Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.
Allah yang pemurah. Yang masih membenarkan kita menghirup udara kepunyaan-Nya dan berjalan di atas bumi-Nya. Walaupun nafas dan langkah pinjaman-Nya itu kita guna untuk berbuat dosa dan maksiat.
Allah yang penyayang. Yang masih mahu mendengar rintihan hamba-Nya yang merintih. Yang masih menerima taubat hamba-Nya walaupun seluruh hidup si hamba itu dihabiskan dengan mengabaikan kewujudan-Nya.
Dan saya yang masih belum mampu istiqamah dalam menulis blog. Salah niat mungkin. Kerana amal yang diterima Allah itu adalah amal yang senang untuk kita beristiqamah dengan-Nya. Baiklah. Tajdid niat. Lillah. Lillah. Lillah.
Surah Taha.
Pada sesetengah orang, surah ini mungkin jadi penglipur lara. Kisah Nabi Musa dan Firaun.
Pada sesetengah orang, doa famous Nabi Musa dalam surah ini mungkin sekadar doa rasmi pembuka sesebuah majlis ilmu.
Namun, penting sangatkah kisah Nabi Musa sehingga kisahnya yang paling banyak diceritakan Allah kepada kita?
Berfikirlah. Kisahnya bukan sekadar penglipur lara penyedap mata untuk lena. Bukan cerita sejarah yang cukup untuk kita sekadar tahu. Bukan kisah seorang rasul ulul azmi yang hebat yang tidak ada kena-mengena dengan kita.
Di manakah kaitan antara kita dan Nabi Musa as? Telitikanlah. Setiap bait ayat dalam surah taha ini, bayangkan kita berada di tempat Musa. Fikirkanlah.
"Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku,
dan mudahkanlah untukku urusanku,
dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku,
agar mereka mengerti perkataanku,
dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku,
(iaitu) Harun, saudaraku,
teguhkanlah kekuatanku dengan (adanya) dia,
dan jadikanlah dia teman dalam urusanku,
agar kami banyak bertasbih kepada-Mu,
dan banyak mengingat-Mu,
sesungguhnya Engkau Maha Melihat (keadaan) kami."
A proposal that is just as sweet (or maybe even sweeter?);
"Will you be my Harun?"
ps: dan hati jatuh rindu lagi pada akhawat Jordan. >.<
0 comments:
Post a Comment