Entah. Lain perasaan ni. Tadi sedih tahap cencaluk. *quoted* Sekarang langsung tak sedih. Bersedia menerima segala kemungkinan. Dan semoga Allah beri aku kekuatan. Kalau takdir Allah adalah untuk aku gagal pharmacology, maka sedaya upaya akan aku cuba terima dan telan takdir tu. Gagal atau lulus, itu yang terbaik untuk seorang Narshiela Saad.
Dan ini buat aku bahagia hari ni.
Ini bukan kali pertama nama Siti NurSyazwani aku sebut di sini. Ini sahabat aku! Sahabat yang sangat disayangi. Sahabat yang ingin aku ke syurga bersamanya. Dia bukan jenis yang suka menjaja kata2 sayang. Berkali2 jugak aku dan dia main aci2 terasa hanya kerana secebis kata "aku sayang hg". Tapi hari ni, agaknya kerana dua2 tengah sedih tahap cencaluk, mode luahan hati tiba2 terswitched on.
Ini juga sebab aku bahagia.
Berbulan aku carik brick game. Gian sangat nak main. Hari ni aku jumpa!! :D
Jalan2 sekitar P street rasa gatal tangan nak ambik gambar, walau skill tak ada. Hanya tahu picit butang capture pada blackberry yg dibawa. Nampak bunga, subhanallah cantiknya. Teringat janji dekat Wani nak ambik gambar tulip masih belum tertunai.
Nampak gambar bangunan, subhanallah cantik lagi. Entah kenapa hari ni semua bangunan aku rasakan cantik. Yang bercat baru, yang lusuh dimakan hujan, semua2 la. Teringat Wani lagi. Dia suka ambil gambar bangunan.
Ini peneman aku saat melepas sedih kerana pharmacology. Subhanallah, cantik kan dia? :D
Entry hari ini sangat berupa random. Maaflah. Tapi aku rasa asing dengan diri sendiri. Untuk seorang Narshiela Saad cepat benar berubah mood dari sedih kepada kelapangan dada dan bahagia adalah satu keadaan ajaib yang hanya mampu didatangkan oleh Dia. Entah ini petanda apa. Yang pasti, Narshiela Saad berterima kasih kepada Dia. Saat sedih, Narshiela Saad ada Dia. Saat bahagia, Narshiela Saad masih mampu menyebut nama Dia. :)
5 comments:
La Tahzan Innallaha ma'ana
shiela..jgn sedih taw..InsyaAllah..lulus tu...
suhaimi and mas: jzkk. :) doakan ye.
kenapa suka sangat buat aku terharu? everything buat semua utk aku. smpai aku suka senibina bangunan pn hg tau. sincerely, i love u shiela. touched!
tak suka pun buat hg terharu, tapi nak buat macam mana dah kalau selalu sangat teringat and rindu hg. hehe. hg memang tau pun kan aku sayang hg even aku tak sebut pun kan. :)
Post a Comment