25 Januari 2011, 21 Safar 1432, 2:25am.
Bukan saja2 aku letak lagu jiwang dekat blog aku, lebih kepada aku jatuh cinta kepada melodinya, lebih dari cinta aku terhadap liriknya. Melodi lagu ni boleh buat aku emo dan feeling, satu perasaan yg aku perlu untuk mengarang. Haha!
Hm, last usrah kitorang cover pasal Hadith 18. Hadith ni, asalnya adalah pesanan Rasulullah saw kepada sahabat baginda, Abu Dzar. Intipati hadith ni nak tahu bukak la sendiri Hadith 40 kan, tapi secara keseluruhannya, Rasulullah saw pesan 3 perkara:
- bertakwa kepada Allah walau di mana sekalipun kita berada
- iringi keburukan dengan melakukan kabaikan, kerana kebaikan akan menghapuskan keburukan
- pergaulilah manusia dengan akhlak yg mulia
Aku tahu, dalam aku meniti hari sebagai seorang Muslim, aku secara sedar atau tak mengguris hati mereka yg aku sayang. Tapi aku bukan psikik yg boleh tahu mereka terluka atau tidak. Kalau dorang pun pandai berlakon belagak tak ada apa2, macam mana la aku nak tahu kan. Bagitahu aku secara terang, dan aku dengan rasa rendah hati akan mintak maaf dengan korang.
Hilal Asyraf cakap,
"Ada masalah? Check balik hubungan dengan Allah. Last-last, semua masalah menjadi kecil apabila menjumpai: "Oh, rupanya aku ada hal tak selesai dengan Allah. Patutlah diuji begini dan begitu." Allah ni, dia tak akan bagi kita susah tanpa sebab. :-)"
Kak Moon cakap, "Allah tidak mendatangkan sebarang ujian dan musibah melainkan untuk mengembalikan hamba-Nya kepada-Nya."
Kak Nana cakap, "Kita buat dosa dengan Allah, kita mintak ampun, dan bertaubat..insyaAllah Dia yg Maha Pengampun akan mengampuni dan menghapuskan dosa2 kita. Tapi Allah tak masuk campur kalau salah kita adalah dengan manusia yg lain. Kita sendiri yg kena mintak maaf dengan manusia tersebut."
Aku tak suka nak mengungkit. Mengungkit tu, adalah tanda bahawa kita belum settle lagi dalam hati. Aku cuba sedaya-upaya aku untuk tak mengungkit. Aku cuba untuk jadi seikhlas mungkin, walau keikhlasan tu hanya Allah je yg tahu sama ada aku betul2 ikhlas atau tak.
Hati belum settle lagi, ye. Astaghfirullahalazhim. Aku mohon maaf kepada semua. Sila datang confront aku, bgtahu aku yang aku ada pernah buat salah kat korang, buat korang terasa ke apa..aku nak mintak maaf sementara aku masih sempat. Aku tak boleh nak pandang remeh lagi soal ukhwah ni. Ini, tanggungjawab seorang IM kepada IM yg lain. Aku mahu settle, luar dan dalam.
"Aku bukan manusia sempurna. Aku juga bukan manusia yang mengejar kesempurnaan. Apa yg aku kejar, hanyalah redha Allah..dan syurga Allah..dan kemanisan cinta Allah."
8 comments:
dah hbs eh presentation ko tu..dah stat tulis blk ni..
presentation dah. exam belum. huhu. ni sindrom dekat2 nak exam ni ^^
subaili, aku mintak maaf banyak2 eh.
shiela if i did something bad to you, please tell ah. i pun x sedar bile i hurt someone T___T
“Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai serta bersabar dengan kesakitan akibat pergaulan dengan mereka itu, adalah lebih baik dari seorang mukmin yang tidak bergaul dengan orang ramai serta tidak bersabar atas kesakitan akibat pergaulan itu” (HR Ibn Majah)
timah, kalau ada pun, aku maafkan. sbb takde la pulak aku dendam2 kat ko kau rasa. hehe.
timah, mintak maaf..mesti ada aku buat salah apa2 kan. ^^ mintak maaf ye.
sori kalau pernah buat salah =)
suhaimi: em! mintak maaf jugak ye.
aku mintak maaf jugak ye. :)
semoga allah permudahkan urusan anda. INSYAALLAH.
wani!!!!! =)
sama, aku pun mintak maaf jugak! jazakillah atas doa.
anda pun sama sayanggg. hehe
Post a Comment