Wednesday, March 2, 2011

Surat Kasih Untuk Shiela-Part I

MASA : 01 MAC 2011, 09:11am
LOKASI : MAKMAL HISTOLOGY, ZELIGOWSKIEGO 7, LODZ, POLAND
TAJUK : SURAT KASIH UNTUK SHIELA

Buat Narshiela binti Saad bin Mahamad bin Abdullah bin Aman bin ..............bin Adam a.s.

Ini kisah kasih antara penulis dan Pencipta penulis buat tatapan hati Narshiela yang penulis sayang sepenuh hati.

Penulis asalnya hanya secebis roh yang diberikan jasad oleh Pencipta penulis. Sebelum penulis dihantar ke dunia serba baru buat penulis, Pencipta penulis dan penulis telah membuat satu perjanjian. Yakni, penulis akan patuh melaksanakan tugas yang telah diamanahkan ke atas penulis.

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi." Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu, dan menyucikan nama-Mu?" Dia berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."" -2:30

""Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku." -52:56

Penulis serta-merta bersetuju dengan perjanjian tersebut, oleh sebab ketidaksabaran penulis untuk menjejak dunia baru sebagai seorang manusia.

Penulis gembira. Penulis yang asalnya hanya secebis roh kini punya jasad yang sempurna. Penulis betah berlari mengelilingi dunia. Penulis dapat beremosi sesuai dengan pengalaman yang penulis alami. Penulis bisa memuaskan nafsu dengan seribu satu kenikmatan dunia. Penulis mampu bersahabat dan mengenali aneka ragam milik manusia. Dan, walau penulis tidak pernah menjangka, penulis akhirnya jatuh cinta.

Penulis gembira dijadikan seorang insan. INSAN. Penulis gembira menjadi seorang insan yang sifat semula jadinya adalah pelupa. Penulis ralit dengan syurga dunia sehingga penulis lupa pada perjanjian penulis dengan Pencipta penulis. Penulis asyik dengan cinta seorang manusia seperti penulis sehingga mengabaikan cinta abadi milik Pencipta penulis.

Namun, Pencipta penulis langsung tidak pernah melupakan penulis. Walau penulis jarang mengingati Dia, dikirimkan-Nya sekeping naskhah al-Quran berisi surat cinta Dia kepada penulis. Pencipta penulis tidak pernah meninggalkan penulis, diingatkan-Nya kepada penulis tentang perjanjian penulis dengan Dia. Kerap kali juga penulis diingatkan bahawa satu hari nanti, penulis akan dikembalikan ke sisi Pencipta penulis. Namun, bagi penulis saat itu, cinta penulis terhadap seorang manusia mengatasi segala-galanya.

...bersambung ke part II...

Note: Cerita hanya rekaan semata-mata. Hanya ada kena-mengena dengan si penulis dan Penciptanya.

2 comments:

SUHAIMI RAMLI said...

Thanks for sharing =)

Lemonades Of Life said...

sama2. ^^ thanks jugak sudi baca..