Wednesday, June 27, 2012

#204 - The Fourth Day

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani. 

Blogging puas2 sebelum balik Malaysia. Kat Malaysia nanti tahan la dua bulan tanpa internet, tanpa blogging. :) Sebenarnya hari ni tak ada niat pun mahu blogging pada asalnya, tapi pengalaman yg saya terima hari ni buat saya rasa saya mahu simpan di satu tempat yang saya boleh lihat semula pada masa2 akan datang. 

Hari ni saya belajar satu perkara. Usahalah dengan apa cara sekali pun untuk keluar dari comfort zone diri sendiri. Rasa macam sudah cukup dengan usrah seminggu sekali dan senarai2 mutabaah amal yang kita amalkan, tapi kita sekadar duduk dalam kelompok mereka yang berfikrah sama seperti kita. Bukan tak bagus, tapi kadang2 perlu juga kita keluar berhadapan dengan masyarakat.

Saya ke rumah Imam hari ni, dengan Thohirah dan kakak Mi Lena. Kak Mi Lena ni orang Polish yang ingin memeluk islam. Semoga Allah permudahkan jalan untuk dia. Ikatan antara muslim itu istimewa. Padahal baru pertama kali saya berjumpa Imam dan keluarga beliau, dengan kekangan bahasa yang pada kebanyakan masanya saya hanya mampu senyum dan ketawa, namun saya rasa dekat dengan keluarga beliau.

Ini hadiah istimewa dari beliau kepada saya dan Thohirah. 

Botol macho berisi air zam-zam. Abaikan si itik lampu kesayangan saya di sebelah. ^^

Gembira. Entah bila kali terakhir saya merasa air zam-zam, saya sendiri sudah tidak ingat. Hari ini, saya minum air itu sambil berselawat dan berdoa kepada Allah. Mohon keberkatan. Mohon dipermudahkan segala urusan. Mohon disucikan iman dari penyakit2 hati yang halus menusuk jiwa. Bukan senang untuk saya merasa air itu. Dan di bumi asing Poland ini, Allah memberi kesempatan.

"Apakah engkau mengira bahawa orang yang mendiami gua, dan (yang mempunyai) raqim itu, termasuk tanda-tanda (kebesaran) Kami yang menakjubkan?" - 18:9



Yang ajaib itu bukan air zam-zam. Yang ajaib itu adalah kebesaran dan kekuasaan Allah. Peace. v(^_^)v