Saturday, October 24, 2009

What makes people share with you their problems???
1.The experiences you had.
2.The comfort you give.
3.The opinion you shared.
You tell me.

Sunday, October 11, 2009

OUH, BEGINI RASANYA...

aku tengah study ni haa. baca medical biology sikit. then, as always laa, pasti akan terdistracted. kali ni, rasa nak blogging. huhu. dah lama kan x upload gambar. ada je gambar2 baru, kitorang kua g Galleria, Tulipan, Piotrkowska St., Manufaktura, tp xrasa nak upload gambar lg skrg ni. conquered by the M-word. semalam, 9th oct sbnanya, seniors, timah, nina, dila, sofia datang dari Warsaw. banjirkan lodz dgn manusia2 bertudung. rasa happy yg amat2 sgt. tp tu laa,xpuas jgak sbb dtg sekejap sgt. Bila dorang blah dari Manufaktura tu, the same feeling waktu abg hanan, abg izmil, abg hamdan, kak dina, kak izzah balik hari tu terasa lg. sunyi. rasa x havoc. aku x kenal pun senior2 kat sini, xsempat nak kenal pun. yg kenal aku pun juz kenal setakat nama. tp aku tetap rasa bond yg lain macam. bond sbg student dari malaysia. bond sbg saudara, abg-kakak dan adik. aku rasa thrilled duduk lodz, challenge bila everything kena explore sendiri. bila apa yg kami ada just each other. bila aku tak blh lg pikir pasal diri sendiri je. bila aku rasa tanggung jawab utk saling mbantu among us 4. tapi at the same time, aku teringin rasa hidup bergantung pd orang lain. siapa kata anak bongsu ni semata-mata manja?? i am, tapi manja aku bukan manja yg semuanya nak kena orang tlg buat. aku manja bila aku rasa nak dimanjai. waktu yg lain, aku rasa aku lebih berdikari dr orang yg bukan anak bongsu pun. aku hepi hidup macam tu, hepi hidup atas usaha sendiri, tapi kdg2 aku jealous. aku nk hidup bergantung. aku nak rasa jadik adik kecik yg segala-galanya org yg tlg uruskan. people might say aku ni gila ke apa??aku ni dah 19 nak masuk 20, tapi walaupun aku impikan hidup yg ordinary, walaupun aku dah cakap kt diri aku sndiri aku tanak pilih the road not taken, nak tak nak aku dah pun lalui keadaan tu. hidup yg x biasa mcm most people have, dan aku dah pun pilih the path that i should not have chosen at the 1st place. bukan nak kata regret, jauh sekali! tapi just peringatan pd diri sndiri, aku bukan manusia biasa yg tunggu disuap dgn segala benda. aku perlu korek dan carik sendiri segala2nya. aku masih anak manja pak, tapi aku bukan anak emas dunia.

just to highlight another thing. padu and tisu. boleh pulak buat conference call kat skype semalam. adei. teringat pulak waktu apple-tisu-nasir-imran call pukul 2 pagi lebih last year. hari dorang anta padu n malek fly. hee. rindu sgt dah ni dkt REVO.

Thursday, October 8, 2009

jalan-jalan cari.......

Semalam adalah hari yang paling.......paling......paling....... undescribable. Ah-ha. Klas stat pkul 8am. Lepas bangun sahur pkul 4, subuh pkul 5, ak tdo blk dan terjaga pkul 6:30am. Kalat2 lah mandi dan siap2 dengan suara2 bising Pidah, Fadh and Yuyu suruh aku cepat. Alhamdulillah, sampai on time utk kelas Polish. "Dzien dobry. Mam na imie Narshiela. Bardzo mi milo. Do widzenia." Hee~

Then habis kelas terkejar2 cari toilet nak ambik wudu'. Takut nanti tak sempat sebab rehat antara anantomy lectures and class setengah jam je. Bergerak dgn trem ke Anatomy Building, aku spend most of the three-hours lecture buat hal sendirik. Ni la perangai budak medic ea?? Habis kelas pukul 2, terkejar2 lagi cari tempat tersorok nak solat. Terpaksa jama' terus, 8 rakaat sekali gus. Dan time aku tengah solat jugak la ada 2 mamat Polish nak lepak kat tempat tengah solat tu. Adoi, malu!! Tapi, Fadh kata, "Kita maintain je, senyum macam takda apa." =p

Time Anatomy lab kot baru aku rasa aku belajar Anatomy. Sebab kelas aku 8 org je, xcombine dgn kelas lain mcm waktu lecture, so senang la sket nak faham bila Dr Eukascz Dyl tu explain. Habis kelas dah pukul 6:15pm, teguk air Yuyu sket buat bukak puasa. Then terkejar2 lagik naik trem pergi Hallera Sq balik, nak carik jam Yuyu yg tertinggal kat toilet, Tapi, jam yg baru hidup 2 hari dgn Yuyu tuh dah selamat disambar entah oleh sapa.

Maghrib sembunyi2 lagik kat situ, then gerak dgn trem ke P Street. Yuyu teringin nak makan kat restoran yg Kak Dina promote, Sphinx. Dah la lighting dia sikit punya malap, bukak menu, terbeliak mata tgk segala jenis menu berasaskan pork ada. Grilled pork, steamed pork and apa2 je la lg. Kata Yuyu, "Makan puas2 tau malam ni, lepas ni sumpa takmo mai sini dah." Haih~ Kitorang order ikan. Aku order ikan bernama trout (yg bila balik umah baru tergerak ati nak search ikan apa laa trout tuh.) Sedap la jugak, aku abis...hee~ Simply sebab kitorang habis 144.50zl kat Sphinx tu je.

