Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Hari ni 20hb April 2010, bersamaan 6 Jamadil Awwal 1431, jam 2.55am. I just woke up from a nice long sleep 55 minutes ago due to the effect of ibuprofen. Terima kasih untuk Kak Syifaa dan Fadhlina, for being there. Betapa bertuahnya saya dikurniakan saudara yang sentiasa bersama saya. Saya tahu Fadhlina ada masalah sendiri, tapi Fadhlina masih mempedulikan saya di tengah2 kekusutan beliau dgn masalah yg seperti tak akan ada penghujung tu. Hanya doa yg saya mampu beri sbg balasan untuk mereka berdua, hanya Allah yg mampu membalas segala jasa mereka. Dan, selamat hari ulang tahun yg ke-20 juga buat Adliyanti, sayang saya kepada sahabat ini sedikit pun tak akan pernah berkurang walau masa semakin lama semakin menjarakkan kita.
Entry kali ini, ingin sekali saya kaitkan dengan surah ke-55 dalam al-Quran, surah ar-Rahman; surah yg baru sahaja selesai sy tadabur sebentar tadi, alhamdulillah. Ramai kan yg tahu surah ni, sebabnya mungkin kerana sepotong ayat yg diulang berkali-kali dalam surah ini;
"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"
Berkali-kali ayat ini diulang, kadang-kadang tu naik bosan dah ulang ayat yg sama, kan? Tapi, sesungguhnya ayat ini menunjukkan betapa Allah sangat menekankan wahyu ini. Betapa Allah mahu kita mengambil serius akan kata-kata Allah. Betapa Allah mahu kita benar-benar mendalami sepotong ayat ini. Ayat ni, rasanya dengan sekali nafas pun boleh baca kot, pendek je kan. Allah tanya kita, nikmat mana yg dalam banyak2 nikmat yg Allah dah bagi tu, yg kita nak dustakan? Kalau tengok pada keseluruhan surah, Allah ceritakan nikmat2 yg Allah kurniakan. Kemudian, Allah tanya, "Tak percaya lagi?" Haa, camtu la lebih kurang kan.
Tak perlu baca sampai habis 78 ayat. Tengok je pada ayat pertama dan kedua surah ini.
"(Allah) Yang Maha Pengasih. Yang telah mengajarkan al-Qur'an."
Nah, satu bukti yang sedikit pun tak mampu kita sangkal tentang nikmat Allah. Al-Qur'an. Kak Dina and Kak Wani kata, al-Qur'an ni surat cinta dari Allah. Kata-kata Allah tentang kita. Betapa Allah sayangkan kita, kan? Allah bagi sebuah buku tebal yg mengandungi kata2 nasihat, kata2 amaran, kata2 pujukan, cerita2 penglipurlara dan baaanyak lagi yg boleh kita jadikan panduan sepanjang hidup, bersesuaian dengan Hadis Nabi;
"Sesungguhnya aku tinggalkan dua perkara yang kalian tidak akan sesat selama kalian berpegang kepada keduanya, iaitu al-Qur'an dan Sunnahku."
Al-Qur'an ni antara nikmat terbesar yg Allah janjikan untuk kita, umat Muhammad. Pernah terfikir tak, hari2 yg kita baca Qur'an tu, kita ulang balik kata2 yg suatu ketika dahulu, pernah diucapkan oleh Allah, oleh Jibrail dan oleh Rasulullah saw? Subhanallah, terfikir je benda ni saya rasa saaaaangat dekat dengan Allah. Saya jadi sayu, sampai macam tu sekali ye Allah nak buktikan dekat kita yg Allah ni sebenarnya saaangat sayang dan kasih dekat kita. Patut la Allah tanya banyak2 kali dalam surah ni, "nikmat yg mana yg kita tak nak percaya..", rupanya memang selama ni pun bukan kita tak percaya, tapi kita macam tak berapa nak sedar.
