Wednesday, October 7, 2009

tanya sama hati

Entah. Tiba-tiba rasa nak blogging. Fadh and Yuyu punya pasal laa. Tengah sedap2 meratah telur nak buat nasi goreng untuk dinner and sahur tadi, dorang bukak cite pelik2 pulak dah. Adoyai. Pasal kitorang yang empat. Pasal ketiadaan seniors seramai di Warsaw. Pasal hidup yang masih terumbang-ambing tanpa hala. Pasal study yang belum tahu nak expect apa. Pasal kesunyian yang kadang2 pasti akan melanda. Bila tengok gambar kawan2 Revo reunion kat SACC dulu, entah macam mana air mata boleh meleleh tanpa sedar. Sungguh sangat laa rindu nak bergelak ketawa dengan dorang. Nak kongsi segala cerita. Nak bergambar puas2. Dan aku tahu perjalanan hidup aku masih panjang sebelum aku bertemu balik saat2 sebegitu. Bila tengok gambar kawan2 dekat Warsaw, perasaan yang entah apa akan melanda. Rasa alangkah bahagia kalau aku adalah salah seorang dari mereka. Rasa cemburu kerana mereka dekat dengan abang2 dan kakak2 yg sentiasa ada.

Dan walau apa pun, aku tetap masih di sini. Aku masih di 909B, Mazowiecka ini. Aku mahu atau tidak, aku perlu belajar. Berdikari. Kuatkan azam dan hati. Aku ada keluarga jauh di Malaysia. Aku bukan anak orang berada. Aku perlu terus berusaha. Aku perlu tunaikan janji pada ayah tercinta. Aku mahu mereka bangga. Aku mahu dengar suara2 berkata, " Dialah anak bongsu arwah Rahimah." Aku perlu bangkit jika tersungkur. Lodz, aku sahut cabaran ini. Dan aku tak akan mengalah sehingga aku berjaya menggenggam segulung ijazah. Aku mahu jadi pengganti arwah Pak Ndak.

Dan Zatil.... anda tidak sedar sebaris kata2 anda sebentar tadi hampir2 membuatkan aku terus menutup muka dari berhadapan dengan dunia. Dan anda tidak sedar sepotong ayat itu membuatkan aku tersenyum sumbing tanpa perisa. Dan pertanyaanmu turut meluruhkan jantung aku hingga ke paras pinggang rasanya. Zatil... aku sayang anda. Aku manusia yang sangat menghargai persahabatan. Dan aku lebih pentingkan persahabatan ini dari perkara2 lain. Lelaki, perasaan...umpamanya.

2 comments:

Anonymous said...

ak tunggu ko balik ngan ijazah ko!
btw, me fasya k:)

Lemonades Of Life said...

gosh!!
fasha,thanx sangat2!!
ak hrgai gila!!
luv u babe!!