Wednesday, December 14, 2011

#183 - Muse.

In the name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful.

Let's see. It's December 14th today, exactly at 2:35am right now. I am supposed to be studying for my pathophysiology test this coming Thursday and yet, here I am. Rambling. Nak buat macam mana, studying Diabetes up to its molecular basis is so not as interesting as blogging, so I'm saying. ^^

Well, since the mood is here, I am thinking of responding to this question.

"dan sepanjang pemuda ini tidur, rasa-rasanye lah kan ape dah berlaku kat tamadun tu? maksud saya ape jenis dakwah, revolusi, method atau ape saje cara sehinggakan islam tertegak dengan begitu indah? bagaimanakah perubahan itu berlaku sedangkan pemuda2 yang membawa risalah dakwah ketika itu telah ditidurkan di dalam gua. maka nak minta pandangan cik penulis." -by muse. (refer to the chatbox at the right side of this blog ---->)

First of all, I am aware of my status, that I am not alim enough (alim, as in berpengetahuan) to answer this question in a more solid and precise way. But still, I can go surf the internet looking for kitab ke tafsir ke apa, and I am pretty sure I'll find some sources that will give me an answer to this. But right at this very moment, I feel like answering this question using my own opinion. Hmm, more like sharing my own opinion rather than answering to this question kot. :D Please note that this entry is solely my opinion, and my opinion only. I do not refer to any kitab, articles or anything else except tafsir al-Quran for the verses. And so, this can be true and not be true, depending on the way people see it.

Anyway, the first time I read what Muse wrote, one verse from the Quran came across my mind.

"Sesungguhnya, Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan pasti Kami (pula) yang memeliharanya." -15:9

Kalaulah, hari ini Allah mematikan semua orang yang menyampaikan risalah dakwah, adakah itu membawa maksud islam akan terus hilang lenyap tanpa ada sebarang kesan? Kita hidup kerana adanya islam, atau islam itu ada kerana adanya kita? Tepuk dada, boleh tanya hati, ilmu, iman dan fikrah kita :)

Saya tak tahu apa jenis dakwah, revolusi atau method yang membuatkan islam tertegak sebegitu indah masa pemuda2 Kahfi tu terjaga dari tidur selama 900 tahun lebih tu. Tapi, saya tahu itu kehendak Allah. Allah yang Maha Hafiz menjaga pemuda2 Kahfi dari ancaman fitnah keimanan ke atas mereka. Dan pada masa yang sama Allah yang Maha Hafiz turut menjaga agama tauhid agar terus subur di atas muka bumi.

"Perangilah mereka, niscaya Allah akan menyiksa mereka dengan (perantaraan) tanganmu dan Dia akan menghina mereka dan menolongmu (dengan kemenangan) atas mereka, serta melegakan hati orang2 yang beriman." -9:14

Kemenangan yang dijanjikan Allah terhadap umat islam terjadi kerana itu kehendak Allah yang mahu memberikan kemenangan kepada umat islam. Kata Allah dalam ayat di atas, Dia akan menyeksa mereka dengan perantaraan tangan umat islam. Yang memerangi adalah umat islam, yang memenangkan adalah Allah. Kita boleh memerangi tapi kita tidak berkuasa untuk memberi kemenangan. Sedangkan Allah, tanpa memerangi sekalipun Allah mampu memberi kemenangan.

Allah mampu saja memelihara agama-Nya tanpa kita. Walaupun tanpa pemuda2 Kahfi yang membawa risalah dakwah, Allah berkuasa saja mendatangkan manusia2 lain yg turut beriman untuk menyebarkan islam. Kalaupun tidak dengan cara tu, ada banyak lagi cara yang Allah boleh datangkan untuk menegakkan islam di atas muka bumi. Kerana Allah itu Maha Kuasa.

Dan kita yang tak ada kuasa ni, sentiasa memerlukan rahmat Allah agar semasa Allah memenangkan agama islam, kita berada dalam kelompok mereka yang berusaha ke arah itu. Manusia ni ada empat kelompok. Yang main bola, yang tolong sorak masa tengok orang main bola, yang bakar banner dan buat demo protest team bola dan team yang lawan pasukan bola. Jadilah orang yang main bola, so that bila team bola tu menang, kita jadi orang yang menyumbang, bukan sekadar orang yang pegang pompom sambil bertempik sorak.

Summary pada apa yg nak disampaikan sebenarnya just: jadilah orang yang berusaha untuk menegakkan agama Allah sehingga ke UA. Walaupun usaha kita tu bukan faktor kejayaan yg bakal kita tempa, tapi usaha itu adalah apa yang bakal memberatkan timbangan kita. Allah tak suruh kita berjaya, Allah suruh kita usaha. Dan bila kita usaha untuk agama Allah, Allah pasti akan tolong kita (47:7)

I never really answer question correctly, sebab I keep on going out of the track. Forgive me for that, especially to Muse. But still, what I feel like sharing, I think I've said them all. What cause NIDDM? I'd better go back to my beloved Diabetic slides. ^_^ Salam sayang semua ^^

Oh anyway, rasa nak dengar Unintended by Muse. Lama tak layan.

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum.
Saya Muse dan pertamanya nak cakap jazallah kairan kathira atas ulasan yang panjang lebar. sikit pun tade salah pendapat tu. cantik serta diolah dengan sangat baik. nama pun pendapat kan.

Tapi apa yang nak dikongsikan apabila kita menulis tentang pemuda Kahfi ini, mereka sangat kental. dan yang paling best mereka adalah dari golongan golongan pencetus.adalah penting untuk kita menjadi pencetus dalam melakukan kebaikan. Allah sebut tentang pemuda pemuda ini dalam al-Quran instead of kisah orang yang bersusah payah menyampaikan dakwah selama pemuda pemuda ini tidur (saya tak pernah baca,sorry kalau awak ada terbaca pasal kisah itu). macam terbalik kan? orang yang tidur disebut sebut, orang yang bersusah payah tak disebut pula. maka sangat penting untuk kita jadi pencetus seperti pemuda pemuda ini.kan ?

sebab nama saya Muse supaya awak sentiasa mengelamun tentang soalan soalan saya.

Jazakallah semoga Allah membalas kebaikan kalian.

Lemonades Of Life said...

Waalaikumussalam. First of all, jazakallah khairan kathira jugak kerana sudi membaca dan memberi pendapat. ^^ You did make me ponder, selama ini baca tentang pemuda Kahfi terfikirkan pasal pemuda Kahfi je, tak pernah pulak terfikir tentang orang yg menyampaikan dakwah tu. Allah did everything for a reason, there really must be something more into it then.

InsyaAllah, sebagai individu Muslim kita patut berusaha untuk ke arah UA, and agreed, yg golongan pencetus ini adalah penggerak.

Jazakallah again untuk masa dan pendapat. :) May Allah bless.