Sunday, September 16, 2012

#207 Hari Besar Mereka.

Ehem. Ehem.

Dengan nama Allah, Tuhan yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.
Assalamualaikum wbt. 

Fuhh, it's been...about 2 months and 2 weeks since last post. Memang sungguh2 saya bercuti tahun ni, tak langsung melawat dunia maya untuk berceloteh sebagai satu cara escapism yang memang sebati dengan diri sendiri. 

Dan bila sudah lama berhenti menulis, mahu memulakan semula tu agak susah. Enjin dah berkarat. Mahu menulis, ada benda yang ingin diukirkan di sini namun tiada drive untuk menulis. Okay, itu semua alasan. 

Saat ini, 7:58am waktu Poland. Di Malaysia sana, seorang sahabat sedang kelam-kabut di LCCT. Sahabat yang bakal meninggalkan bumi Malaysia untuk bermusafir mencari ilmu hingga ke India selama lima minggu. Semoga Allah permudahkan urusan. Semoga perjalanan ini mendapat redha dan barakah Allah, dan semoga sahabat seorang ini pulang sebagai seorang manusia yang lebih baik dari segala segi. I wish I was there in LCCT. Saya pernah menjadi manusia yang meninggalkan mereka melambai di balai berlepas tapi saya belum pernah menjadi manusia yang melambai di balai berlepas. Satu hari nanti mungkin. Melambai anak yang bakal mengikut jejak ibunya belajar di luar negara? Cehh. Jauh berfikir. Namun, ameen. 


Meet my retarded bestfriend forever, fillah. Sayang banyak2 la dekat hg. For living up to my wavelength (haha). For all the arguments and the emotional days. For being you and accepting me the way I am. For being just as retarded. And for choosing medic so that I have someone to refer to in future.

Hari ini juga hari besar buat salah seorang sahabat yang rapat dengan saya. Tahniah untuk sahabat ini, akhirnya mengikat ikatan pertunangan dengan lelaki pilihan hati. Cewahh. More like, pilihan ibu yang akhirnya menjadi pilihan hati. Hehe. Style sangatlah bertemu jodoh macam ni. Orang yang bercinta dan kemudian berkahwin ni too mainstream, ye tak? And we are so not mainstream, aren't we? Eheh. Anyway, semoga Allah memanjangkan jodoh sehingga ke jinjang pelamin, seterusnya sehingga beranak-pinak, bercucu-cicit, bahagia sampai dah bongkok tua, dan terus-terusan bahagia sampai ke syurga.

Hari besar untuk dua sahabat yang banyak membantu saya menjadi saya yang sekarang. Tahniah sahabat-sahabatku. Berjaya menaiki satu lagi anak tangga dalam menjadi individu muslim yang lebih baik. InsyaAllah doa saya bersama kalian, sepertimana saya mengharapkan kalian untuk ingat menitipkan saya dalam doa kalian. 

4 comments:

Anonymous said...

Zatil dah bertunang ke?

shiela said...

eh bukan zatil la. tu kawan yg lain. =.=

Anonymous said...

haha..igtkan zatil...dah gmbar kat atas...kat bwh tulis bertunang..haha

QasehnyaRania said...

hye ..saya terjah sini =)

nway salam kenal dan saya follower bar blog akak =)
terjah sini