Monday, October 28, 2013

#233 One post per month?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.


......(susun ayat, tarik nafas dalam-dalam, kumpul perasaan untuk dimuntahkan)......

2001. Ibu meninggal dunia.

2013. Saya menjejak usia 23 tahun. Not that young, not that old either. But I'm an adult. Sudah dewasa. 12 tahun saya hidup tanpa seorang ibu. A little bit more than half of my life. 

Membesar tanpa seorang ibu memberi satu impak besar dalam hidup saya. Fasa puberty tanpa ibu mengajar bertenang. Fasa suka lelaki tanpa ibu berleter menghalang. Fasa rebel yang seingat saya tidaklah saya lalui, kerana kehidupan tanpa ibu memberi saya kebebasan untuk melakukan apa-apa sesuka hati sesedap rasa. Fasa hidup sendiri dan belajar berdikari kerana itu seolah-olah the ultimate regulation dalam keluarga saya. 

Saya tidak dikongkong. Pada ayah, cukuplah saya pandai menjaga diri. Cukuplah saya buktikan dengan pelajaran yang cemerlang dan masa cuti yang dihabiskan di rumah. Saya belajar berdikari lebih awal dari rakan-rakan seusia. Saya belajar mencari kepuasan tanpa meminta-minta pada keluarga. 

Saya bebas, tidak terikat dengan peraturan dan halangan keluarga. Saya belajar berdikari, membuat keputusan sendiri tanpa bergantung pada sesiapa. 

Dan akhirnya. 2009. Saya mengenal tarbiyyah. Secara berperingkat.

2009/2010. Tarbiyyah membahagiakan saya. Ukhwah menggembirakan saya. Bersemangat seolah-olah baru melihat dunia. Saya belajar untuk berubah sedikit demi sedikit.

2010/2011. Tarbiyyah masih menyentuh saya. Namun saya hilang seketika. Berkarat. Tarbiyyah menjadi rutin yang tidak membasahkan jiwa.

2011/2012. Allah menarik saya untuk mengenal kesilapan lantas saya cuba membetulkan diri. Saya merasai perasaan tenggelam selepas mengenali tarbiyyah, lantas saya tahu saya tidak akan mahu kembali merasainya.

2012/2013. Tarbiyyah mengajar saya berkorban tenaga dan masa. Letih dan penat, namun hilang disimbah kemanisan ukhwah Mumtahanah yang sentiasa menjana tenaga. 

Kini. 

Tarbiyyah seolah-olah mengikat saya. Mixed feelings. Bukan sikap saya meminta izin sebelum melakukan sesuatu yang saya suka, namun tarbiyyah mengajar saya untuk menghormati perasaan dan perancangan yang lebih utama. Bukan sikap saya menurut kata bila hati membantah sekeras-kerasnya, namun tarbiyyah mengajar saya untuk berkorban rasa demi syurga idaman saya. 

Sacrificing the good for the greater good maybe?

Ada ketika, saya rasa seolah-olah saya terjerut. Terbelenggu. Perasaan ingin memberontak yang belum pernah saya rasa terhadap ibu atau bapa mula bermain-main di dalam kepala. Ingin memberontak pada siapa? Allah? Astaghfirullah.

Saya sakit. Menangis sendiri. Menahan rasa yang hanya Allah mampu memahami. Dan saya tahu untuk terus tsabat di jalan ini bukanlah sesuatu yang mudah hanya kerana kita menginginkannya. Ramai yang berkeinginan ke syurga, namun tak semua yang kuat mampu menempuh jalan ke arahnya. Ramai yang mula melangkah, namun tewas dek perasaan dan keinginan sendiri yang enggan dikorbankan. Jalan ini menuntut pengorbanan. Masa kita. Harta kita. Perasaan kita. Keinginan kita. Dan akhirnya mungkin juga bakal menuntut pengorbanan jiwa kita.

Namun untuk merasai syurga yang indah seindah indahnya, apalah sangat sedikit pengorbanan yang perlu kita lakukan?

Kata seorang akhawat, "Tarbiyyah itu mensucikan. Mensucikan niat dan tujuan kita dalam melakukan sesuatu kerana Allah. Mensucikan diri kita dari attachment dunia yang tidak membawa kita ke mana-mana."

Dan ujian itu bakal membawa kita ke salah satu di antara dua. Lulus, lalu darjat kita di sisi Allah ditingkatkan. Gagal, lalu terperosok di sudut kefuturan sehingga satu saat Allah memberi kesedaran. Itupun kalau sempat disedarkan. Kalau sempat.

3 comments:

scherzo-toxic said...

Hi shiela. Ehu. :]

Amalina Ali said...

I love you....moga kita bertemu di syurga kak shiela. Satu yang kita impikan, walau terpisah di m'sia nnt, tapi pada akhirnya kita berpimpin tangan bersama2 menuju ke syurganya. T.T

sHieLa said...

adzwinnn! tau tak macam mana kita tahu thats awak? by your ehu. awak je yg ehu ehu ni. hehe.

nik: i love you too. :)