Thursday, March 3, 2011

Surat Kasih Untuk Shiela-Part II

...sambungan dari Part I...

Buat Narshiela yang penulis kasihi,

Cinta itu fitrah. Perasaan dan emosi bukanlah sesuatu yang mampu penulis, mahupun Narshiela kawal. Entah bila, tanpa kita sedar, perasaan itu tiba2 sahaja berputik. Memetik kata2 sahabat kepada sahabat penulis;

"Sakitilah hati manusia, asalkan kau tidak menyakiti hati Allah."

Penulis seorang manusia. Begitu juga Narshiela. Kadang kala, untuk meninggalkan sesuatu yang sudah sebati dengan kehidupan kita, bukanlah sesuatu yang mudah, malah memerlukan keazaman yang tinggi. Namun, ketahuilah bahawa jika kita bergerak untuk mendekati Dia, Dia juga sedang melangkah merapati kita. Tiada yang senang menempuh ranjau di jalan yang benar, namun dengan setiap langkah yang diambil untuk mencari Dia, ketahuilah bahawa Dia sedang bersama-sama kita. Ketahuilah bahawa Dia menyaksikan setiap perit jerih kita sepanjang perjalanan. Ketahuilah bahawa Dia sedang menghulurkan bantuan terhadap kita yang sedang memperjuangkan agama-Nya. Ketahuilah bahawa Dia mengetahui setiap kesakitan dan kepedihan yang kita rasai. Kerana tempat-Nya, adalah lebih dekat dari apa yang mampu kita bayangkan.

"Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya." -50:16

Tinggalkanlah cinta seorang manusia jika cinta itu tidak langsung menyumbang ke arah dakwah di jalan Allah. Lupakanlah kasih seorang manusia jika kasih itu tidak langsung menambahkan iman terhadap Allah. Abaikanlah sayang seorang manusia kerana sayang itu belum tentu mampu membawa kita ke syurga. Tinggal, lupa dan abaikanlah! Jika ia mengurangkan cinta kita terhadap Dia yang lebih berhak dicintai. Cinta, yang tidak halal tidak akan dapat bergerak seiring dengan cinta terhadap Allah.

Penulis dihantar jauh ke bumi oleh Pencipta penulis, kerana Pencipta penulis mahu penulis mencari sendiri jalan pulang ke sisi-Nya. Pencipta penulis memberi kebebasan kepada penulis untuk mencedok sebanyak mana pengalaman sepanjang perjalanan, namun penulis harus pandai mengawal layar kehidupan penulis.

Kehidupan yang kekal hanya di sisi Dia, berlatarbelakangkan syurga yang tidak akan mampu dibayangi pancaindera manusia. Itulah sebesar-besar nikmat. Itulah sebenar-benar kebahagiaan. Itulah semanis-manis kemenangan buat secebis roh milik penulis.

Narshiela, mahukah bersama-sama penulis mengejar syurga nan abadi itu?

Note: Cerita hanya rekaan semata-mata. Hanya ada kena-mengena dengan si penulis dan Penciptanya.

3 comments:

blackrosehunter said...

insaff~huhu..

SUHAIMI RAMLI said...

Shiela, moga2 Allah Allah mengurniakn hg suami yg soleh suatu hari nanti huhu. Nice post.

sHieLa said...

zul: insaf je tak guna. kita manusia selalu buat dosa, jom bertaubat jom! amalkan syarat2 taubat yg 4 tu, semoga Allah redha.. ^^

suhaimi: amin. mudah-mudahan.. sape tak nak suami soleh kan. hehe. jzkk.