Saturday, December 24, 2011

#185-What's your bucket list?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.

Kalau kat Malaysia sekarang pukul 6.30am. Happy Birthday Mak. :) Birthday Mak yg kesepuluh lepas Mak meninggal, maknanya dah sepuluh tahun tepat Mak tak ada. Cepatnya dah sedekad dah rupanya. Hehe. InsyaAllah, adik cuma boleh kirimkan doa untuk Mak dari sini, semoga Mak berada dalam rahmat dan redha Allah.


Dulu masa Form 3, aku ada buat list impian yg aku nak capai sepanjang aku hidup. Entah apsal tiba2 hari ni teringat nak bukak balik benda tu. Ada yg alhamdulillah dah tercapai, ada yg belum dan insyaAllah akan dicapai, ada jugak yg mengarut entah apa2 je aku dulu ni. Dan masa tu aku suruh kawan2 aku list jugak impian dorang. Dalam banyak2 yg dorang list tu, salah satu impian Nora yang paling aku ingat. Nora nak islamkan sekurang-kurangnya seorang manusia. Entah macam mana la Nora sekarang ni, harapnya ko berada di jalan yg bakal memudahkan ko untuk mencapai impian tu. :)

Hm, tak salah kan untuk berimpian? ^^ Tadi baca artikel dari Langit Ilahi. Quoting Hilal Asyraf, he said; "Dari saya terus 'menghumban'kan orang ke dalam neraka, menyatakan mereka tiada harapan, saya lebih suka mengajak manusia pergi ke syurga Allah, dan memberikan mereka impian."

Yup, sedangkan orang yg berdosa pun masih Allah bagi ruang untuk bertaubat. Allah bukakan pintu taubat, agar mereka (dan saya dan anda) berimpian untuk diampunkan Allah, agar kita bergerak menunaikan ibadah untuk mencapai impian kita.

Uhm, sebagai seorang Muslim, kita semua ada ghayah yg sama kan? Matlamat/Destinasi akhir, yakni Allah. Matlamat kita keredhaan Allah, destinasi kita syurga. InsyaAllah. Tapi hadaf jugak penting. Matlamat jangka pendek. Matlamat dalam hidup yg kita cuba capai, yg kita harap ada nilainya dekat akhirat nanti. Matlamat dalam hidup yg semakin mendekatkan kita untuk mencapai ghayah kita insyaAllah.

Jadi, sebelum kita nak berimpian dan bermatlamat, clearkan hati dan perasaan..fikir betul2 apa hadaf kita. Bermanfaatkah impian kita untuk kegunaan dekat akhirat nanti? InsyaAllah, bukan setakat sembahyang puasa je dapat pahala. Menangis pun boleh dapat pahala. Tidur pun boleh dapat redha Allah, kalau kena cara dan hadafnya. ^^


Salji masih malu2 kucing nak turun tahun ni. Seronok la Mashi dengan Nada tour UK, snow tak lebat. Hehe. Semoga Allah permudahkan perjalanan korang, dan semua yg bermusafir mencari redha Allah winter break ni. Aku dengan Fadh je setia jadi penunggu Fatihah w Lodzi. Habis cuti 2 minggu, gemuk aku. Hari ni Fadh buat tiramisu and roti canai. Nanti katanya nak buat laksa pulak. Aku? Aku tolong makan je. ^__^

3 comments:

waniawin said...

sedapnye tiramisu! balik buat kat aku! haha.

crazyhorsea said...

bucket list...tak pernah tulis tapi terfikir je...sampai sekarang jadi list je..tak pernah tercapai..nak putus asa je.

sHieLa said...

wani: hehe. ak tak blaja buat pun, fadh yg buatkan ^^

subaili: bucket list adalah tanda org yg ada impian. heeee.