Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.
Assalamualaikum wbt buat siapa2 yg sudi membaca.
Hari ni 17hb September 2011, pukul 8:39pm kat Poland; hari ketiga aku sampai Poland, yg dengan izin Allah akan menjadi tahun ketiga aku sebagai pelajar perubatan. Masuk je pukul 5pm ++, mulalah melatonin aku melambung naik. Jetlag tak habis2 lagi, bila ntah pineal gland ni nak buat kerja macam orang Poland. ^^
Bila diingatkan balik, cuak betul aku sebelum nak balik tu. First time nak travel sorang2 for a journey of more than 10 000 miles. Tak henti2 aku doa semoga Allah permudahkan, memberi keselamatan dan memberkati perjalanan yg lebih kurang 43 jam tu. Dan alhamdulillah Allah ada dengan aku setiap masa. Dari Alor Setar Allah kurniakan aku Pipah untuk teman aku sampai ke LCCT. Dekat London, Allah perkenalkan aku dengan sepasang suami isteri yg teramatlah baik untuk menemani aku selama 12jam transit kat sana. Dan bila nak ke Poland Allah pertemukan aku dengan 2 orang classmates yg travel sekali sampailah aku sampai ke depan pintu apartment. Cara Allah nak menolong tu, yg tak disangka-sangka pun boleh jadi. Kan? Makcik yg aku sempat kenal kat London tu siap pesan lagi, jangan lupa sujud syukur bila lepas solat. Setiap saat yg Allah bagi ni adalah nikmat yg sewajarnya kita berterima kasih pada Dia.
Hm, so far cuti aku kat Malaysia terisi dengan perkara2 duniawi dan ukhrawi, tapi masih terasa aku tetap futur kali ni. Astaghfirullah. Hebat betul Allah jadikan Poland untuk aku, bumi tarbiyyah yg semakin hari semakin aku rasa sayang nak tinggalkan. Takpe Shiela, ada 4 tahun lagi. Lepas 4 tahun ni habis, kalau Allah panjangkan umur, macam dah boleh imagine aku menangis level apa bila nak tinggalkan Poland for good nanti. Oh btw, suhu Poland average dalam 15 degree la, tapi aku still ak dapat nak sesuaikan diri, dalam rumah pun terketar-ketar mcm kena parkinson. Karol tak pasang heater ke? T__T
Berjanji dengan As sebelum balik Poland hari tu yg aku akan rajin2 update blog. Menulis masih jadi minat aku, cuba bukan mudah untuk aku berada dalam mood menulis nowadays. Aku berhenti kat sini dulu eh. Banyak yg nak dikongsi, tapi mungkin dalam post2 selepas ni.
Salam sayang untuk semua. Serius. Ini datang dari hati, bukan sekadar kata2 kosong sebagai penutup bicara aku malam ni. Aku sayang semua yg sudi baca repekan aku. Sayang sangat2.
2 comments:
akhirnya..post baru. and blog baru aku..haha
haha. akhirnya... ^^
Post a Comment