Allah bagi dekat kita segala-galanya. Tak payah kita nak mintak syurga, Allah dah cakap dulu dah akan ada balasan syurga untuk mereka yg beriman. Ada ke dulu2 waktu zaman Rasulullah tu orang mintak dekat Rasulullah, nak Qur'an?? Setahu saya la, al-Qur'an tu tak diturunkan sebab kita yg tergedik-gedik sangat nak kan. Allah bagi kita al-Qur'an tu sebab Allah memang nak bagi. Allah nak kita ada guideline dalam hidup ni. Allah sayang sangat dekat kita sampai Allah tak nak tengok kita ke hulu ke hilir tak tahu nak buat apa. Boleh je kan kalau Allah jadikan Nabi Muhammad tu seorang nabi, bukan rasul. Allah bagi al-Qur'an tu untuk baginda, dan Nabi Muhammad tak diwajibkan untuk sampaikan kepada kita. Tapi tak, Allah tak buat macam tu. Allah lantik Nabi Muhammad jadi rasul, supaya setiap kata2 Allah tu semua sampai dekat kita.
Tak terbukti lagi ke betapa Allah sangat kasih dan cintakan kita? Patut la, Allah ulang banyak2 kali sepotong ayat tu, sebab memang selama ni action kita tu seolah-olah kita mendustakan nikmat Allah. Astaghfirullahalazim. Tu baru sentuh pasal Qur'an tu, tak masuk lagi 76 ayat yg seterusnya. Dah jatuh berketul-ketul batu atas kepala.
Kata-kata yg saya ambil dari website ini tentang ayat 2 surah ar-Rahman;
"The Quran is to our life what the heart is to the human being. If the heart stops working then the body dies even if all other things are in first class condition. Similarly if we are not on the true guidance of the Quran, nothing else is going to benefit us at all. Therefore Allah has reminded us here that we should stop taking this book for granted and open our eyes to the fact that this is the supreme knowledge, wisdom, and cure of hearts..coming directly from the Lord. What a great injustice it is if we keep ourselves deprived from this treasure."
'We should stop taking this book for granted.'
Tertarik betul saya dgn sebaris ayat ni. Taking al-Qur'an for granted? Yea, selama ni memang kita take al-Qur'an for granted pun kan. It's always there, easily available. Pegi la rumah orang islam kat mana2 pun, paling kurang konfem ada satu naskhah al-Qur'an. Senang sangat nak dapat Qur'an ni, macam2 version ada; yg kecik, yg besar, yg comel, yg kaler pink, yg ada zip... Tapi tak kira banyak mana sekali pun al-Qur'an ni, berapa kerat sangat yg betul2 mendalami al-Qur'an? Bagi saya, tak perlu nak dapat gelaran hafiz atau hafizah, kalau boleh baca satu ayat dalam beribu-ribu ayat al-Qur'an tu yg boleh meresap masuk ke dalam hati pun saya dah sangat2 bersyukur.
Okey, saya dah merapu panjang. Sekarang baru kita kaitkan dengan tajuk di atas. =) These few days, telinga kanan saya selalu sakit. Selama ni, telinga ni memang tak berapa nak dengar pun (yg selalu buat Fadhlina tension time lecture Anatomy dulu sbb kalau dia bisik, mesti sy tak dengar), tapi tak pernah la pulak rasa sakit. Tiba2 je hari ni kesakitan telinga kanan ni naik ke kepala kanan. Selama ni, sy memang selalu sakit kepala, tapi ni la first time saya sakit kepala sampai menangis. Nak kata migraine saya rasa tak kot, saya pun tak tahu migraine tu macam mana sebenarnya. Then Kak Syifaa suruh makan painkiller dua biji pastu tidur. Time nak tidur tu, saya tak boleh nak baring mengiring ke sebelah kanan. Bergolek2 dekat 15 minit jugak la, tapi tak mampu nak lelap sebab rasa sakit sangat. Dalam hati macam2 dah terpikir, antaranya; "Kenapa laa lambat sangat ibuprofen ni nak effect?"
