Monday, February 8, 2010

Tak Tahu Tajuk Yang Sesuai. Lantaklah.

Jangan risau kalau tiba-tiba kau jadi speechless sebab kau memang takde idea nak cakap apa. Tapi tolong la risau kalau tiba-tiba kau jadi speechless sebab kau takut apa yang kau cakap tu tak sampai pada expectations orang yang mendengar.

Sebab tu la apa aku rasa sekarang. Aku takut orang tak berkenan dengan cara aku. So aku lagi suka berpura-pura baik. Aku takut orang tak setuju dengan perbuatan aku. So aku lagi suka buat benda tipikal yg orang lain buat. Aku takut orang tak boleh terima diri aku sebenar. So aku lagi suka belagak hipokrit.

Jadi, dapatlah aku simpulkan kat sini yg aku ni ada self-esteem yg sangat low yang dah nak dekat mencapai tanah dah. Aku risau dengan pandangan orang terhadap aku. Astaghfirullah, Shiela! Tadi baru je usrah. Sentuh surah an-Nahl, ayat 71. Allah cakap;

"Dan Allah melebihkan sebahagian kamu atas sebahagian yang lain dalam hal rezeki, tetapi orang yang dilebihkan (rezekinya itu) tidak mahu memberikan rezekinya kepada para hamba sahaya yang mereka miliki, sehingga mereka sama-sama (merasakan)rezeki itu. Mengapa mereka mengingkari nikmat Allah?"

Sekali baca, sumpah aku tak rasa apa-apa. Tapi lepas tu Kak Dina and Kak Wani elaborate. Then baru rasa sebijik kena kat kepala. Tak payah tengok sampai habis ayat tu, tengok 12 perkataan pertama pun aku dah konfem2 jatuh tersungkur tak mampu bangkit dah. Betapa halus dan telitinya Allah tu. Setiap apa yg aku buat Allah nampak. Sedangkan time aku tulis ni pun Allah je yg tahu apa yg ada dalam hati aku sekarang.

Shiela, Allah dah cakap dah. Rezeki semua orang tu tak sama. Ada yg Allah bagi lebih, ada yg kurang sikit. Dan aku tak faham kenapa aku masih perlu ambik kisah dengan pandangan orang terhadap diri aku. Bukan ke pandangan Allah terhadap aku yg matters? Sumpah aku rasa susah. Susah untuk ignore je pandangan orang. Susah untuk tak ambik peduli apa orang kata. Tapi Shiela, kadang2 tu kau tak perasan. Kadang2 tu kau lebih pentingkan pandangan orang dari pandangan Allah.

Astaghfirullahalazim. Shiela! Mana perginya prioriti kau? Agak2 kat mana la level iman kau waktu tu? Aku rasa bodoh kot. Rasa macam orang perangai macam aku ni wujud zaman Jahiliyyah je, zaman sebelum Nabi Muhammad sampai. Shiela, layak ke kau jadi umat Nabi Muhammad macam ni? Aku sendiri pun malu nak mengaku aku adalah umat Nabi Muhammad. Apa yg aku dah buat untuk melayakkan aku terima syafaat Nabi Muhammad kat akhirat nanti? NIL.

Okey. Aku tahu aku melalut. Aku tahu aku merepek. Tapi for a while, aku rasa nak bukak kejap segala apa yg aku pakai depan orang. For a while, aku nak jadi diri aku kejap. Aku nak spill apa yg aku tengah rasa sekarang. Aku rasa serabut. Dan aku harap rasa serabut ni sebab Allah nak aku banyak2 ingat Dia. Tapi tu la aku. Bila dah serabut, bila dah sedih, bila dah down, baru nak ingat Allah. Tak guna kau pegi usrah Shiela kalau macam tu. Tak guna kau pergi seribu daurah, seribu MABIT, terima seribu ISK sekali pun.

Sebab what matters, is inside you. Sebab every single second, Allah je yg tahu apa isi hati kau. Sama ada kau ikhlas ke tak. Sama ada kau riak ke tak. Sama ada kau pretend ke tak. Shiela, istighfar. Shiela, bertaubatlah wei.

Aku tahu bahasa aku kasar. Tapi, ni la aku.

4 comments:

Anonymous said...

aku x rasa hg ada low self esteem...

Lemonades Of Life said...

agaknya sbb depan orang ak blgak tough and konfiden kot. tapi sbnanya tak. huhu

iLiAiSyAhkaDir said...

pandai belagak... akak kan dah cakap... nanty kalo satu mase kite mmg akan rase low self esteem.. once u down.. balik kat pencipta kita.. that the most precious way to heal balik energy..
shiela try peace ur mind... think positive way

Lemonades Of Life said...

hurm. thanks kak ili.
kadang2 tu kan, rasa cam nak mintak dekat Allah pun jadi malu. rasa cam tak layak je nak mintak2 ni, padahal ibadat entah ke mana. astaghfirullah~
thanks ye kak ili sayang..hee