Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Maha Mengasihani. Hari ni, cukup la seminggu saya tak blogging di sini. Ecehh, baru seminggu. Kecoh dowh Shiela. Ouh, kena kecoh. Sebab Shiela addicted dgn blogging, kalau blh hari2 nak menulis even kat blog lain2. Haha. Okey, tak berfaedah pun kenyataan di atas. Abaikan2. Ehm, saya baru nak kebah sikit dari demam ni. Alhamdulillah, ujian Allah bagi ni tak lama macam Allah bagi kat tiga sekawan lagi tu. Dorang sakit ada la dekat 2 minggu, saya dalam dua hari je. Dan, segala puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Penyayang, Dia tetapkan saya demam waktu Jumaat malam. Membolehkan saya istirahat secukupnya weekend tu, tak payah kisah nak ponteng kelas ke apa. Alhamdulillah, thank you Allah.
Walaupun demam2 and sakit kepala yg sangat sakit mcm zaman sekolah dulu, tapi masih diberi kesempatan utk join usrah. Alhamdulillah. Sayang Fatihah w Lodzi! Hee. InsyaAllah weekend depan turun Warszawa lagi, ada program Shahadatul Haq. Hari tu Kak Wani macam cerita prolog la untuk program ni, tapi walaupun prolog je pun, tapi macam berat sangat otak saya nak terima. Rumit, tapi penting untuk tahu. Dan nak tak nak saya perlu jugak tahu. Ya, saya nak tahu!! Hee. InsyaAllah kalau ada rezeki dan masa saya kongsi pengisian program tu nanti ye.
Okey, siapa kenal Ashama bin Abjar?? Angkat tangan!! Pada yg kenal tu, tahniah2. Sebab saya mula2 dengar nama ni terus buat muka bengong. Clueless langsung. Okey, siapa kenal al-Najashi?? Angkat tangan!! Pada yg kenal tu, tahniah2 jugak. Sebab saya mula2 dengar tu, rasa mcm penah dengar tapi tak tahu bila, siapa dan kenapa saya pernah dgar. Okey, siapa tahu Habsyah kat mana?? Angkat tangan!! Pada yg tahu tu, tahniah la lagi sekalik. Sbb saya mmg dgn muka bongkaknya akan cakap saya tahu Habsyah, tapi saya tak tahu pun Habsyah tu kat mana. Huu. Okey. Kepada yg tak tahu, saya bagi tips ye. To be able to read this, you must have the access to the Internet. So bila dah ada access to Internet, sila2lah Google sendiri ye. Konfem jumpa la! Haha. Maaf ye, tak mampu nak cerita dalam entry ni. Nanti jadi panjang berjela-jela. InsyaAllah pada masa akan datang ye.
Sewaktu al-Najashi ni mangkat, rakyat dia tak tahu yg dia dah memeluk islam. So dia dikebumikan secara Kristian. Mmg saya sedih dengar pasal ni. Sangat terasa. He was a Muslim, tapi sampai dia mangkat, tak ada pun bukti2 yg kita dapat tgk dgn mata kasar bahawa al-Najashi ni sebenarnya seorang islam, pengikut Allah dan Rasulullah macam kita jugak. Tapi, kenapa saya sedih? Saya sedih bukan sebab saya orang islam, tapi saya sedih sebab saya orang melayu dan saya orang Malaysia. Sebab mentaliti saya belum berkembang keluar dari mentaliti orang Malaysia.
Everyone knows kan isu M. Moorthy, who was a Hindu and converted to islam around 2004 kot tak silap. Kecoh laa satu Malaysia waktu tu. Wife dia nak kebumikan dia ikut cara Hindu, tapi kita yang islam ni pun sibuk nak berebut mayat dia. Nak kebumikan secara islam. Yep, saya tahu ada sebab yg kukuh kenapa pihak2 terlibat buat macam tu. Saya tak cakap salah. Tak cukup ilmu lagi saya untuk menjatuhkan hukum betul atau salah ke atas tindakan seseorang tu. Apa yg saya merapu kat sini just seciput pandangan saya. Apa yg otak saya yg masih belum dapat berkembang ni mampu fikir.
It was sad. Memang sangat sedih la. Bila fikir2 pun, bila orang islam yg hidupnya berlandaskan syarak tiba2 bila mati dikebumikan secara bukan islam. Betul la sedih. Tapi, bagi saya ada isu yg lagi sedih dari ni. Ada isu yg lagi perlu dititikberatkan dari ni. Sebagai seorang Muslim, tugas kita kat dunia ni ada dua je.