Lalu secara tiba2 Allah mengilhamkan teguran ke dalam diri saya. Shiela, memang la tak akan lega sakit tu; kebergantungan kau sekarang adalah pada dua biji pil, bukan kepada si pencipta dan pemberi kesakitan tu. Dalam kesakitan, saya istighfar balik. Betul2, Allah nak tegur ni. Kalau Allah nak bagi lega, tak buat apa2 pun dia akan lega sendiri. Tapi sebagaimana janji Allah kepada malaikat Izrail untuk memberikan pelbagai jenis sebab ke atas kematian manusia, pil ibuprofen itu juga adalah sebab yg dijadikan Allah sebagai pengantara untuk menyembuhkan kesakitan yg dialami manusia. Mungkin Allah nak tegur Shiela, selama ni Shiela banyak sangat utamakan hal2 dunia. Mungkin juga Allah nak uji Shiela, nak tengok level iman Shiela ni di tahap yg mana. Dan mungkin tu tanda cinta Allah pada Shiela, Allah rindu mahu dengar rintihan Shiela memuji Yang Maha Kuasa. Wallahualam. Segalanya mungkin, terpulang kepada mata dan hati manusia untuk menilai.
Doakan saya sihat ye. Sungguh, kalau nikmat sihat itu akan menyebabkan kita lupa padaNya, mungkin lebih baik jika kita berada dalam kesakitan. Dan kalau sakit itu mendatangkan lebih banyak mudarat, semoga Allah mengurniakan yang terbaik untuk kita. Dan, tak ada yang lebih baik selain daripada aturan Allah kan.
9 comments:
semoga shiela cepat sembuh..
aminn..insyaAllah..
"Sungguh, kalau nikmat sihat itu akan menyebabkan kita lupa padaNya, mungkin lebih baik jika kita berada dalam kesakitan."
Jazakillah Shiela! Get well soon. InsyaAllah =)
Aminn..jazakillah utk doa ye umai and shida.. hee. macey2. =)
aku bca first pargraph hg aku ingtkan ad mslah n aku agk tkejut sbb aku xtau
bila bc penoh bru aku tau hng sakit
aku doakan hng cepat sembuh
jgn jd pekak sblom jmpa aku
hahaha :D
sepotong ayat quran hng bg sgt mendalam
slama ne selalu bca ayat tuh tp xmendalami pn
haha. kata2 yg sangat memberansangkan dari saudari wani yaa. jgn jadi pekak sebelum jumpa hg?? ngok ngekss. by the way, thanks utk doa.
salam...
Lama dah tak mencapub kat page ko..
Semoga ko sihat-sihat selalu..
Sentiasa berada di samping orang-orang yg kau syg..
N moga dipermudahkan segalanya tuk ko.. AMEEN!!!!
*Surah Ar-Rahman mmg nak tunjukkan betapa pemurahnya Allah pd makhluknya..Semoga kita juga jd 'pemurah' pada Allah dan RasulNya dengan sentiasa mengingatinya dan berzikir tidak kira susah atau senang..Org yg bertaqwa ialah org yg tidak dapat melihat Allah namun dapat merasakan kehadiranNya di sisi.. :))
WALLAHUA'LAM
whuaaa. when muraqibah starts talking, hamba hanya mampu mendengarr. hahaha. jazakillah nadaku sayang for the doa~ semoga segalanya jugak dipermudahkan utk ko..
ya laaa. aku kena la bg kata peransang kt hng. sat g takut hng putus asa nak berubat tgk2 balik msia dah pekak
hahaha!
nada ! wow! muraqibah berkata-kata. kui3
bengong gila wani. tak abeh2 dgn pekak dia tu. katok satg kot!
Post a Comment