Monday, December 7, 2009

..::PeoPLe CoMe & PeoPLe Go::..

Takziah untuk Kak Dina atas pemergian insan tersayang. Saya tahu Kak Dina akan tabah menghadapi ujian Allah ini. Sebab Kak Dina bukan insan biasa. Kak Dina insan istimewa; istimewa di hati saya. Kerana Kak Dina adalah insan yg membuka hati saya tentang persaudaraan sesama Muslim. Kak Dina adalah insan yang menyedarkan saya ttg hubungan kekeluargaan sesama Muslim. Kerana itu Kak Dina adalah insan yg istimewa. InsyaAllah, akan saya upload gambar mereka yg menjadi keluarga saya di Bumi Poland ini; kalaupun tidak sekarang, satu hari nanti.

Dan apa yg terjadi buat saya terfikir sejenak. Dan sudah tentu mengingatkan saya pada seorang insan yg juga istimewa pada saya. Seorang insan yg juga sudah pergi menemui TuhanNya. Dan menyedarkan saya, kita tidak akan pernah tahu apa yg berlaku kelak. Walaupun dalam tempoh sesaat selepas ini juga kita tidak akan tahu apa yg bakal berlaku. Kita bukanlah makhluk yg mampu merangka dan melaksanakan segalanya, bukan? Kita makhluk lemah, yg memerlukan pegangan sbg rujukan. Dan bersyukurlah jika pegangan itu adalah islam, agama yg diredhai Allah.

Saya kurang berfikir ttg ini. Tetapi kejadian yg menimpa Kak Dina membuatkan saya terfikir ttg ini. Tentang 18 hari dari hari ini. Tentang 25hb Disember. Bukan sambutan Krismas, tetapi sambutan kelahiran ibu saya yg ke-55; jika ibu ini masih hidup. 8 tahun bukan? Rasanya baru sebentar ibu ini pergi, tetapi masa takkan pernah menipu. Saya sudah byk berubah sepanjang 8 tahun ini. Saya sudah dapat 5A dlm UPSR. Saya sudah dapat 8A dlm PMR. Saya sudah dapat 10A dalam SPM. Dan tiada satu pun yg saya sambut dgn ibu ini. Mungkin satu-satunya kejayaan yg saya sambut dgn ibu ini adalah PTS. Tapi, maafkan saya ibu, saya kecewakan ibu. Saya belum bersedia ketika itu untuk meninggalkan rakan2 sebaya.

Dan apa akan ibu kata pada hari ini jika ibu ini masih hidup? Banggakah dia dengan saya? Rindukah dia pada saya? Mungkin saban hari akan menangis teringatkan anak bongsu yg manja ini. Kerana itulah ibu ini. Mudah tersentuh. Mudah menangis. Penyayang. Ibu yg tak berpelajaran tinggi tetapi sanggup menemani anaknya sehingga ke pagi utk menyiapkan kerja sekolah Pendidikan Seni. Ibu yg memuji lukisan Mickey Mouse anaknya yg dilukis senget dan diwarna terlalu gelap. Ibu yg menyebelahi anaknya ini dgn menyokong N'sync dan bukan Westlife. Ibu yg menyanyikan lagu "Bangau Oh Bangau" sambil menyisir rambut anaknya yg tak suka menyisir rambut. Ibu yg berkata, "Kalau kita ambik satu hak orang, nanti Allah ambik 10 hak kita balik" ketika anaknya ini terjumpa syiling 10sen di tengah jalan. Ibu yg saban hari mencium pipi anaknya sebelum ke sekolah. Ibu yg saban tahun hadir ke sekolah melihat anaknya menerima anugerah. Ibu yg tolong memasangkan kelambu dan menemani anaknya lena. Ibu yg setiap hari Sabtu akan membelikan laksa dan ais kacang dari Nat Balai Baru. Ibu yg tahu anaknya suka makan sayur yg dinamakan gitu-gitu sebab anaknya minat Saiful Apek ketika itu.

Saya rindu masakan ibu ini. Saya rindu ciuman ibu ini. Saya rindu melihat keputihan wajah ibu ini. Saya rindu membelai rambut ibu ini. Saya rindu pelukan ibu ini. Saya rindu kata-katanya yg penuh kasih dan sayang. Saya rindu hilai tawa ibu ini. Saya rindu segala-galanya ttg ibu ini. Saya sangat rindukan ibu ini. Sangat sangat sangat.

11 comments:

nasyrah ash said...

shielaaaa...nanges.huhu.
kau inspirasi aku.sungguh.
aku syg ibu kau.

sHieLa said...

hee....
dolly dolly dolly dolly!!!
rindu rindu rindu rindu...
eheh..ak sayang ibu ak..
ak sayang mummy ko gak...
ak syg mak semua org...
ngeh3..(^_^)

amirahsamat said...

shiela .
be strong babe .
ur mom is surely smiling looking where u are now . =))

NaZZy Hall said...

was planning to write this on the eve of christmas...

shahida.zahar said...

terbaik!..nak bg kudos r..
dziewięćset dziewięćdziesąt dziewięć kudos!
sorry smpai situ je baru blaja..
aa..shiela kental!

sHieLa said...

mashi-thanx sayang..harap2lah gitu..heheh

abang-aaa,ak lagik cepat!! xpa2,ak tungu version budak teater plak,ni amatur jek..haha

shida-oihh,apa speaking polish ngan ak nehh??ngaaa...ak pn xblaja smpai 900 lagik,kna translate tau x..hailohh

C L J said...

Dalam kehidupan ini ada orang datang dan pergi. Ada yang pergi meninggalkan kenangan; ada yang pergi meninggalkan luka; ada yang pergi tanpa meninggalkan apa apa. Nilailah.

sHieLa said...

To CLJ;-
speechless sebearnya. Tp mmg betullah mcm tu. hee~

Anonymous said...

huhu,,sdey kot bace..
teringat sgt tme drjh 6 dlu..
papepon,goodluck 4 ur study yup..
gonna miss you~

aina said...

huhu,,sdey kot bace..
teringat sgt tme drjh 6 dlu..
papepon,goodluck 4 ur study yup..
gonna miss you~

sHieLa said...

hee...
thanks aina..
miss you too