Friday, January 6, 2012

#186-2012

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.

Blog ini telah diprivatekan for a few days, and now it's back on public. Blog ini menceritakan liku-liku hidup saya sejak 2008 sehingga sekarang. Blog ini sebahagian daripada catatan penting dalam hidup saya. Blog ini mengisahkan cerita yang datang dari hati, akal dan emosi. Dan insyaAllah, blog ini akan terus menjadi sebahagian daripada saya.

A few days on hiatus in this heartwarming 2012, saya menghadapi sedikit masalah perasaan, yang saya tahu dengan sepenuhnya jalan keluar untuk itu, namun saya degil untuk bergerak keluar darinya. A problem of a tough battle between black and white, good and bad, hidayah and jahiliyyah.

Saya tidak bangga mengatakan masih ada sisa jahiliyyah dalam diri sendiri, yang sukar benar untuk dikikis. Dan saya juga tidak bangga mengatakan alasan sukar itu tak akan membantu saya berhujah di hadapan Allah di akhirat kelak. Saya tidak bangga mengakui bahawa saya rasa berat dan terbeban untuk mengorak langkah pertama keluar dari kepompong jahiliyyah ini. Dan saya juga tidak bangga mengakui bahawa peperangan ini, konflik dalaman dalam diri ini adalah amat hebat sehingga mengganggu emosi saya, sekali gus dakwah dan tarbiyyah saya,

Dan untuk itu, saya dengan rendah hati memohon doa sahabat2 yg membaca.

"Ya Allah, permudahkan urusan aku, dia dan kami semua. Jika ujian yang Kau pilih untuk ditimpakan ke atas aku, dia dan kami semua, maka Kau jadikanlah itu ujian yang mendekatkan aku, dia dan kami semua kepada-Mu. Dan jika nikmat yang Kau pilih untuk ditimpakan ke atas aku, dia dan kami semua, maka Kau jadikanlah itu nikmat yang juga bakal mendekatkan aku, dia dan kami semua kepada-Mu. Mencintai-Mu itu yang paling utama, mencari keredhaan-Mu itu pula bukanlah yang kedua. Cintailah kami, pandanglah kami, istiqamahkan kami di atas jalan yang Kau redhai." Amin ya rabbal alamin.

7 comments:

-akhawat fillah- said...

'Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?' (29:2)

Allah itu creative. UjianNya dtg dlm macam2 pakej. Lepas ujian, pahala dtg insyaAllah =)

cahaya cinta said...

Allah...smoge kita smua sentiasa thabat dlm perjuangan...meme susah nk menentg masalah hati ni kan...huhu...tp ia bkn mustahil..insyaAllah...

Lemonades Of Life said...

jazakumullah khairan katheera untuk akhawat fillah dan cahaya cinta. jzkk untuk peringatan. InsyaAllah, ujian itu akan sentiasa ada, cuma mampu berusaha dan mengharap we will be able to pass the test with A+ ^_^

shhh....skst said...

Semoga terus sabar dan tabah melaluinya.. Pastinya shiela tidak keseorangan dalam melalui ujian yang ditentukan Allah..

Lemonades Of Life said...

shhh...skst: nice nickname ^^ thanks for everything :)

nina said...

sesuatu ujian akan terus berulang-ulang selagi kita tak selesaikannya dan move on.. marilah kita sama2 selesaikan satu persatu ujian jahiliyyah kita supaya boleh terus melangkah

Lemonades Of Life said...

nina: InsyaAllah insyaAllah insyaAllah. huhu. be my support system nina, jom tinggalkan jahiliyyah kita! :)