Saturday, December 25, 2010

Bercinta Sampai Ke Syurga

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.
Sekarang pukul 8.51pm dekat Poland.

Kepala aku tiba2 serabut. Sakit berdenyut. Okay, baru ayat ketiga aku dah keluar tajuk.

"Aku sayang kau sampai ke syurga."

Teramat dalam maksud dia. Walau hanya enam patah perkataan, tapi tanggung jawab yg datang bersama ayat tu maha berat, dan maha besar. Setakat kata2, setakat berniat sebegitu, tak mampu jamin yg hubungan tu akan bawa kita ke syurga.

Ingat tak cerita Ayat-ayat Cinta? Habiburrahman El-Shirazy dapat ilham untuk buat cerita tu bila beliau came across ayat 67 dlm surah al-Zukhruf.

Cinta yang membawa ke syurga, adalah cinta yg berlandaskan hukum Allah, tak lari dari setiap hukum dan syariat Allah. Cinta yg sentiasa mengingatkan kita pada Allah. Cinta yg membuatkan kita mampu berkorban, semata-mata untuk mendapat redha Allah.

Aku terkesan sangat dgn sepotong ayat dlm novel Sinergi, karya Hilal Asyraf.

"Kalau macam itu, apa sebab pun persahabatan kita tak akan putus?"

"Apa sebab pun. Hatta kalau kau terjun ke neraka, aku akan terjun sama untuk menarik kau, naik semula dan berjalan beriringan denganku sampai ke syurga."

Aku kenal seseorang, dan dari dia, aku belajar bahawa kasih sayang tu tak ada sempadan. When your heart says you love her/him, you have no choice but to love. Dan dari dia jugak aku belajar fikir tentang masa depan. Aku tak pernah masukkan manusia yg tak ada hubungan darah dgn aku dalam plan masa depan aku, but she changed that. And the best part of it is; dia yang menyedarkan aku tentang kepentingan kasih sayang dan ukhwah yg berpaksikan redha Allah ni, adalah seorang non-Muslim. Bila aku berbicara dgn dia, aku mengimpikan satu perkara. Salahkah untuk berharap untuk sama2 ke syurga dengan dia?

"Pada hari itu sahabat-sahabat karib: Sesetengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh) -43:67"

Sunday, December 12, 2010

Selamat Tahun Baru!!

In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful.
12th December 2010, 06th Muharram 1432, 4.12am.

Aku tahu ni entry panjang, nak compensate untuk a few weeks aku tak update hari tu. Please bear with it? Hari ni, genaplah sudah 15 hari blog ni sepi tanpa sebarang updates. Not that I didn't know what to write, nor that I've been too busy..just let's say, I have no heart for updating? Haha. Hari ni aku gagahkan jugak nak menaip, blog tak boleh tinggal lama2, nanti karat, pastu orang tanak datang dah sini. T__T

Kalau dulu, aku menulis bukan supaya orang baca, tapi as a medium untuk aku menghamburkan segala jenis perasaan yg terbuku. Namun sekarang, walau aku tak mengharapkan satu dunia datang jenguk blog aku, aku mengharapkan agar blog ni boleh jadi satu medan untuk aku menyebarkan dakwah. Semoga aku, sebagai orang yang menulis, dan kalian, silent ke noisy reader ke, dapat paling tidak pun sedikit pengetahuan dari blog ni.

Nak share satu ayat boleh? ^_^

"And strive in His cause as ye ought to strive, (with sincerity and under discipline). He has chosen you, and has imposed no difficulties on you in religion; it is the cult of your father Abraham. It is He Who has named you Muslims, both before and in this (Revelation); that the Messenger may be a witness for you, and ye be witnesses for mankind! So establish regular Prayer, give regular Charity, and hold fast to Allah. He is your Protector - the Best to protect and the Best to help!" -22:78

Antara ayat yg aku baru jumpa, dan terus jatuh cinta. Okay, saja nak menggedik tulis dalam English tu, sebab macam macho je baca dalam English kan? Haha. Pernah try tak, kadang2 tu tengah pegang tafsir, randomly korang bukak satu page and korang baca the first ayat yg korang nampak? Ayat ni aku jumpa dgn cara mcm tu. Time tu aku dgn kawan2 tgh down dgn satu masalah, then kat kelas Physiology kitorang main bukak2 tafsir, nak tengok apa yg Allah nak cakap kat kitorang. Dan, aku dapat ayat ni.

Bila guna cara tu, aku rasa directly Allah sedang bercakap dgn aku. Sesungguhnya hanya Allah yg paling memahami situasi, keadaan dan perasaan kita. Dan bila mana Dia mengaturkan aku untuk bukak ayat tu, dan aku mampu kaitkan dgn situasi aku saat tu, aku rasa terharu. Aku boleh tahu Allah itu ada saat tu, sedang menjaga dan memerhati aku.

And strive in His cause as ye ought to strive
Translation- Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yg sebenar-sebenarnya.

Kita; -aku- adalah seorang pelajar perubatan. In a way, aku sedang berjihad. Fisabilillah, tu yg boleh masuk dalam asnaf orang yg boleh terima korban tu. Haha. Time kasih Kak Aina dgn Kak Imah untuk daging korban. ^^ Tapi, permulaan ayat ni Allah menekankan tentang jihad yg sebenar-benarnya. Jihad saja tak cukup, kena jihad yg betul2. Betul dari segi niat, betul dari segi cara. Hidup ni, tujuan kita hanya untuk mencari redha Allah. Rugi la kalau kita study bagai nak mati tapi kita salah dari segi niat. Kan?

He has chosen you, and has imposed no difficulties on you in religion
Translation: Dia telah memilih kamu, dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama.

Subhanallah. aku sangat terkesan kat part ni. Rasa terpujuk hati. Serius kadang2 tu kita rasa susah kan, kita rasa macam dah tak boleh lagi dah nak teruskan. Pemahaman aku terhadap terjemahan part ni, bukanlah maksudnya Allah akan mempermudahkan jalan kita, tanpa sebarang ujian dan dugaan, tapi walaupun dgn seribu satu dugaan tu, kita tak akan rasa susah dan terbeban..sebab kita ada Allah. Allah bersama-sama dgn kita, Allah sentiasa dekat dgn kita, Allah sentiasa menghulurkan bantuan pd kita. Istimewanya kita menjadi orang yg terpilih kan? Allah...

and hold fast to Allah. He is your Protector - the Best to protect and the Best to help!
Translation: Dan berpegang teguhlah kepada Allah. Dialah Pelindungmu - Dia sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong.

Saja aku langkau pergi part last. Nanti panjang sgt orang malas nak baca. ^^ Sapa baca mathurat, mesti tahu ayat 2:256. Part ni mengingatkan aku pada ayat tu. Allah cakap siapa ingkar pada thaghut dan beriman pada Allah, maknanya dia dah pegang pada tali yg amat kuat yg tak akan putus. Sebab tu la Allah suruh kita berpegang teguh pada Allah kan. Jangan sesaat pun mengalihkan perhatian kita dari Allah. Jangan sesaat pun mengalihkan fikiran kita dari mengingati Allah. Sebab Allah tu, tak pernah tak ada. Allah sentiasa menimbang tara perbuatan kita, dan Allah sentiasa ada untuk melindungi dan membantu. Have faith! Kita bukan sorang2!!

Allah itu berada antara kita dan hati kita. Mintalah pada Allah agar hati kita dilembutkan, dilapangkan, disinarkan dengan cahaya hidayah, dipelihara dari maksiat dan keburukan.