Saturday, December 17, 2011

#184 - Sahabat

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.

Hari ni sahabat tersayang dedicate lagu untuk aku. Allah, terkembang-kembang hati kejap. Bertambah-tambah sayang aku dekat dia. Hehe. Walaupun rasa macam aku tak layak untuk digelar seorang sahabat pun, tapi ketahuilah that song dedication means a lot to me, sahabat :)




Seorang Narshiela Saad ni, orang kata adalah orang yg sangat mementingkan persahabatan. Realitinya aku sendiri pun tak pernah tahu. Aku pernah menyayangi sahabat, dan aku pun pernah melukakan hati sahabat. Aku pernah menangis kerana sahabat, dan aku pun pernah bergaduh kerana sahabat. Aku dah rasa bukan yang manis2 je, yg masam pahit semua ada.

Walau pengalaman aku dalam arena persahabatan ni tak sehebat pengalaman orang lain, tapi tak ada orang pernah mengalami pengalaman yang sama macam aku, yg membentuk aku jadi aku macam hari ini.

Thanks Wani. Satu penghargaan untuk aku bila hg dedicate lagu ni utk aku. Serius happy sangat sangat rasa nak melompat2 je kalau tak memikirkan aku skrg dah jadi anak dara kan. :p Lama dah aku berkawan dgn hg, tapi apsal la bila dah habis sekolah baru aku kenal hg, baru aku rapat dgn hg. Ruginya perkenalan sejak darjah tiga dulu, sebab kalau aku sayang hg dari dulu the way aku sayang hg sekarang, mesti kita lagi banyak gaduh, yg boleh simpan buat kenangan. Hehe. But after all, tak kisah la. Percaturan Allah tetap yg paling baik. Walaupun terlambat sikit, Allah masih mengizinkan aku untuk hadir dalam hidup hg.

September 12th 2011, 11:46pm Malaysia time : I received a text saying, "U'll never lose me. InsyaAllah. Though I acted or sounded very angry towards u that doesnt mean i hate u ok?" Aku malas delete message dlm inbox sbb tu text ni ada lg dalam inbox. Tapi hari ni, I'm glad that I didn't delete it. Sebab aku percaya kata2 orang yg bagi text ni dekat aku. Bila aku rasa macam aku dah hilang hg, atau rasa aku dah makin jauh dari hg..aku baca text ni. Losing bukan bermaksud tak contact kan. Harapnya dalam doa hg aku masih wujud.

Normal la kalau berkawan tu mesti ada terasa hati tergaduh semua. Tapi dengan dia ni, memang aku penah bergaduh besar, yg sampai satu tahap aku rasa tak ada apa yg aku buat yg akan mend the situation. Tapi Allah masih mahu dia ada dalam hidup aku. :) I shall say, yg aku dan dia ini dah ada hidup masing2, tapi somehow..walaupun jarang contact, aku tetap kena tahu yg dalam hidup aku, seorang dia ini tetap kena wujud. Dia tetap kena jadi sebahagian dari hidup aku. Tak kira la dia ada peranan ke tak dalam hidup aku, dia tetap perlu ada. Tak kira la aku contact dia ke tak, dia kena jugak ada dalam hidup aku. No matter what :)

Sejarah persahabatan yg bagi aku, unik. Perkenalan aku dengan dia, bagi aku sangat sangat istimewa. Keluar je dari Jenan, aku cakap kat diri aku, "sampai aku tua sekalipun aku takkan jumpa sapa2 yg akan mengingatkan aku dekat dia ini, sebab dia ini one of a kind..satu dlm infinity." And she indeed is. Fikrah yg sama buat aku carik dia bila aku rasa down di atas jalan dakwah dan tarbiyyah. She's miles away, but somehow she's so close at heart.

Entry ni nampak macam pening. Sebab mmg entry impromptu. Aku taip tanpa fikir, and spontaneously and instantaneously. Bila Wani dedicate lagu ni kat aku, aku automatic teringatkan 4 orang sahabat yg sama2 membesar dgn aku dekat Jenan dulu. 4 paragraphs di atas adalah tentang dorang ^^ Yang first tu pasal Wani, yg kedua ketiga keempat tu saja tak sebut nama. Kalau tuan punya badan baca, maybe dia boleh discover sendiri yg aku sedang bercakap tentang dia. ^__^


4 comments:

waniawin said...

"U'll never lose me. InsyaAllah. Though I acted or sounded very angry towards u that doesnt mean i hate u ok?"

sp yg ckap ne? alaaa nak tau!

Lemonades Of Life said...

haha. someone you know very very well ^^

waniawin said...

very very well? tak tau lah ap yg aku fikir ni betul ke tak org tu. haha

Lemonades Of Life said...

haha. sapa? ^^