Tuesday, January 1, 2013

#215- Because Azam Tahun Baru Is Too Mainstream

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.

1 Januari 2013. Tak cakap pun tak apa. Rasanya satu dunia dah tahu hari ni tahun baru Masihi. Sinonim betul new year dengan fireworks. Why eh? Fireworks=celebration. New year=worth to celebrate. So fireworks=new year?

Xmas break in December. People might think I have all the time to myself during the break. Nahh, bulan Disember la tak ada satu post pun terhias di blog usang penuh habuk ni. Sibuk. InsyaAllah kalau dilihat pada perbuatan, kesibukan itu atas dasar menggunakan masa fi sabilillah. Tapi kalau dilihat pada niat...er er. No comment. Hanya Allah yang berhak menilai. Dan hanya diri sendiri yang perlu bermuhasabah. v(^_^)v

Azam tahun baru saya? Teringat-ingat kata-kata seorang ustaz tentang surah al-Ma'un. 
 ٱلَّذِينَ هُمۡ عَن صَلَاتِہِمۡ سَاهُونَ 
Penggunaan kalimah عَن instead of فِى yang membezakan maksud kedua ayat ini. 
Jika kalimah فِى yang digunakan, ayat ini akan membawa maksud bahawa Allah mencelakakan orang yang lalai dalam solatnya. Ketika solat, dia lalai memikirkan hal dunia dan hal diri sendiri. Orang2 yang sebeginilah yg celaka.

Sedangkan dalam surah ini, Allah memilih kalimah عَن yang membawa maksud Allah mencelakakan orang yang lalai antara solatnya. Ketika waktu antara dua solat, dia lalai melakukan ha2l dunia dan hal2 diri sendiri. Orang2 yang sebeginilah yg celaka.

Nampak beza? Bukan semua manusia mampu memperoleh khusyuk dalam solat. Namun tak salah untuk berusaha meraih kekhusyukan dan keikhlasan dalam ibadah kan? Jika elok solat kita, maka insyaAllah elok juga urusan kita sepanjang hari. Percaya, solat itu mampu mencegah kemungkaran!

Oh. As mainstream as I seem to be, azam tahun baru saya nak perbaiki kualiti masa saya antara dua solat. Biar berhabis dengan urusan yang Allah redha, bukan sekadar marathon tengok cerita korea! T.T
post script=sorry that i am just as mainstream. :p

0 comments: