Teringat Wani lagi. Dia suka ambil gambar bangunan. 




Ini peneman aku saat melepas sedih kerana pharmacology. Subhanallah, cantik kan dia? :D 


Entry hari ini sangat berupa random. Maaflah. Tapi aku rasa asing dengan diri sendiri. Untuk seorang Narshiela Saad cepat benar berubah mood dari sedih kepada kelapangan dada dan bahagia adalah satu keadaan ajaib yang hanya mampu didatangkan oleh Dia. Entah ini petanda apa. Yang pasti, Narshiela Saad berterima kasih kepada Dia. Saat sedih, Narshiela Saad ada Dia. Saat bahagia, Narshiela Saad masih mampu menyebut nama Dia. :)

Monday, June 18, 2012

#201

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.

Perasaan yang pernah saya rasa suatu ketika dulu. Perasaan itu datang semula. Tiga tahun saya berada di bumi Poland. Menerima tarbiyyah yang tidak pernah saya minta namun itulah percaturan Allah yang Maha Berkuasa. 

Tahun pertama. Tahun saya membakar dengan semangat yang membuak-buak. Kali pertama saya menyentuh hidayah Allah. Kali pertama saya merasakan seolah-olah saya dilahirkan semula, dicelikkan mata dari jahiliyyah yang sudah sebati dengan diri sendiri. Kebasahan menerima fikrah saat itu tidak pernah lagi saya rasai sehingga kini walau saya benar2 mahu merasainya lagi. 

Tahun kedua. Tidak pernah saya sangka, tiga bulan bercuti di bumi Malaysia adalah ujian yang sangat mencabar. Malangnya saya futur. Pulang sahaja ke Poland, semangat yang dirasa semasa tahun pertama sudah banyak surut dan hilang. Allah mendatangkan ujian dari arah yang tidak saya sangka2. Saya kalah dengan hasutan syaitan. Entah di mana kewarasan saya saat itu. Namun Allah masih mahu memandang saya. Saya sedar, saya cuba berubah walaupun seringkali saya gagal untuk terus istiqamah. Saya malu dengan dosa2 saya, namun Allah menyembunyikan aib saya. Ujian bertubi-tubi datang, yang saya anggap sebagai hukuman atas dosa2 saya kerana membelakangi Dia. Namun sehingga ke penghujungnya, Dia tetap bersama saya. Sungguh saya malu untuk meminta, tetapi saya tetap mahu semakin mendekati Dia. 

Tahun ketiga. Yang bakal berakhir kira2 dua minggu lagi. Tahun ini juga umpama roller coaster buat saya. Saya bertarung hebat dengan emosi. Saya bertarung hebat dengan iman dan istiqamah. Ujian2 yang saya hadapi tidak pernah putus, namun itulah yang membesarkan saya. Kemanisan cinta Allah itu, bukan sesuatu yang mampu saya zahirkan melalui perkataan. Saya sekadar mampu menangis mengenangkan bahawa Allah masih mahu memandang saya walau saya seringkali melupai-Nya. Sungguh, saya betul2 malu.

Tahun ini juga, banyak saya menerima berita2 kematian. Hati saya sakit memikirkan ayah saya yang sudah menjejak usia 67. Saya memaksa dia untuk cepat2 mengerjakan haji, kerana saya risau pada kesempatan yang ada. Hati saya sakit mengenangkan saya mungkin tidak akan punya masa yang panjang bersama dia. Mungkin dia akan pergi dulu, mungkin juga saya. Hati saya sakit mengenangkan ibu yang sudah tiada. 10 tahun berlalu, apakah yang saya lakukan sepanjang masa ini untuk kesejahteraan ibu di alam barzakh sana? 

Saya mengajar diri untuk bersedia dengan sebarang musibah dan ujian yang bakal Allah timpakan ke atas saya. Tiga tahun ini mengajar saya, bahawa Allah tidak pernah meninggalkan saya. Ya Allah, kuatkan aku. Timpakanlah ujian ke atasku, jika hanya itu caranya untuk aku meraih kemanisan iman dan kecintaan-Mu. Aku mengidamkan syurga-Mu, yang ingin aku diami bersama insan2 yang aku cintai. 

Thursday, June 14, 2012

#200

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.


Semakin sayang Allah terhadap seorang hamba-Nya, semakin kuat ujian yang ditimpakan ke atas hamba-Nya itu. Lalu hamba itu akan menangis memohon kepada Allah agar diberi kekuatan dan keimanan yang teguh untuk menghadapi takdir Allah. Dan akan semakin bertambahlah kasih sayang Allah ke atas hamba-Nya itu, yang walau dalam keadaan susah dan sedih, hamba itu masih memikirkan Allah. 


Bertuahnya hamba itu. Diuji berkali-kali, namun tidak sedikit pun imannya tergugat malah imannya semakin bertambah. Semakin dekat dia dengan Allah, semakin cinta dia kepada Allah. Dia redha bila diuji. Walaupun dia menangis, hatinya cuma ada Allah. Dan Allah pasti akan terus mengujinya sehingga saat Allah mengambil nyawanya dan meletakkan dia di sisi Allah sampai bila-bila. 


Memikirkan situasi saya sekarang yang sedang berjuang dengan ujian dunia, sudah tentu saya mahu menjadi seperti hamba di atas. Namun, apa yang saya rasa adalah seratus peratus berbeza. Lulus exam, tak bererti lulus ujian Allah. Allah mungkin juga menguji dari sudut itu, sejauh manakah kita bersyukur, sejauh manakah kita meletakkan pergantungan ke atas Allah dan bukan semata-mata ke atas usaha kita?


Kita sedih bila gagal exam. Menangis. Dan kita sedar itu ujian dari Allah, maka kita beristighfar, melebihkan usaha, dan mendekatkan lagi diri kepada Allah.Sekurang-kurangnya kita sedar bahawa itu ujian. Bagaimana mereka yang lulus exam? Bukankah itu juga satu ujian?


Sejarah mengajar kita saat sesuatu yang menggembirakan terjadi kepada kita, dahulukan ucapan 'astaghfirullah' daripada ucapan 'alhamdulillah'. Kali pertama saya lulus exam, saya rasa: sweetnya Allah kerana membantu saya. Kali kedua saya lulus exam, saya rasa: ujian apakah ini? Masih pedulikah Allah pada saya, atau saya sudah tidak dipandang-Nya? 


Yakinlah. Lulus. Gagal. Menang. Kalah. Syahid. Semuanya di tangan Allah. Usaha itu perlu, namun niat dan pergantungan itu lebih Allah ambil kira. Sama ada kita ditimpa musibah atau nikmat, kedua-duanya adalah ujian. Berhati-hati. Dan berwaspadalah.


Entry saya ke-200 adalah peringatan kepada diri sendiri yang semakin berlari jauh dari Allah. Angan-angan dan harapan saya, saya mahu berpatah balik untuk mencari Allah. Saya mahu rasa kehadiran Allah di hati, fikiran, perbuatan dan seluruh pelosok jasad saya.