Disclaimer: ini entry orang emo.
Hati ini sayu. Senang benar ia terasa sebak. Belum apa-apa aku sudah tertitiskan air mata.
Saudaraku!!! Dengarkah kalian panggilanku? Aku memanggil dari sudut hati aku yang paling meronta. Walaupun sekadar jari-jemari yg mampu aku gerakkan untuk menyusun patah kata, ketahuilah aku benar2-benar mahu kalian mendengar panggilanku.
Saudaraku!!! Mahukah jika aku tawarkan kepada kalian sejenis perniagaan yg takkan sekali-kali membawa kerugian? Malah keuntungan yg bakal dikaut adalah untuk satu tempoh masa yg lama. Nescaya kalian tidak akan papa sehingga jasad menghalau keluar nyawa.
Saudaraku!!! Bersama-samalah aku. Pimpin tanganku. Pegang erat jangan kalian lepas. Aku membawa khabar gembira buat mereka perindu syurga. Aku membawa warkah cinta buat mereka pendamba cinta. Aku bukanlagh siapa2-siapa, sekadar manusia sebagaimana kalian yang mahu hidupnya ditemani.
Temanilah aku di jalan ini. Jalan penuh cinta bertebaran harum mekar mewangi. Jalan penuh kasih milik sang Pencipta untuk yang mencari-cari. Jalan penuh pengorbanan, namun diakhiri kebahagiaan yg sudah dijanji.
Saudaraku, marilah kita kembali kepada Allah. Ketahuilah peluang taubat itu masih terbuka luas. Cinta Allah terhadap kita melebihi sempadan langit dan bumi. Marilah kita mensyukuri nikmat nafas kurniaan-Nya. Nikmat islam yang diberi-Nya terlebih dahulu tanpa perlu kita susah-susah mencari.
"Maka nikmat Tuhan-Mu yang manakah yang kau dustakan?"-surah ar-Rahman.
Nikmat yang mana yang masih tidak kita syukuri? Nikmat berada dalam islam? Nikmat kehidupan bernyawa sebagai manusia? Nikmat akal yang tahu baik dan buruk? Nikmat hati yang mampu mencintai? Nikmat mana lagi???