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu."-51:56
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi.""-2:30
Jadi hamba ni hubungan kita dgn Allah. Ibadat kita dgn Allah. Maknanya tak langsung melibatkan orang atau pengantara lain. Hanya kita dan Allah. Yang kedua ni jadi khalifah. How is it to become a khalifah? Do you have to be a leader?? A pemimpin?? Berdasarkan pemahaman saya, nak melaksanakan tugas kita yg kedua ni berkait rapat dgn hubungan kita sesama manusia dan sesama makhluk. Dari sekecik-kecik benda yg kita buat macam siram pokok bunga kat belakang rumah sampai la sebesar-besar benda macam dakwah. Uish, betul la Kak Dina and Kak Wani cakap. Gerun betul sebut perkataan dakwah ni.
Dakwah tu tak susah. Tapi saya kategorikan dakwah tu sebagai sebesar-besar benda bukan sebab kesusahan dia, tapi sebab kepentingan dia.
"Orang-orang yang bertakwa tidak ada tanggung jawab sedikitpun atas (dosa-dosa) mereka; tetapi (berkewajiban) mengingatkan agar mereka (juga) bertakwa." -6:69
Allah jatuhkan hukum wajib ye ke atas aktiviti dakwah ni. Sape tak buat dapat dosa tau. So baik buat! Haha. Jauhnya laa saya lari dari introduction kat atas tu. Apa yg saya nak cakap ni je. Kenapa ye kalau kat Malaysia tu jadik satu isu besar bila seorang yg masuk islam meninggal dunia, dan bila nak dikebumikan mesti jugak dikebumikan secara islam? Kenapa?? Kecoh la dulu kat Malaysia waktu tu kan? Walaupun masa tu saya masih di peringkat Jahiliyyah sebab baru Form 3 gitu and kena kurung lagi dalam Jenan tapi saya tahu gak sikit2. Maknanya memang betul2 kecoh la kan. TETAPI, takde pulak nak heboh2 hari ni ada seorang saudara baru, baru masuk islam. Kenapa kalau hal macam ni takde pun yg nak kecoh2? Sebab ramai sangat ek yg masuk islam sampai kalau nak kecohkan semua mmg kerja yg tak sudah?? Macam tu ke?
Okey, tertanya-tanyakah anda?? Apa sebenarnya ak nak cakap ni? Hee. Melalut je lebih sampai ke Sabah. Aishh. Bagi saya, sebagai seorang masyarakat Malaysia yg hanya ada blog untuk berkongsi tanpa sebarang authority, sebagai seorang Muslim yg teringin nak berkongsi pandangan yg entah2 senget ke apa ni, saya rasa; things pasal berebut2 tu tak patut jadi pun. Once kita mati, tu dah jadi antara kita dgn Tuhan dah kan. Kalau semua orang islam kena dikebumikan ikut cara islam, kesian la pak cik2 nelayan yg hilang tgh laut tu. Kalau pun anda dikebumikan ikut cara islam, tu bukan konfem2 tiket anda untuk masuk syurga. Kalau pun anda tak dikebumikan cara islam, tu bukan konfem2 cara untuk lari dari Munkar dan Nakir. Kan?
Which means, once roh kita dah menjatuhkan talak tiga ke atas si jasad, orang2 islam yg masih hidup ni dah takde tanggung jawab dah ke atas si mati. (okey, minus the solat jenazah and all la, tu fardhu kifayah. Rasulullah pun ada buat solat jenazah ghaib kan?) Tanggung jawab kita sepatutnya semasa si mati tu masih hidup, dan tanggung jawab ke atas Muslim2 yg Allah masih panjangkan nyawa. Sebab tu la saya cakap pasal dakwah tu. Biar la dikebumikan cara macam mana sekalipun, tu bukan penentu kita selamat kat akhirat nanti. Yang jadi penentu amal ibadat kita. Aish, saya rasa pening la entry kali ni. Macam pusing2 tapi apa yg saya nak sampaikan sebenanya tak kesampaian pun. Ni semua sebab sepotong ayat Kak Wani! Kak Wani cakap, bila orang tu mati, sibuk2 la kita nak berebut mayat dia, tapi time dia hidup, bukan kita pergi kat dia pun tunjuk2 keistimewaan islam ni. Kita biar je. Malaysia kan ada Jabatan Dot Dot, Pejabat Tut Tut yg mmg dikhaskan untuk buat2 kerja camtu, apsal kita nak sibuk2. Kalau orang tu murtad, kita tuding jari kat orang2 tertentu. Apa kes? (Okey, ada sedikit dasar penambahan pada kata2 Kak Wani ni untuk kesan lebih dramatik)
Kalau anda-anda scroll balik ke atas, saya cakap ada isu yg lebih penting lg yg perlu kita titik beratkan, kan? I'm talking about dakwah la tu. Tugas kita sebagai khalifah ni kita buat waktu kita masih hidup, dan kita jalankan juga kepada manusia2 yg masih hidup. Tak payah la nak pergi bagi tazkirah kat kubur, nanti orang ingat kita tengah mintak nombor ekor pulak kan. Saya duduk dekat dua dekad dalam Malaysia dan mentaliti saya mmg dah disetkan macam mentaliti org Malaysia. Tapi bila keluar dari Malaysia, pandangan saya berubah sikit demi sikit tentang Malaysia. Saya lebih sayang dan rindu pada Malaysia, tapi saya tak tahu macam mana nak jawab soalan ni. Anda-anda boleh tolong jawabkan? Malaysia yg banyak berubah atau saya je yg baru terjaga?
