"specially dedicated to my friends who are always in need and in deed..."
"Aku suka pada embun,"dia tersenyum,memandangku yang sedang keliru.
"Embun?Pelik bunyinya."
Dia mengangkat kening,"Mengapa? Kerana aku suka pada sesuatu yang biasa?"
"Jadi,ada simboliknya?"senyumannya melebar.
"Simboliknya...kita!"aku semakin keliru.
"Apa istimewanya pada setitis embun?"
Dia sekadar mengukir senyuman,"Sangat istimewa! Sebagaimana kau yang sangat istimewa buatku."
"Embun,muncul di tengah malam...apbila dinihari,ia tersejat oleh si matahari. Embun itu tidak teguh,apabila muncul cahaya,ia menghilang. Begitukah kau ibaratkan persahabatan kita?"aku tidak puas hati.
"Kau sendiri tahu,betapa aku hargai persahabatan kita. Masakan aku berfikir begitu!"senyumannya semakin menghangatkan hatiku.
"Jadi,berterus-terang saja!"dia tetap tersenyum,terus tersenyum sehingga akhirnya senyuman itu kabur sendiri di pandanganku. Dan aku terus dibawa kembali ke alam realiti.
************************************************************************************************************************
Aku rindu akan saat-saat itu. Saat aku masih dapat tersenyum dengannya. Saat aku masih dapat bertukar cerita dengannya. Saat aku dan dia masih mampu bergelak ketawa. Namun,dalam sekelip mata,keindahan yang kurasa hilang tiba-tiba. Akukah yang salah? Kerana terlalu mengikut emosi lantas aku tinggalkan dia dengan juraian air mata? Masih akukah yang salah? Kerana tagihkan hak aku sebagai sahabatnya? Tetap akukah yang salah? Apabila kau berdiam tanpa sebarang kata? Akhirnya di sinilah aku,berteleku sendirian mengenangkan tindakanku. Entah mengapa,hatiku diburu rasa bersalah membiarkan dia begitu. Kata-kataku terakhirku terngiang kembali di legar telinga.
"Terima kasih kerana kau fahamkan aku erti embun pada persahabatan kita."
Hatiku keras,terlalu terguris dengan tindakannya. Lantas aku bertindak kaku tatkala pipinya dihujani air mata.
************************************************************************************************************************
15 JULAI 2007...
Tiga bulan lalu,aku hampir separuh gila. Tiga bulan lalu,hidupku hilang tuju dan hala. Tiga bulan lalu,aku dilanda kemarau derita. Dan tiga bulan kemudian,syukurlah hidupku kembali bercahaya. Aku kembali ke laluan mustaqim,daerah kebenaran yang senantiasa membimbingku mencari sinar sebenar. Warkah bersampul biru menjadi kekuatanku hari ini. Warkah yang kutatap saban malam sebelum tidur. Warkah itu yang menjadi pendorong aku menjadi aku yang baru. Dan saat ini,warkah itu kutatap lagi. Dengan tangan yang sedikit menggeletar,aku leraikan lipatan sehelai kertas lusuh. Buat kesekian kalinya,susunan perkataan membentuk ayat yang amat mencengkam jiwa itu kubaca.
"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,
Harapanku agar DIA Yang Maha Agung melindungi kau,sahabatku tatkala warkah ini menjadi tatapanmu. Ketahuilah sahabatku,walau apa sekalipun tanggapan kau terhadapku,aku harap dengan sehelai kertas ini,aku mampu membersihkan semula lumpur yang sedikit terpalit pada persahabatan kita. Oleh itu,harapan terakhirku untukmu,tataplah surat ini sehingga ke noktah terakhir. Kau,sahabat yang aku kenali dalam jangka masa yang singkat,namun entah mengapa aku begitu mudah akrab denganmu. Kau sahabat terbaik yang pernah aku kenali. Kau sahabat yang sentiasa di sisiku dalam suka mahupun duka. Jika aku menangis,kau juga akan mengalir air mata. Jika aku gembira,kau juga akan turut ketawa. Sebelum aku mengenalimu,embun sekadar setitis embun. Muncul di tengah malam dan hilang apabila cahaya menjelma. Namun,segalanya berubah apabila engkau kukenali. Embun yang dahulunya tiada makna umpama hidup dalam satu nafas yang sama denganku kini. Embun itu suci,sesuci hubungan kita. Kau dan aku bertemu atas seutas tali takdir kerana ketentuan-NYA. Embun itu muncul di tengah malam. Tatkala dunia seakan berhenti,embun akan muncul menemani si daun. Tatkala aku dirundung duka,kau pasti sentiasa di sisi memberi semangat. Sahabat,terima kasih atas itu. Embun itu menghilang apabila muncul cahaya. Kau tahu,kelihatannya ia lemah,namun selemah manapun si embun,ia pasti akan terbit jua keesokannya. Begitulah aku ibaratkan persahabatan kita,walau apa jua cabaran yang bakal mendatang,tiada apa yang mampu menghalang embun persahabatan kita untuk muncul semula. Aku bersyukur dipertemukan denganmu. Maafkan aku kiranya tindakan aku merahsiakan penyakit yang menjadi sahabatku sebelum aku menemuimu itu tidak kau senangi. Kerana bagi aku,walau kematian sekalipun tidak dapat memutuskan ikatan antara kita yang terbina atas nama DIA Yang Maha Mencipta Kematian. Akhir kata,maafkan aku sebagaimana aku telah memaafkanmu. Selagi embun menitis,selagi itu persahabatan kita bernyawa. Wassalam."
skip to main |
skip to sidebar
Saturday, June 14, 2008
EMBUN...
