Tuesday, June 19, 2012

#201

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.

Perasaan yang pernah saya rasa suatu ketika dulu. Perasaan itu datang semula. Tiga tahun saya berada di bumi Poland. Menerima tarbiyyah yang tidak pernah saya minta namun itulah percaturan Allah yang Maha Berkuasa. 

Tahun pertama. Tahun saya membakar dengan semangat yang membuak-buak. Kali pertama saya menyentuh hidayah Allah. Kali pertama saya merasakan seolah-olah saya dilahirkan semula, dicelikkan mata dari jahiliyyah yang sudah sebati dengan diri sendiri. Kebasahan menerima fikrah saat itu tidak pernah lagi saya rasai sehingga kini walau saya benar2 mahu merasainya lagi. 

Tahun kedua. Tidak pernah saya sangka, tiga bulan bercuti di bumi Malaysia adalah ujian yang sangat mencabar. Malangnya saya futur. Pulang sahaja ke Poland, semangat yang dirasa semasa tahun pertama sudah banyak surut dan hilang. Allah mendatangkan ujian dari arah yang tidak saya sangka2. Saya kalah dengan hasutan syaitan. Entah di mana kewarasan saya saat itu. Namun Allah masih mahu memandang saya. Saya sedar, saya cuba berubah walaupun seringkali saya gagal untuk terus istiqamah. Saya malu dengan dosa2 saya, namun Allah menyembunyikan aib saya. Ujian bertubi-tubi datang, yang saya anggap sebagai hukuman atas dosa2 saya kerana membelakangi Dia. Namun sehingga ke penghujungnya, Dia tetap bersama saya. Sungguh saya malu untuk meminta, tetapi saya tetap mahu semakin mendekati Dia. 

Tahun ketiga. Yang bakal berakhir kira2 dua minggu lagi. Tahun ini juga umpama roller coaster buat saya. Saya bertarung hebat dengan emosi. Saya bertarung hebat dengan iman dan istiqamah. Ujian2 yang saya hadapi tidak pernah putus, namun itulah yang membesarkan saya. Kemanisan cinta Allah itu, bukan sesuatu yang mampu saya zahirkan melalui perkataan. Saya sekadar mampu menangis mengenangkan bahawa Allah masih mahu memandang saya walau saya seringkali melupai-Nya. Sungguh, saya betul2 malu.

Tahun ini juga, banyak saya menerima berita2 kematian. Hati saya sakit memikirkan ayah saya yang sudah menjejak usia 67. Saya memaksa dia untuk cepat2 mengerjakan haji, kerana saya risau pada kesempatan yang ada. Hati saya sakit mengenangkan saya mungkin tidak akan punya masa yang panjang bersama dia. Mungkin dia akan pergi dulu, mungkin juga saya. Hati saya sakit mengenangkan ibu yang sudah tiada. 10 tahun berlalu, apakah yang saya lakukan sepanjang masa ini untuk kesejahteraan ibu di alam barzakh sana? 

Saya mengajar diri untuk bersedia dengan sebarang musibah dan ujian yang bakal Allah timpakan ke atas saya. Tiga tahun ini mengajar saya, bahawa Allah tidak pernah meninggalkan saya. Ya Allah, kuatkan aku. Timpakanlah ujian ke atasku, jika hanya itu caranya untuk aku meraih kemanisan iman dan kecintaan-Mu. Aku mengidamkan syurga-Mu, yang ingin aku diami bersama insan2 yang aku cintai. 

4 comments:

Qira said...

assalamualaikum
tak pa..doa dr anak adalah lebih baik dr pemberian mewah utk mak ayah.
aku percaya hg dh jadi anak yg mampu beri saham pada mak ayah hg.

Lemonades Of Life said...

waalaikumussalam.
InsyaAllah, masih berusaha ke arah tu. Thanks shaqirah sayang. -teary eyed- isk isk. :p

ayuyusoff said...

shiela..teruskan bersemangat..semoga tabah menjalani segala ujian..sakitnya mungkin nyilu..tpi kemanisannya berganda sayang..sayang shiela fillah..teruskan berjuang di ngara org..:)

Lemonades Of Life said...

i love you fillah jugak, insyaAllah. thank you dear ^^