Sunday, February 28, 2010

=)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Perbincangan hangat dekat Skype antara saya dgn Tishu. Haih, baru discussion dua orang, tapi tetap menemui jalan buntu. Dia suruh saya activate Facebook. Kalau saya activate dia akan publickan wall dia untuk saya. Kalau dia publickan wall dia untuk saya, saya kena buat brute application apa ntah. Kalau saya buat brute tu, dia kena update blog. Berjela-jela panjang syarat. Haha. Akhirnya, satu pun tak jadi. Teringat cerita Kak Dina pasal solat asar tu. Waktu Kak Dina tanya tu, discussion antara 4 orang je; saya,Pdah,Yuyu and Fadh. Tapi masing2 ada pendapat sendiri. Jadi apa yg saya dapat, jgn expect semua orang akan setuju dgn tindakan kita, sbb people do have different point of views kan. Sometimes kita kena terima pandangan orang, ada masanya kita kena tetap dgn pendirian kita. Susahnya kan hidup ni, sbb takde guideline yg betul2 clear, semuanya bergantung pada situasi. Sedangkan dalam Al-Quran pun Allah cakap bertanyalah pada yg lebih tahu, Allah sendiri menganjurkan kita untuk mempertimbangkan pendapat orang lain bila kita buntu, kita tak tahu.

Semalam usrah lagi. Fadh masak ayam masak sambal. Yuyu buat mashed potato. Kak Dina, Kak Wani and Kak Yana datang dgn cheese cake. Hee. Pdah nampak sgt tak sihat, lemah je. Harap2 Pdah cepat sembuh ye. Tak seronok bila ada yg sakit, nak keluar ke mana2 pun takkan cukup 4 org. Tak best. Yuyu dgn Fadh pun cepat2 la sembuh ye, jangan la batuk2 lagi, jangan la nak pitam lagi. Saya maybe nampak mcm tak care. Sebab saya tak tahu macam mana nak care. Dulu kat sekolah ada kawan saya seorang ni kena sengat dgn penyengat ke tebuan entah. Orang lain semua pergi tolong dia, tanya khabar dia, tengok2kan dia. Saya pulak lari pergi kelas and menangis sorang2 kat kelas sbb tak sanggup tgk kawan saya tu dalam kesakitan. Shiela, nanti kalau anak yg sakit nak buat apa?? Ouh takpe, time tu insyaAllah dah jadi doktor yg dah dapat sijil. =)

Semalam Kak Dina sentuh pasal Hadis 12 daripada himpunan hadis 40 Imam Nawawi. Hadis tu pendek je;
Daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata : Rasulullah telah bersabda, "Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya."

Hurm, first time dengar rasa biasa2 je. Takde la terfikir apa2 pun. Tapi lepas dihuraikan oleh Kak Dina, (kenapa Shiela kalau nak faham sesuatu mesti kena dihuraikan terlebih dulu ye?) memang la rasa macam batu dari Bukit Chuping dekat rumah As tu tertimpa kat kepala satu. Sejibik kena kat diri sendiri. Contohnya kan, mmg semalam guna contoh ni pun kat usrah. Memang kena la sbb contoh ni mmg betul2 berlaku kat diri sendiri. Saya deactivate Facebook. Alhamdulillah, meninggalkan perkara yg tak berfaedah la tu, dah menunaikan tuntutan Rasulullah kan. Bukan nak kata Facebook tu benda lagha ye, nak kata kat sini saya yg terlalu attached dgn Facebook sampai Facebook tu dah jadi benda yg melaghakan bagi saya.

TETAPI, kenapa saya deactivate Facebook?? Sebab waktu tu saya tgh stress dgn Mastercard saya, ada masalah sampai tak boleh beli tiket flight balik Malaysia. Haihh. Kat mana la agak2nya yg nampak macam saya meninggalkan benda tak berfaedah tersebut sebab saya nak mencari keredhaan Allah? MashaAllah. First step lagi saya dah terpesong! Saya langsung tak fikir pun time tu; saya deactivate Facebook ni sebab benda ni melalikan saya dari mengingati Allah. MashaAllah. Agak2 Allah terima tak perbuatan saya tu? Sepatutnya, untuk meninggalkan sesuatu yg tak berfaedah untuk diri saya, saya kena ikhlaskan niat kerana Allah, bukan kerana tuntutan nafsu atau tuntutan dunia ke apa. Astaghfirullah, saya tergelincir at the very first step lagi. Dan betul la Allah tu Maha Penyayang, halus je cara Allah tegur saya, Allah letakkan Kak Dina sebagai pengantara untuk menyedarkan saya. Allah masih sayang saya kan? Allah tak terus biar saya tergelincir.

Surah ke-50, ayat 18.
"Tidak ada suatu kata yang diucapkannya melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang selalu siap (mencatat)."

Bila baca je ayat ni, saya teringat satu perbincangan yg saya dengar kat radio waktu kat Perlis dulu. Ustaz yg berceramah tu kata, bayangkan yg setiap pergerakan kita ni dirakam. Kat sisi kita sentiasa ada CCTV yg rakam perbuatan kita. Kita mandi pun kena rakam. Kita mengigau tgh malam pun kena rakam. Kalau la CCTV ni kita boleh nampak, agaknya tiap2 hari pun kita duduk diam je, nak korek hidung pun takut. Tapi tu la hakikatnya, memang ada CCTV tgh rakam kita, yg lainnya sbb kita tak nampak CCTV tu, so kita berpura-pura tak tahu. Berbalik pada ayat kat atas, even saya sekarang ni yg tengah melalak sorang2 menyanyi lagu Always Be There ni pun malaikat catat. Kita rasa macam, "What's the point la benda2 kecik camtu pun nak catat? Bukannya aku kutuk orang pun." Tapi, kita tak tahu, the slightest action yg kita buat tu mungkin ada saham yg bakal memberatkan neraca al-Mizan kita nanti.

