Saturday, March 26, 2011

Bosan

Kawan Fadh pernah cakap, bosan tu perasaan yg datang bila kita banyak sangat masa lapang. Bahaya ni kalau ada banyak masa lapang. Takut habis macam tu je dgn benda2 lagha. Astaghfirullahalazhim.

Semalam masa kelas Physio, tiba2 dapat tahu yg bleeding time aku kurang normal. Isk3. Yuyu prick sikit je kat hujung jari, tapi darah yg keluar lagi banyak pulak dari orang lain. Dan tiba2 aku secara tak sedar tanya Pidah, "Orang darah O ni ada darah cair ke?" O.o Then cikgu suruh aku check platelet count dgn fibrinogen concentration apa ntah, takut kalau2 ada mana2 yg tak okay. Tapi...takde kena mengena kan dgn sakit kepala ni? Hmm, ni kalau cerita kat Kak Nana mesti dia ngomel suruh buat check up. Hee. Rindu pulak dekat Kak Nana dgn Kak Moon. Kak Wani dgn Kak Dina pun =(

Nak upload gambar supermoon hari tu! Hehe. Tapi dah dalam kamera pulak. Malas nak transfer2 ni. Nanti2 la. (yeayy, Shiela tangguh kerja!)

Wednesday, March 16, 2011

She's Romanian ^^

In the name of Allah, my Only God, The Most Gracious and The Most Merciful.
It's 16th March 2011- 8.30pm in Poland, 3.30am in Malaysia, and 9.30pm in Romania.

First of all, if Subaili happens to read this, this is the Romania I wanna talk about. More precisely, SHE is the Romanian I wanna talk about. ^^ I knew it took me quite a while to update about this, but it's finally here. And, sorry for my imperfect English, but I was requested to write in English for this particular post.


I shall say, she is the closest European friend I've ever had. She is Valentina Hozit, born in June 1993, which made her three years younger than myself. I've never met her; in real life. The only medium we use to talk to each other is through Internet.

Two things that never made me feel like I was talking to someone younger whenever I talked to her:
  • She's pretty. She believes that she looks creepy. But everyone knows that she's pretty. And her pretty face doesn't make her look like a childish 17-year-old. She looks older. And in fact, she is way taller than myself. -sigh-
  • She's matured. The way she talks, the way she writes, the way she thinks..she was definitely born in the wrong year. XD Sometimes, she is even more matured than myself (myself=who was claimed to be matured, not in action but in the way I think)
And what's so special about her that I made a special post just for her?

>>Valentina, you are special in every way. And as a sister and a friend, I respect you.

She is a Christian and I am a Muslim. And she's the first Christian friend whom I can talk freely about my religion. She understands, and she respects my opinions. She's not those kind of people whom easily assume things, she kindly asks for things she was confused about. This, is one of the most important characteristics in you, that made me so attached to you up until now.

Valentina Hozit (no matter what, nothing beats your real name and I love it ^^),

I'm glad that I was given the opportunity to get to know someone like you. Thank you for being there for me. Thank you for listening to me. Thank you for opening up to me. Thank you for making me feel appreciated. Thank you for everything. I'd love to stay as your friend for years to come. Penguin loves you, Chimp ^^
"Ya Allah, You have planted the feeling of love in my heart towards her. And I know, there is no greater love than Your love. If this love is going to bring me further away from You, please help me to come back to the right path. If not, I ask for strength and patience to let her understand the beauty of You as the Only God and Islam as the only true religion."

..Ameen..


Thursday, March 3, 2011

Surat Kasih Untuk Shiela-Part II

...sambungan dari Part I...

Buat Narshiela yang penulis kasihi,

Cinta itu fitrah. Perasaan dan emosi bukanlah sesuatu yang mampu penulis, mahupun Narshiela kawal. Entah bila, tanpa kita sedar, perasaan itu tiba2 sahaja berputik. Memetik kata2 sahabat kepada sahabat penulis;

"Sakitilah hati manusia, asalkan kau tidak menyakiti hati Allah."

Penulis seorang manusia. Begitu juga Narshiela. Kadang kala, untuk meninggalkan sesuatu yang sudah sebati dengan kehidupan kita, bukanlah sesuatu yang mudah, malah memerlukan keazaman yang tinggi. Namun, ketahuilah bahawa jika kita bergerak untuk mendekati Dia, Dia juga sedang melangkah merapati kita. Tiada yang senang menempuh ranjau di jalan yang benar, namun dengan setiap langkah yang diambil untuk mencari Dia, ketahuilah bahawa Dia sedang bersama-sama kita. Ketahuilah bahawa Dia menyaksikan setiap perit jerih kita sepanjang perjalanan. Ketahuilah bahawa Dia sedang menghulurkan bantuan terhadap kita yang sedang memperjuangkan agama-Nya. Ketahuilah bahawa Dia mengetahui setiap kesakitan dan kepedihan yang kita rasai. Kerana tempat-Nya, adalah lebih dekat dari apa yang mampu kita bayangkan.

"Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya." -50:16

Tinggalkanlah cinta seorang manusia jika cinta itu tidak langsung menyumbang ke arah dakwah di jalan Allah. Lupakanlah kasih seorang manusia jika kasih itu tidak langsung menambahkan iman terhadap Allah. Abaikanlah sayang seorang manusia kerana sayang itu belum tentu mampu membawa kita ke syurga. Tinggal, lupa dan abaikanlah! Jika ia mengurangkan cinta kita terhadap Dia yang lebih berhak dicintai. Cinta, yang tidak halal tidak akan dapat bergerak seiring dengan cinta terhadap Allah.

Penulis dihantar jauh ke bumi oleh Pencipta penulis, kerana Pencipta penulis mahu penulis mencari sendiri jalan pulang ke sisi-Nya. Pencipta penulis memberi kebebasan kepada penulis untuk mencedok sebanyak mana pengalaman sepanjang perjalanan, namun penulis harus pandai mengawal layar kehidupan penulis.

Kehidupan yang kekal hanya di sisi Dia, berlatarbelakangkan syurga yang tidak akan mampu dibayangi pancaindera manusia. Itulah sebesar-besar nikmat. Itulah sebenar-benar kebahagiaan. Itulah semanis-manis kemenangan buat secebis roh milik penulis.

Narshiela, mahukah bersama-sama penulis mengejar syurga nan abadi itu?

Note: Cerita hanya rekaan semata-mata. Hanya ada kena-mengena dengan si penulis dan Penciptanya.

Wednesday, March 2, 2011

Surat Kasih Untuk Shiela-Part I

MASA : 01 MAC 2011, 09:11am
LOKASI : MAKMAL HISTOLOGY, ZELIGOWSKIEGO 7, LODZ, POLAND
TAJUK : SURAT KASIH UNTUK SHIELA

Buat Narshiela binti Saad bin Mahamad bin Abdullah bin Aman bin ..............bin Adam a.s.

Ini kisah kasih antara penulis dan Pencipta penulis buat tatapan hati Narshiela yang penulis sayang sepenuh hati.

Penulis asalnya hanya secebis roh yang diberikan jasad oleh Pencipta penulis. Sebelum penulis dihantar ke dunia serba baru buat penulis, Pencipta penulis dan penulis telah membuat satu perjanjian. Yakni, penulis akan patuh melaksanakan tugas yang telah diamanahkan ke atas penulis.

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi." Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu, dan menyucikan nama-Mu?" Dia berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."" -2:30

""Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku." -52:56

Penulis serta-merta bersetuju dengan perjanjian tersebut, oleh sebab ketidaksabaran penulis untuk menjejak dunia baru sebagai seorang manusia.

Penulis gembira. Penulis yang asalnya hanya secebis roh kini punya jasad yang sempurna. Penulis betah berlari mengelilingi dunia. Penulis dapat beremosi sesuai dengan pengalaman yang penulis alami. Penulis bisa memuaskan nafsu dengan seribu satu kenikmatan dunia. Penulis mampu bersahabat dan mengenali aneka ragam milik manusia. Dan, walau penulis tidak pernah menjangka, penulis akhirnya jatuh cinta.

Penulis gembira dijadikan seorang insan. INSAN. Penulis gembira menjadi seorang insan yang sifat semula jadinya adalah pelupa. Penulis ralit dengan syurga dunia sehingga penulis lupa pada perjanjian penulis dengan Pencipta penulis. Penulis asyik dengan cinta seorang manusia seperti penulis sehingga mengabaikan cinta abadi milik Pencipta penulis.

Namun, Pencipta penulis langsung tidak pernah melupakan penulis. Walau penulis jarang mengingati Dia, dikirimkan-Nya sekeping naskhah al-Quran berisi surat cinta Dia kepada penulis. Pencipta penulis tidak pernah meninggalkan penulis, diingatkan-Nya kepada penulis tentang perjanjian penulis dengan Dia. Kerap kali juga penulis diingatkan bahawa satu hari nanti, penulis akan dikembalikan ke sisi Pencipta penulis. Namun, bagi penulis saat itu, cinta penulis terhadap seorang manusia mengatasi segala-galanya.

...bersambung ke part II...

Note: Cerita hanya rekaan semata-mata. Hanya ada kena-mengena dengan si penulis dan Penciptanya.