Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Mengasihani.
Hari ni 23hb Januari 2011, 19 Safar 1432, pukul 1:10am.
Wahh, bulan satu dah nak habis, and this is only my 2nd entry. Pemalasnya Shiela. Haha. Ehem2, sebelum start study Biochem, and sebelum bermulanya 2 minggu paling hectic untuk tahun ni (for now), baik la aku update sikit. Hee. Kali ni tak nak merapu panjang2, cukup la nak berkongsi sebaris ayat yang dikongsi oleh sahabat tersayang dekat blog kitorang. ^^
Lapang sebelum sempit. Bila kita lapang, kita tak rasa pun kita lapang, sebab kita sentiasa disibukkan dengan hal2 duniawi yang lagha dan mengasyikkan. Bila kita sempit, baru kita perasan sebenarnya yang masa lapang kita tu disia-siakan macam tu je. Ugh, same goes to me. Astaghfirullahalazhim.
Minggu ni aku kena bagi tazkirah pasal mengeluh dan bersyukur. Tajuk nampak cliche, nampak tipikal kan? Hehe. Tapi, ramai je (termasuk aku) yang lebih menjadikan keluhan sebagai rutin harian kalau nak dibandingkan dengan bersyukur. Shielaaaaaa, muhasabah2! There is always a room for improvement. Pintu keampunan Allah sedia terbuka luas, asalkan kau tak take things for granted. *sigh* <--- see? aku mengeluh lagi. ^^
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat.""- 14:7
Jom tambahkan ni dalam doa kita semua;
"Ya Allah, masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit."
Semoga kita tergolong dalam golongan mereka yang bersyukur dan sentiasa berendah hati dengan setiap nikmat dan musibah yang ditetapkan Allah kepada kita.
- Kerana Allah itu sweet. <3> -
4 comments:
Allah itu sweet, btol 2e
yep! Allah sangat sweet. hehe
allah sgt sweet <3
yep! agreed. hehe
Post a Comment