Kita tahu malaikat sentiasa mencatat segala-galanya tentang kita, percakapan kita, perbuatan kita, even niat kita sekali pun! Persoalannya, kita nak malaikat Raqib ke Atid yg lagi banyak bekerja?? Kita tahu setiap apa yg kita buat ada saham kat akhirat nanti. Persoalannya, neraca al-Mizan tu kita nak berat ke sebelah mana ye? Astaghfirullahalazim. Kadang2 tu kita tak sedar, kita lalai sekejap, kita lupa. Cepat2 la kita lari balik ke pangkal jalan, semoga Allah masih terima taubat dan ampun kita. Allah sentiasa sayang pada hamba-hambaNya. Persoalannya, adakah kita pun sayang Allah macam Allah sayang kita? Berapa besar cinta kita yg kita simpan untuk Allah? Astaghfirullah, semoga meresap jugak la even sikit pun keinsafan ke dalam hati saya yg degil ni.

13 comments:

Nur Yana said...

weh, np mesti amik cth Bukit Chuping gak.. amik r bukit keteri ka, bukit air ke, mn2 g rr.. nieh msti kes nk famouskn aku.. weh, takot aku dengaq.. insaf la jp.. tp aku xtau la apsal hati aku keras skrg.. pasnie msti aku jht balik.. org tgk pown tau ckit2 hidayah tu Allah tarik.. n bru fhmla aku np ang deactivate account fb.. tp ang ak activate balik kn.. papepown keep on blogging coz entry2 ang yg pnh aku bc b4 nieh xbnyk, sedikitpown mmg wat aku rs.. xtau nk ckp cmne.mgkn insaf mgkn sedar kott. n keep on going usrah. aku tarik dr dari usrah last few weeks n korg kt sana plak sll usrah. malu. dkt tmpt sndri plg bnyk n sng peroleh program keagamaan lg aku nk lari sdgkn korg yg susah, take time usahakn n brkongsi.. emm.. take care.. xtau nk ckp apa dh.. salam

Lemonades Of Life said...

haha. mmg sbb nak publisitikan hg pun. tu pasal amik bukit chuping. hahah. as, kita semua mana ada yg perfect kan. hg jgn tanya kenapa hg rasa hati hg keras. hg patut usaha untuk ubah. insyaAllah ada jalan dia weh. akan ada, Allah takkan tinggal kita sorang2 tak tau nak buat apa. Allah akan bg jalan penyelesaian kat kita, how and when je kita tak tahu. rahmat dan hidayah Allah ni banyak as, Allah yg cakap mcm tu. Terpulang pd penerimaan kita je cmna.

ayu toink2 said...

shiela..aku da rep cmment hang..jgn lupa jawab ape yg aku tnyer 2 taw..

ayu toink2 said...

shiela..aku da rep cmment hang..jgn lupa jawab ape yg aku tnyer 2 taw..

Lemonades Of Life said...

haha. takut nak bukak baca. ahaks~

ayu toink2 said...

eleh..wei..aku da wat cm hang wat...yang peliknyer xleh..dulu boleh..kan ade text 2 display n link to..aku tulis ke ..link to web yg aku nak link kan..da link gamba ilnag n tinggal link 2 je yg ade.ke laptop kawan kau yg mengong.coz ade block ape tah tbe2 kua..laptop aku xde lak tulis cm2..ni pnjam laptop die coz laptop aku kat kdai

ayu toink2 said...

eleh..wei..aku da wat cm hang wat...yang peliknyer xleh..dulu boleh..kan ade text 2 display n link to..aku tulis ke ..link to web yg aku nak link kan..da link gamba ilnag n tinggal link 2 je yg ade.ke laptop kawan kau yg mengong.coz ade block ape tah tbe2 kua..laptop aku xde lak tulis cm2..ni pnjam laptop die coz laptop aku kat kdai

Anonymous said...

bagusnya hg...mcm setiap masa ada org tolong ingatkan pasal benda2 mcm ni..aku pun dah lama lupa pasal benda ni...thanks a lot..

Lemonades Of Life said...

tu la pasal. ak syukur sgt la dpt fly datang sini. ada hikmah dia. kalau ak duduk kat malaysia, siyes ak rasa dah gila jauh dah ak sesat. huhu.

Anonymous said...

nampak sgt kat malaysia ni ramai yang sesat...haha

Syamil said...

aik..aku deactivate fb dulu2..
hg bising2 kat aku..
suruh aku buat balik..nak contact senang..mcm2 la..
skarang hg yang diactivate..
apa macam ni dude???

anyway..facebook ni macam game r..
kalau pandai control..pandai r..
ni sampai setiap status nak comment..agak semangat r..nsihat aku..activate la facebook.. =P

and biler nak add kawan..
pilih kawan..jgn main taram semua orng.. =D

hg hutang aku satu account facebook.. =P

Lemonades Of Life said...

subaili: weh, aku tak kata kat malaysia ramai org sesat. adoyaii. ak kata aku yg sesat. byk hikmah ak fly mai tempat hulu ni. huhu

syamil: haha. kena hentam lagik! hee. yup2, aku hutang hg satu account fb. aku akan activate balik insyaAllah, tp xtau la bila. hee.

Lemonades Of Life said...

bukan sesat, kurang prihatin je weh. huhu