Saturday, June 14, 2008

EMBUN...


















"specially dedicated to my friends who are always in need and in deed..."



"Aku suka pada embun,"dia tersenyum,memandangku yang sedang keliru.



"Embun?Pelik bunyinya."



Dia mengangkat kening,"Mengapa? Kerana aku suka pada sesuatu yang biasa?"



"Jadi,ada simboliknya?"senyumannya melebar.



"Simboliknya...kita!"aku semakin keliru.



"Apa istimewanya pada setitis embun?"



Dia sekadar mengukir senyuman,"Sangat istimewa! Sebagaimana kau yang sangat istimewa buatku."



"Embun,muncul di tengah malam...apbila dinihari,ia tersejat oleh si matahari. Embun itu tidak teguh,apabila muncul cahaya,ia menghilang. Begitukah kau ibaratkan persahabatan kita?"aku tidak puas hati.



"Kau sendiri tahu,betapa aku hargai persahabatan kita. Masakan aku berfikir begitu!"senyumannya semakin menghangatkan hatiku.



"Jadi,berterus-terang saja!"dia tetap tersenyum,terus tersenyum sehingga akhirnya senyuman itu kabur sendiri di pandanganku. Dan aku terus dibawa kembali ke alam realiti.



************************************************************************************************************************



Aku rindu akan saat-saat itu. Saat aku masih dapat tersenyum dengannya. Saat aku masih dapat bertukar cerita dengannya. Saat aku dan dia masih mampu bergelak ketawa. Namun,dalam sekelip mata,keindahan yang kurasa hilang tiba-tiba. Akukah yang salah? Kerana terlalu mengikut emosi lantas aku tinggalkan dia dengan juraian air mata? Masih akukah yang salah? Kerana tagihkan hak aku sebagai sahabatnya? Tetap akukah yang salah? Apabila kau berdiam tanpa sebarang kata? Akhirnya di sinilah aku,berteleku sendirian mengenangkan tindakanku. Entah mengapa,hatiku diburu rasa bersalah membiarkan dia begitu. Kata-kataku terakhirku terngiang kembali di legar telinga.



"Terima kasih kerana kau fahamkan aku erti embun pada persahabatan kita."



Hatiku keras,terlalu terguris dengan tindakannya. Lantas aku bertindak kaku tatkala pipinya dihujani air mata.



************************************************************************************************************************



15 JULAI 2007...



Tiga bulan lalu,aku hampir separuh gila. Tiga bulan lalu,hidupku hilang tuju dan hala. Tiga bulan lalu,aku dilanda kemarau derita. Dan tiga bulan kemudian,syukurlah hidupku kembali bercahaya. Aku kembali ke laluan mustaqim,daerah kebenaran yang senantiasa membimbingku mencari sinar sebenar. Warkah bersampul biru menjadi kekuatanku hari ini. Warkah yang kutatap saban malam sebelum tidur. Warkah itu yang menjadi pendorong aku menjadi aku yang baru. Dan saat ini,warkah itu kutatap lagi. Dengan tangan yang sedikit menggeletar,aku leraikan lipatan sehelai kertas lusuh. Buat kesekian kalinya,susunan perkataan membentuk ayat yang amat mencengkam jiwa itu kubaca.



"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,



Harapanku agar DIA Yang Maha Agung melindungi kau,sahabatku tatkala warkah ini menjadi tatapanmu. Ketahuilah sahabatku,walau apa sekalipun tanggapan kau terhadapku,aku harap dengan sehelai kertas ini,aku mampu membersihkan semula lumpur yang sedikit terpalit pada persahabatan kita. Oleh itu,harapan terakhirku untukmu,tataplah surat ini sehingga ke noktah terakhir. Kau,sahabat yang aku kenali dalam jangka masa yang singkat,namun entah mengapa aku begitu mudah akrab denganmu. Kau sahabat terbaik yang pernah aku kenali. Kau sahabat yang sentiasa di sisiku dalam suka mahupun duka. Jika aku menangis,kau juga akan mengalir air mata. Jika aku gembira,kau juga akan turut ketawa. Sebelum aku mengenalimu,embun sekadar setitis embun. Muncul di tengah malam dan hilang apabila cahaya menjelma. Namun,segalanya berubah apabila engkau kukenali. Embun yang dahulunya tiada makna umpama hidup dalam satu nafas yang sama denganku kini. Embun itu suci,sesuci hubungan kita. Kau dan aku bertemu atas seutas tali takdir kerana ketentuan-NYA. Embun itu muncul di tengah malam. Tatkala dunia seakan berhenti,embun akan muncul menemani si daun. Tatkala aku dirundung duka,kau pasti sentiasa di sisi memberi semangat. Sahabat,terima kasih atas itu. Embun itu menghilang apabila muncul cahaya. Kau tahu,kelihatannya ia lemah,namun selemah manapun si embun,ia pasti akan terbit jua keesokannya. Begitulah aku ibaratkan persahabatan kita,walau apa jua cabaran yang bakal mendatang,tiada apa yang mampu menghalang embun persahabatan kita untuk muncul semula. Aku bersyukur dipertemukan denganmu. Maafkan aku kiranya tindakan aku merahsiakan penyakit yang menjadi sahabatku sebelum aku menemuimu itu tidak kau senangi. Kerana bagi aku,walau kematian sekalipun tidak dapat memutuskan ikatan antara kita yang terbina atas nama DIA Yang Maha Mencipta Kematian. Akhir kata,maafkan aku sebagaimana aku telah memaafkanmu. Selagi embun menitis,selagi itu persahabatan kita bernyawa. Wassalam."





5 comments:

Lemonades Of Life said...

emm..
cerpen yg paling aku suka wat masa ni....
aku wat ni in 2007....
tapi stil ada byk klmhn yg aku x puas ati...
aku rasa plot dia pyh nk paham sket...
cm part aku ckp "thx coz fhmkn aku mkna embun tu"
org myb akan slh tfsr....
surat from shbt tu pun aku try nk wat smthng yg touchng tp xdpt...
tajuk ni aku dpt from a fren's name....well,u knw who...

amirahsamat said...

happynyerr ade gamba aku kt situ..
mish u dear..

aleensie said...

shiela! k.aleen nih! add la sayer lam link awak =D

Lemonades Of Life said...

mashi, because u are of the friends i treasure most.. =)

Anonymous said...

u know who? voldemort ke? haha