Time nak balik paling lawak. Masing2 macam blur tak tau mana nak carik bas. Dan kepala pun dak blur dgn nombor trem.
"No 12 ke no 9 yg pegi Radiostacja??"
"Kita nak berenti kat Niciarniana ke Chechoslowacka?"
"Sekarang ni nak carik bas kat Opera House ke Tramwajowa ke Kopcinskiego?"
Dan ditambah pulak dengan lawak suam2 kuku pidah tgk jadual bas 58. Dia cakap bas dah tak ada pukul 9mlm. Sampai pukul 7 je weekdays. Dan malam tu, bus and trem stop tramwajowa tu jadi milik kitorang. Kitorang lari ke belah kiri, then lari pulak ke belah kanan, smbil mengignore lampu isyarat berwarna merah pejalan kaki. Orang Polish tgk pun pandang pelik, "Pehal la minah 4 orang ni agaknya??gelak mcm tak peduli org lain."

Pidah cakap," Ni kalau seniors kat Warsaw tgk ni sah dorang gelak habis."
Yuyu cakap,"Macam mana la next year nak dapat junior nih??"
Tapi kitorang peduli apa. Ni cara kitorang nak survive 4 orang. Kitorang kena jadik tougher dari org lain. There are only 5 Malaysians here. Dan kami takda masa nak menung lama2 mengenang nasib kenapa Mara anta kitorang 4 kat sini. Life has to go on. Dan itu yg kitorg buat. Tak kira la mcm mana pun, pelik ke, lawak ke, ini cara kami survive. And we will keep on living for the next six years. Sure do.

Tuesday, October 6, 2009

tanya sama hati

Entah. Tiba-tiba rasa nak blogging. Fadh and Yuyu punya pasal laa. Tengah sedap2 meratah telur nak buat nasi goreng untuk dinner and sahur tadi, dorang bukak cite pelik2 pulak dah. Adoyai. Pasal kitorang yang empat. Pasal ketiadaan seniors seramai di Warsaw. Pasal hidup yang masih terumbang-ambing tanpa hala. Pasal study yang belum tahu nak expect apa. Pasal kesunyian yang kadang2 pasti akan melanda. Bila tengok gambar kawan2 Revo reunion kat SACC dulu, entah macam mana air mata boleh meleleh tanpa sedar. Sungguh sangat laa rindu nak bergelak ketawa dengan dorang. Nak kongsi segala cerita. Nak bergambar puas2. Dan aku tahu perjalanan hidup aku masih panjang sebelum aku bertemu balik saat2 sebegitu. Bila tengok gambar kawan2 dekat Warsaw, perasaan yang entah apa akan melanda. Rasa alangkah bahagia kalau aku adalah salah seorang dari mereka. Rasa cemburu kerana mereka dekat dengan abang2 dan kakak2 yg sentiasa ada.

Dan walau apa pun, aku tetap masih di sini. Aku masih di 909B, Mazowiecka ini. Aku mahu atau tidak, aku perlu belajar. Berdikari. Kuatkan azam dan hati. Aku ada keluarga jauh di Malaysia. Aku bukan anak orang berada. Aku perlu terus berusaha. Aku perlu tunaikan janji pada ayah tercinta. Aku mahu mereka bangga. Aku mahu dengar suara2 berkata, " Dialah anak bongsu arwah Rahimah." Aku perlu bangkit jika tersungkur. Lodz, aku sahut cabaran ini. Dan aku tak akan mengalah sehingga aku berjaya menggenggam segulung ijazah. Aku mahu jadi pengganti arwah Pak Ndak.

Dan Zatil.... anda tidak sedar sebaris kata2 anda sebentar tadi hampir2 membuatkan aku terus menutup muka dari berhadapan dengan dunia. Dan anda tidak sedar sepotong ayat itu membuatkan aku tersenyum sumbing tanpa perisa. Dan pertanyaanmu turut meluruhkan jantung aku hingga ke paras pinggang rasanya. Zatil... aku sayang anda. Aku manusia yang sangat menghargai persahabatan. Dan aku lebih pentingkan persahabatan ini dari perkara2 lain. Lelaki, perasaan...umpamanya.
Shiela Rindu Rumah.

Thursday, October 1, 2009

**ayam!!**

ouh,kalo semalam aku emo,hari ni aku hepi. ha-ha. menda kecik je pun. tapi blh buat aku senyum lebar sampai ke telinga. boleh buat aku gelak sorang2 macam orang gila. boleh buat aku jadi rajin yg pada asalnya sgt mls nk tulis blog. segala2nya bermula bila aku diberitahu bahawa seniors dari warsaw nak datang lodz. perkara pertama yg aku pesan pada mereka, "BAWAK AYAM!!". maaf la abang dan kakak2 senior, adik2 juniormu ini mmg dah lama kot mengidam. haih. insyaallah, bak kata mereka, 4 ekor ayam yg akan dibawak ke sini. hailoh~ sedapnya. dan aku terus berconference dgn Fadh. nak buat masak lemak. nak goreng tepung. nak buat masak kicap. nak buat tomyam ayam. uuu la la la. once again, aku kalah pada kata2 ini "You Won't Miss The Water Until The Well Runs Dry." ye sangat lah tuu. bila dah macam ni, baru padan. yang penting, doakan kami akan dapat ayam esok ok. ayam, oh ayam~