Monday, June 9, 2008
nothing lasts forever....
sori la mashi...tapi memang niat aku nak nulis pasal sydney sheldon pun....
tapi tak banyak,cipuuut je kay....huhu....
among 18 novels yg aku baca tu kan,aku rasa most of them berkisarkan ttg perempuan....kebanyakan watak utama dia pompuan...dah arr nama authornye pun cam pompuan kan,sydney....kucai penah nak trick aku dlu,tapi hello....aku ni his die-hard-fan tau....huhu.....
and dalam 18 buah buku yg aku baca tu....aku rasa sheldon dah tampilkan realiti sebenar kehidupan where nobody is perfect....ye arr,slalunya kalo novel ni,hero ngan heroin mesti perfect abes arr....cam akak aku kata,watak dalam judith mcnaught's (tol ke aku eja ni???)....cam cte kartun....hero hensem,kaya....heroin lak cantik,baik gle!!!tapi maybe among all women he created,aku rasa watak dana evans lam 'the best laid plans' ngan 'the sky is falling' yg plg perfect kot....huhu....yg suma org mesti admire her strength,courage etc....lagi satu watak perfect sheldon aku rasa paige taylor,in 'nothing lasts forever'.....
aku baru je reread balik novel ni,it's about 3 women doctors;paige taylor,kat hunter and honey taft....who try to survive living in san francisco.....tak silap aku la,aku pun dah lupa....paige specialise in cardiac surgery,kat lak neurosurgery....honey lak obstetric kot....em....diorang kawan rapat sampai la...... tragedies struck their life...kat was murdered because she had fallen in love to the wrong person....paige lak dituduh membunuh seorang patient for 1 milion dolars....honey lak hampir2 wat embarcadero hospital,where they work ditutup sebab dia diagnosis a patient with cholera was instead having a bad flu....huhu.....kalo mashi baca ni...ni baru klimaks,aku tanak la tulis peleraian dia,bg saspen sket kat hg.....haha.....sheldon gak create a character yg bagi aku takda sebarang kepentingan lgsg....lou dinetto,tapi aku tetap jatuh cinta ngan watak ni....ha...lagi satu!!!pasal men dalam sheldon's creation.....slalunya watak lelaki kurang signifikan berbanding watak women except in 'the naked face' and 'the doomsday conspiracy' la....slalunya all the men mesti ada sedikit kekurangan tapi aku tetap la jugak berkenan ngan 3 watak rekaan dia....jeff stevens lam 'if tomorrow comes',jason curtis lam 'nothing lasts forever' and jeff ke john connor ntah lam 'the best laid plans' n 'the sky is falling'...pastu lagi satu,watak lawyer dalam 'morning,noon and night'...aku tak ingat nama dia...
huh...cukup kot ari ni....nanti aku merepek lagi....
Thursday, June 5, 2008
harry potter!!!
memandangkan tak bape lama je lagi aku nak masuk ke zaman study balik....so aku dah menghabiskan minggu aku ni utk wat revision ttg harry potter!! hak3....ye ar,nt dah g msu mana ada masa nak date ngan my beloved harry dah kan...
aku baca balik dari buku philosopher stone sampai arr deathly hallows....sampai kdg2 tu aku lupa makan on tym,aku tak peduli dah kat handphone aku....huhu....swonok woo hidup dlm imaginasi ni....
tapi cian kat harry,cam suma org yg dia syg,suma tinggalkan dia...
when he was 1,mak ngan ayah dia kna bunuh ngan voldemort..
aku leh imagine tau the nite,bila dia ngah main2 ngan james....gelak2...tiba2 je ayah dia hilang camtu je....and aku pk,kalo la sirius yg jadi guardian fidelius charm tu,mesti diorg hidup lg kan....
3rd year,dia jumpa his godfather,sirius...aku dpt rasa apa yg harry rasa,bila dia dah jatuh syg gle2 kat sirius,yg dah jadi cm pengganti ayah dia....tapi then sirius mati gak in his 5th year....pastu dumbledore...kat sini,no komen arr...aku tak ske sgt pun dumbledore tapi bila dia mati,suma org ingt harry potter cam dah hilg separuh nyawa....
haa....tapi aku ske time harry in 6th year...coz he fell in luv,wif ginny...
apa yg jk rowling gambarkan pasal ginny ni....dia anak last dari 7 siblings...n the only gurl...she's popular tapi dia bukan yg jenis ske merengek,manja....she's so understanding,so tough...mayb sbb tu la harry ske dia kot....haha....in 7th year,kejatuhan lord voldemort....and the end of the 4 friends...prongs,padfoot,wormtail,moony....
suma mati....sdey bila lupin dimatikan coz i liked his character though...
ha...above all,aku paling tak suka ending harry potter tau...leceh,happy ending yg ntah pape....bg aku arr....byk lg benda aku nak tau....aku nk tau harry keje apa,dia jadi auror gak ke....pastu camna hbgn dia ngan dursley,xkn la x cntct lgsg kan,bila last time,dia dah ok ngan dudley...camna lak george...hidup sorg2 tnpa fred....and apa yg bother aku most...harry was 17 bila anak lupin,teddy lahir...so 19 years later,teddy must be 19...how come dia still pegi hogwarts time tu???
erm,aku pk,jk rowling tak terpikir ke pasal tu ha???
huhh....agaknya aku sorg je paham apa aku merepek kat sini....xpe arr....nt aku nak merepek pasal sidney sheldon lak....
apa2 la,asal aku hepi ngan apa aku wat....huhu....