Saturday, December 25, 2010

Bercinta Sampai Ke Syurga

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.
Sekarang pukul 8.51pm dekat Poland.

Kepala aku tiba2 serabut. Sakit berdenyut. Okay, baru ayat ketiga aku dah keluar tajuk.

"Aku sayang kau sampai ke syurga."

Teramat dalam maksud dia. Walau hanya enam patah perkataan, tapi tanggung jawab yg datang bersama ayat tu maha berat, dan maha besar. Setakat kata2, setakat berniat sebegitu, tak mampu jamin yg hubungan tu akan bawa kita ke syurga.

Ingat tak cerita Ayat-ayat Cinta? Habiburrahman El-Shirazy dapat ilham untuk buat cerita tu bila beliau came across ayat 67 dlm surah al-Zukhruf.

Cinta yang membawa ke syurga, adalah cinta yg berlandaskan hukum Allah, tak lari dari setiap hukum dan syariat Allah. Cinta yg sentiasa mengingatkan kita pada Allah. Cinta yg membuatkan kita mampu berkorban, semata-mata untuk mendapat redha Allah.

Aku terkesan sangat dgn sepotong ayat dlm novel Sinergi, karya Hilal Asyraf.

"Kalau macam itu, apa sebab pun persahabatan kita tak akan putus?"

"Apa sebab pun. Hatta kalau kau terjun ke neraka, aku akan terjun sama untuk menarik kau, naik semula dan berjalan beriringan denganku sampai ke syurga."

Aku kenal seseorang, dan dari dia, aku belajar bahawa kasih sayang tu tak ada sempadan. When your heart says you love her/him, you have no choice but to love. Dan dari dia jugak aku belajar fikir tentang masa depan. Aku tak pernah masukkan manusia yg tak ada hubungan darah dgn aku dalam plan masa depan aku, but she changed that. And the best part of it is; dia yang menyedarkan aku tentang kepentingan kasih sayang dan ukhwah yg berpaksikan redha Allah ni, adalah seorang non-Muslim. Bila aku berbicara dgn dia, aku mengimpikan satu perkara. Salahkah untuk berharap untuk sama2 ke syurga dengan dia?

"Pada hari itu sahabat-sahabat karib: Sesetengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh) -43:67"

2 comments:

Unknown said...

Semoga kita salah satu dari isi tulisanmu kawan

Lemonades Of Life said...

insyaAllah. semoga dipermudahkan jalan ^^