Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.
Hari ni 25 Ogos 2011. Hujan dari tengah malam semalam baru berhenti dalam pukul 9 pagi. Hari pertama aku sebagai manusia berusia 21 tahun di atas muka bumi. Bersyukur sebab yang menemani aku sejak semalam adalah rahmat Allah, hujan.
Hari ni jugak 25 Ramadhan 1432. Dah tak berapa hari je lagi nak raya. Walaupun hari raya tu dikatakan hari kemenangan buat umat Islam, tapi sewajarnya kita rasa sedih untuk meninggalkan Ramadhan kan? Apa sangat amal kita bulan ni? Cukup kuat ke kita menahan nafsu, ke kalah jugak dengan nafsu saat berbuka puasa?
A few friends texted me last night, mengucapkan sanah helwah, happy birthday dan selamat hari lahir. Mendoakan semoga aku dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Facebook aku pula sepi buat masa ni, tak dibanjiri dengan ucapan2 hari lahir seperti tahun lepas. Sesungguhnya aku tak harap untuk didoakan agar usia dipanjangkan dan rezeki dimurahkan hanya pada hari ini. Namun doakanlah aku pada setiap kali kalian mengangkat tangan memohon kepada Allah.
Oh, and this.
Done by a close friend of mine, Shiela May Baylon from Philippines. I knew her due to my crazy addiction to Korean singers. Thank you sweetheart. ^^ I almost cried when I first received this. She, whom I called a Cinderella because she usually goes to bed at 12, stayed up late just to do this. I was touched, Twinnie. I love you.
Hari lahir tahun Masihi dah akan berlalu. Sekarang nak tunggu hari lahir tahun Hijrah pulak. 3 Safar 1433. Hehe. Kalau ikut tahun Hijrah, aku lahir pada tahun yg sama dengan Fadh, dan sebab tu Fadh tak nak terima kenyataan untuk ikut tahun Hijrah. Nanti kalau dah UA (insyaAllah pasti akan tiba satu hari nanti), takkan nak ikut tahun Masihi lagi kan Fadh? Hehe.
Hm, dah bertahun-tahun jugak aku raya tanpa baju baru. Dulu, lepas Mak meninggal, tiap2 tahun aku ada baju raya baru. Sebab tiap2 tahun mesti ada orang belikan kain untuk buat baju kurung. Tapi dah besar ni macam tak kisah ada ke tak baju raya baru. Baju kurung yang dalam almari tu pun tak terpakai, walhal semuanya masih padan elok lagi. Tak apa. Aku raya bukan sebab nak pakai baju baru. Dan bukan hari raya yang aku paling nanti-nantikan. Aku lebih menantikan hari aku bakal berangkat balik ke Poland.
“Dan katakanlah, ya Tuhanku, masukkan aku ke tempat masuk yang benar dan keluarkan aku ke tempat keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang dapat menolong.”- 17:80
“Say: "O my Lord! Let my entry be by the Gate of Truth and Honour, and likewise my exit by the Gate of Truth and Honour; and grant me from Thy Presence an authority to aid (me)."”