Sunday, May 9, 2010

Happy Mothers' Day

Ini adalah post yang tak dirancang. Terbaca dekat skype group, Pdah kata hari ni Hari Ibu. So tergerak hati la pulak nak menulis pasal hari ni. Bagi saya, hari ni adalah hari Ahad yang biasa macam hari2 Ahad yang lain. Well, maybe antara hari Ahad yang agak stress kot, sebab exam beratur je kan. Hehe. Tp, insyaAllah i'll manage.

Asal post pasal ibu je, selama ni mesti touching2. Okey la, tak nak la touching2 lagi hari ni okey. Nak happy2. Nak tulis ikut lepas je, biar vocabulary tunggang-terbalik, biar typo merata tempat, biar cakap benda yg takde faedah.

Kalau saya ada gambar emak saya, dah lama agaknya saya upload letak kat blog ni. Tapi sayang, saya tak ada. Saya hanya ada sekeping gambar emak yang diambil in 1997. Muda remaja lagi mak waktu tu. Cheeeee~ Takut betul bila selepas 9 tahun saya kehilangan mak, sy akan lupa wajah dia. Erm, lupa wajah tak apa, sebab kenangan saya dengan dia tu hak milik exclusive. Hanya Allah yg boleh tarik balik segala memori indah sy dengan dia.

Lumrah seorang ibu la kan, suka sangat membebel. Tak berenti nak bercakap. Mak sy pun mcm tu jugak. Ada je cerita yg dia nak cerita. Kalau tengah tengok TV tu, mmg tak larat la saya satu keluarga dengar mak komen itu ini. Ada je yg tak kena. Petang2 emak akan suruh saya cabut uban. Time tu pun akan ada lagi cerita2 yg dia nak cerita. Seronok saya dengar cerita ayam bawak lari kepala orang. Ouhh~

Kalau tak duduk kat rumah petang2, Mak akan ajak keluar pergi rumah Wa Bariah atau rumah Tok. Kalau pergi rumah Wa Bariah, Mak akan ikat duit syiling seringgit dekat baju dia, takut2 nanti Pak Pin aiskrim atau Maniam Putu Mayam datang, pastu sy mesti merengek-rengek nak beli.

Saya sangat tak suka kalau ikut Mak pergi rumah Tok. Sebab Mak dengan Tok ni, asal jumpa je, sembang sampai tak tahu siang malam. Rumah Tok pulak tak ada benda mainan macam rumah Wa, jadi saya pun main rambut Mak. Saya buat sanggul, buat dendan, buat juntai2, dan Mak macam tak perasan pun saya buat semua tu. Ouh, Mak kan asyik sangat sembang dengan Tok, mana nak perasan.

Mak suka suruh saya urut belakang dia. Mula2 tu saya tak suka, lepas tu tiba2 dengar bunyi Mak sendawa keluar angin. Lepas tu jadi excited, Abang pun excited sekali. Last2 habis belakang Mak saya dengan Abang gusti. Suruh lagi urut, tiap2 kali Mak sendawa kami ketawa tak ingat dunia.

Waktu tu baru letak telefon dalam rumah. Konfem2 la excited kan, sebelum ni mana penah jumpa telefon. Saya yg jakun ni asal pergi rumah Wa mesti akan main telefon. Dan Abang saya ni memang terkenal la dgn sikap mischievous dia tu. Lepas tengok Perdana Ria satu hari tu, Abang saya suruh saya dail orang kat Perdana Ria tu. Alaa, nombor2 yg 600-85-xxxx tu. Saya pun ikut. Lama2 tu jadi terbiasa. Asal nampak je iklan yg ada no telefon tu, mesti sy dail. Sekali sampai bil, amik kau sampai 300! Bengang la ayah saya, terus dia letak kunci kat telefon. Dan seperti biasa tugas Mak saya waktu tu adalah menasihati dengan bebelan beliau..

Waktu tadika kan, Mak suka sangat kumpul gambar saya. Mak saya kenal dengan ayah Nashrul Faiz ni. Ayah dia ni suka ambik gambar. So tiap2 kali ada function apa2, mesti Mak akan mintak gambar dengan ayah Nashrul Faiz. Mungkin Mak nak tengok anak kecik dia ni kot. Tak pun Mak nak tunjuk dekat saya bila saya dah besar. Tapi tu la Mak, sibuk sangat nak gambar saya, sampai ke sudah gambar Mak sekeping pun susah nak dapat.

Ada sehari tu, saya dengan Mak and Pak pergi rumah Long Jis. Long Jis amik gambar kami bertiga. Tu la satu-satunya gambar saya bersama dgn Mak dan Pak. Tapi bila saya cari balik gambar tu few years ago, gambar tu dah rosak. Menangis tak berlagu sy waktu tu. The only gambar sy dgn Mak dan Ayah dah rosak...

Macam dah nak masuk mood feeling je ni. Haha. Okey2, stop di sini jela ek.

Selamat Hari Ibu ye kepada yang bergelar Ibu!! ^_^

"Sungguh, Tuhanmu Maha Luas ampunanNya. Dia mengetahui tentang kamu, sejak Dia menjadikan kamu dari tanah lalu ketika kamu masih janin dalam perut ibumu. Maka janganlah kamu menganggap dirimu suci. Dia mengetahui tentang orang yang bertakwa."- 53:32

"Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan 'ah' dan janganlah kamu membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik."- 17:23

"Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, "Wahai Tuhanku! Sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil.""- 17:24

11 comments:

Nur Syazwani Adnan said...

ukhti,
tabahnya hatimu.
sayu dikala membace post ni.
semoga rohnya dicucuri rahmat dan aman bersama para solihin di sana.

Lemonades Of Life said...

ukhti syazwani..
jazakillah atas doa..
jazakillah jugak sebab sudi visit blog ni..^^

waniawin said...

shiela
aku akan suka bila everytime hng ckp pasal mak hng
xkisah laaa hng nak layan sdeh tu ke x
tp aku sukaaaaa
aku sukaaa
paham x aku suka
aku suka bila hng cerita n ingt every single things yg mak wat hng wat
sukanya :D

al-fatihah :)

shiela! selamat hari ibu!

Lemonades Of Life said...

haha. okey2, ak paham hg suka.
tapi kan, AWAT WISH KAT AKU SELAMAT HARI IBU?? sengett. haha

najihah iman said...

salam ziarah~

sgt salute+respek ukhti shiela.
sangat kuat.strong gal.

may Allah bless~

Nur Yana said...
This comment has been removed by the author.
Lemonades Of Life said...

Ukhti najihah iman..
not that strong la, kadang2 tu burst jugak kalau dah rindu sgt tu. hehe. May Allah bkess us all.. =)

waniawin said...

sbb hng ibu aku shiela
hahahaha!

Lemonades Of Life said...

BAJET ar wani! tak hingin nak jadik ibu hg! haishhhh...gediksss~

fadhlina said...

shiela ni..tipu je..
kate tanak post yg feeling2.. :P

btw, i love this post. :)

Lemonades Of Life said...

lorh..ni habis tak feeling dah ni fadh oi. yg ak tulis dulu pasal mak ak siap ak yg nangis2 time tgh taip..ni kira ok la ni..hee~