Monday, September 24, 2012

#208 - nonsense

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.

Assalamualaikum wbt.

#np Planetarium-Ai Otsuka

Lagu slow and sentimental. Jadi faham-faham la, ini entry emo. Hehe. Tak baca pun tak apa. 

Rindu sangat dekat Nur Zatil Aqmar Abdul Wahid. Allah. Masa dia kat Malaysia, pernah je berminggu-minggu tak contact sebab kadang-kadang dia exam, kadang-kadang aku exam, kadang-kadang saja tak nak contact. Tapi sekarang lain. Sebab kalau dia kat Malaysia, bila teringat je nak contact, bila-bila pun boleh contact. I know she's always there. Tapi sekarang lain. Dekat Facebook ada je nampak kawan-kawan dia yang sama-sama ke India tu update status and stuffs, but dia tak pernah online. Or dia online, just tak contact aku? Entah. Allah ada untuk jaga dia, kan. She is fine. Though not always, I know at least once she must have thought of me. Haha. Goshh, makan kata-kata sendiri. Dulu aku jugak pesan dekat Zatil jangan rindu aku. Ni dah terbalik ni. 

***

Aku ada seorang sahabat baik. Dia ni payah sungguh nak cakap dia sayang aku. Kadang-kadang aku terasa jugak. Aku ni jenis yang kalau aku sayang, aku suka luahkan dan aku suka tunjukkan. Tapi sebab dia yang macam ni, aku sedikit sebanyak berubah jugak. Aku masih suka meluahkan dan menunjukkan, tapi aku dah takut nak buat. Takut orang rasa rimas bila aku cakap aku sayang. Tapi pernah satu kali tu, aku cakap aku sayang dia. Dia balas, dia tahu. Itu ja cukup untuk buat aku rasa lega. Kalaupun aku dah tak cakap, dia tetap tahu aku sayang dia. Persahabatan aku dengan dia ni semenjak akhir-akhir ni macam tak berapa nak stabil. Tak la akhir-akhir sangat pun, semenjak setahun dua ni? Sebab aku makin sayangkan dia, jadi aku cepat terasa dan jealous. Tapi aku rasa apa yang aku alami sepanjang dua tahun ni perlu. Sebab semua ni buat aku lebih matang untuk handle masalah aku. Kalau dulu, bila terasa je aku tunjuk aku terasa. Tapi sebab dia, aku membesar. Dia buat aku faham kat mana practicality di sebalik kata-kata "aku sayang hg sebab Allah". 

***

Haru sungguh aku merapu. Blog ni teman setia aku. Dia jadi saksi turun naik kehidupan aku. Malah, turun naik iman aku pun dia jadi saksi. Bila aku baca balik entry lama-lama, aku boleh recall balik masa tu macam mana keadaan aku. 

***

Kalau Nadirah Hasanah baca ni: aku terharu sangat bila hg ambik berat pasal aku. Thanks, sahabat. Cuma, jangan terlalu risaukan aku okay. Aku tak rasa aku layak untuk buat hg risau. Hg dah banyak memberi, dan aku takmau lagi menerima tanpa bagi balik apa-apa dekat hg. Terima kasih Nadirah Hasanah. 

***

When it comes to promises, ada beza tak antara janji orang lelaki dengan orang perempuan? Ada tak orang yang melafazkan janji with the intention of not fulfilling it? Aku tak suka orang beri aku harapan, berjanji itu ini, sebab itu buat aku ada expectations. Dan bila harapan dan janji tu tak ditunaikan, aku sedih. Dan aku bukan jenis yang mudah lupa. Mak pernah cakap, kalau something tu jadi, Shiela ni 100 tahun pun dia tak lupa. Aku takut aku berdendam. Aku takut aku benci orang yang melafazkan janji tu.

...................

1 comments:

beinganon said...

ok fine...aku x berjanji dah lepas ni..hahaha