Malam ni saya rasa kurang tenang. Memikirkan study yg banyak lagi belum habis, memikirkan level iman diri sendiri, saya jadi kacau. Dengar lagu yg upbeat sikit pun jantung saya dah berdegup tahap Ferrari pecut di litar Formula One. Astaghfirullah. Entah apa yg tak kena hari ini. Selalunya bila rasa begini, saya paksa diri untuk menangis. Semoga lepas burst tu, rasa lega la sikit. Tapi malam ni, air mata malu pulak nak keluar. Nasib la. Lalu saya ulang baca sepotong hadith ni. Hadith yg tiap2 kali saya baca akan merentap jiwa saya, yg dulunya akan buat sy menangis, kemudiannya membuatkan sy rasa sayu, dan kini membuatkan sy rasa manisnya cinta dan kasih sayang Allah.
"Daripada Anas r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Allah Ta'ala berfirman; Wahai anak Adam! Selagi mana engkau meminta, berdoa dan mengharapkan Aku, Aku akan ampunkan apa-apa dosa yang ada pada dirimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Seandainya dosa-dosamu banyak sampai mencecah awan langit kemudian engkau memohon ampun kepadaKu, nescaya Aku akan ampunkan bagimu. Wahai anak Adam! Sesungguhnya engkau, andainya engkau datang menghadapKu dengan dosa-dosa sepenuh isi bumi, kemudian engkau datang menghadapKu tanpa engkau mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan mengurniakan untukmu keampunan sepenuh isi bumi."
Rasanya dulu macam dah pernah je kongsi hadith ni, tapi kalaupun ada, kita remind balik diri kita okey. ^^
Hadith yang akan selalu buat saya rasa sayu. Hadith yang akan selalu buat saya bergenang air mata. Hadith yang akan selalu buat saya rasa sesak dada. Hadith yang akan selalu buat saya menggeletar tiba-tiba. Hadith yang memberi harapan, namun pada masa yang sama buat saya refleks kembali diri saya sendiri.
Pernah dengar kata2, "Fake it till you make it"?
Dalam urusan ibadah, mungkin itu adalah salah satu strategi paling berkesan untuk saya. Kalau dulu, saya rasa susah nak baca al-Mathurat. Rasa panjangnya al-Mathurat tu! Lalu saya cuba fakekan aktiviti tu. Saya rasa malas, saya paksakan juga diri untuk baca. Mula2 tu memang la susah nak rasa ikhlas, sambil baca pun fikiran boleh menerawang teringat benda lain. Lama2, bila kita dah selalu baca, sehari tinggal tu kita dah rasa lain macam. Jadi, kita teruskan membaca, dengan alasan itu adalah habit yg selalu buat. Kemudian, aktiviti yg mulanya perlu dipaksa dan kemudiannya jadi habit lama2 akan melekat juga dalam jiwa. Dengan izin Allah, macam cerita cucu, datuk dan raga tu. (tajuk adalah rekaan sbb tak ingat tajuk sebenar, tp memang la pasal cucu dgn datuknya dgn raga)
Okey Shiela. Mula2 hadith, kemudian fake kemenda pulak. Apa pointnya ni?
Hurm, point saya adalah kerana saya rasa kurang tenang hari ni. Saya solat pun setengah kekhusyukan tu entah lari ke mana. Entah ibadah saya hari ini Allah terima atau tidak. Oleh itu, saya cuba nak tenangkan diri. Khusyuk tu bukan sesuatu yg kita akan dapat simply sebab kita rasa kita nak. Kita perlu cari. Dalam usaha nak mencari tu, kadang2 kita tergelincir. Kadang2 kita kena paksa diri. Tak kisah la, sama ada di penghujung pencarian tu kita jumpa atau tak kekhusyukan tu. Tu semua ketentuan Allah, yg penting adalah keikhlasan yang kita bawa sepanjang perjalanan. Ikhlaskan niat untuk mencari keredhaan Allah, dan Allah akan balas setiap usaha kita.
Pernah dengar tak cerita seorang lelaki yg dah banyak buat maksiat, kemudian bila dia mahu bertaubat, dia meninggal dunia. Berlakunya perselisihan sama ada mahu ditempatkan lelaki itu di syurga ataupun neraka, lalu Allah memerintahkan malaikat mengukur jarak antara tempat si lelaki tadi meninggal dengan tempat dia melakukan maksiat dan tempat dia mahu bertaubat.
Boleh juga jadikan kisah tu sebagai benchmark. Allah bukan sekadar tengok kepada amal kita. Allah pandang juga niat dan tujuan kita. Entah apa yg saya rapukan jam 12 tgh malam ni. Yg pasti, saya rasa lega. Allah itu, Maha Adil. Setiap inci perbuatan, percakapan mahupun niat kita diambil kira.
"Maka barang siapa mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barang siapa mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya."- 99:7-8
Semoga Allah redha!
4 comments:
Assalamualaikum w.b.t
Terbaik ah Shiela...bagus sikap ko..tatkala ada masalah kembali pada Allah. Ni adalah satu gambaran sikap yang sunnguh mulia. Semoga Allah merahmati perjuangan ko di bumi Poland!
Waalaikumussalam wbt.
Suhaimi, jgn puji lebih2, byk lg kekurangan yg kena diperbaiki lagi nih. Jzkk utk doa ye, semoga Allah turut merahmati perjuangan kita semua seluruh umat islam..^^
thanks for sharing hadis tuh.. pilu baca.. bnyaknya dosa.. Allah tuh maha penyayang kan.. tatkala rasa nak putus asa, ada je kata2 semangat yg Allah nk kita dengar..
n jgn resah2 lah Shiela. xlama je lagi nak balik Malaysia. huhu.. home sweet home. =D
hehe. sama2 as sayang, semoga hg pun terus bersemangat jugak! sayang anda! =)
Post a Comment