P/s= Maaf atas kesalahan grammar atau kata ganti nama yg tak sesuai + ayat2 yg memeningkan dan apa2 jela. Entry ini bukan untuk diapply dlm semua situasi. *Apakah Shiela??* Dan tajuk tu? Ouh, tu untuk suka2. Takde kena mengena pun. Kalau anda boleh kaitkan tajuk tu dgn post ni, anda mmg genius! Weeeeet~
6 comments:
dakwah ni benda yg berat. smpi skrg, me myself am afraid of that one word. latar belakang sekolah agama x cukup for me to say that i know that's right, and this is wrong.
if anything, latar blkg ms skolah dulu lg confuse me now, especially sejak masuk msu. everything that i was taught was black suddenly becomes white, and to make things worst, ada yg dakwa that it's grey!
now tell me, kite yg buta ke, kite mbutakn diri?
ahaha maafla shiela, u tanye, i tanye blk. keke *ampun*
haha, dania! u are unforgivable!! mana aci tanya balik! hee. tapi betul la, i dnt think i can answer that.
siyes rasa susah, tapi bukan benda yg possible. simply sebab kita translate maksud dakwah tu ke dalam bahasa melayu, and kita tak translate maksud dakwah tu ke dalam bahasa arab, which is why kita rasa berat tu.
okey2, komen pun pening jugak. tapi tak puas hati la dania tak jawab soalan! haha
sekecil2 amaln pown pasti dikira n sekecil2 niat pown ttp akn dikira. utk berdakwah xsusah tp utk istimah n kuatkn hati sms berdakwah tu yg susah. tp insyaAllah dgn izin Allah, pasti jadi mudah.
btw, cite psl kes pengkebumian nieh, ada pencermh pnh dtg masjid u aku gak ckp psl mnder nieh. dia mualaf tp pengetahuan agama dia jauh lbh power dr kita yg Islam dr azali nie. dia cte pnglm dia la. psl sorg ank nie dh peluk islam. then 1 day mak si ank nie dh nk meninggal. si ank nie pujuk mak dia peluk islam. pujuk punya pujuk punya pujuk, last skalik mak dia setuju la dgn syarat kebumikn kt tnh perkuburan cina. si ank nieh mgkn slh fhm psl konsep nie la kot, ckp mn blh. mst kna kebumikn dkt prkuburn islam. cara islm. mak dia xnk. esok tu xsmpt pape g mak dia dh mnggl. xsmpt peluk islam pown. sedih dgr..
papepown thnx for sharing. entry2 ang mmg bernas n matang. keep it up. salam.
huhu. see? tak ke sayang kalau cmtu kan. dah on the edge to jump into islam dah pun, tp sbb isu ni tak jadi. tapi yela, dah hidayah Allah tak smpai gak kan nak buat cmna. huhu. kita yg dah islam ni syukur la banyak2. dah dapat for free dah hidayah yg satu tu kan, takyah nak carik2. =)
EMMM..NICE ONE..
Something yang mmg buka mata kita luas2..
kerja dakwah ni mmg sgt 100000000x susah..Tapi sesusah mn pn..kita mmg kena buat jugak sbb mmg tu tanggungjawab kita..Sbb di akhirat kelak..even kita msuk dpt msuk syurga pun..tapi org bukan Islam akan membuatkan kita ni ditarik keluar dari syurga..Diorg akan kata kita xlayak msuk syurga seandainya kita xmenyerbarkan agama Islam pada diorg...That's why Rasulullah suruh sampaikan walau sepotong ayat pn pd kaum musyrikin..
And once kita dah menyampaikan..jgn kita xbuat apa yang kita sampaikan..Kerana Allah benci org yang tau ckp je tapi xbuat..Mcm yg tertulis dlm Surah As-Saff..
WALLAHUA'LAM
Waaa, bila muraqibah mula bersuara. Haha. Betul2. Refleks balik kat diri sendiri kan, kat mana kurangnya kita. Kita memang banyak yg kurang, tp kat part mana yg paling bocor tak bertampung-tampung. Huhu, perumpamaan apakah Shiela?? Btw Nada, thanks for sharing your thought!
Post a Comment