Thursday, December 8, 2011

#182 - Luahan :(

ALERT: Ini entry emo dari si penulis. Tak perlu baca :) <--- (cuba untuk senyum)

Apa aku rasa sekarang? Aku rasa frust. Frust menonggeng. Frust gila2. Frust yang dari semalam bawak ke hari ni tak hilang2. Frust yg sampai terpaksa buat esei berkajang2 nak meluahkan isi hati dalam kelas Lab Diagnostics. Frust yang sampai orang kat Malaysia pun perasan aku emo lain sikit dari semalam. Frust yang sampai kena buat emergency contact ke Birmingham. Aku frust gila!

Sebab aku rasa aku tak cukup usaha untuk keluar ke persekitaran yang sebegitu. Aku selesa dengan biah aku sekarang. Duduk dengan orang yang berusrah, orang yang selalu mengingatkan bila2 terlupa. Orang yang berukhwah atas dasar mencari redha Allah. Aku selesa dengan hidup aku ni. Aku bersyukur sebab aku jadi orang yang dipilih Allah untuk terima dakwah dan tarbiyyah. Aku bahagia dengan tempat ni, aku happy bila Allah letak aku kat sini.

Dan langsung aku tak sedar, aku terima makanan rohani hari2 tapi aku langsung tak tolong menyumbang dan memberi ke luar! Apa guna kalau aku sorang2 jadi makin baik, tapi keluarga, kawan2 dan orang2 yang aku kenal kat luar sana belum dapat rasa kemanisan iman dan kesejahteraan islam the way aku rasa???

Kita, tak ada hak untuk menghakimi. Kita, tak ada hak untuk putus asa. Kita, tak ada hak untuk memberi keputusan dan menjatuhkan hukuman. Hak kita, hanya usaha. Berhasil atau tak usaha kita, bukan dalam kuasa kita untuk menentukan.

Hanya kerana sesuatu persekitaran tu tak bermanfaat untuk kita yang dah terima dakwah dan tarbiyyah, wajarkah kita tinggalkan orang2 lain yang turut ada dalam persekitaran tu? Dakwah dan tarbiyyah bukan macam sekolah. Murid2 pergi sekolah cari cikgu untuk dapat ilmu. Dakwah dan tarbiyyah tu multiple-ways interaction. Murabbi perlu jugak mencari orang yang mahu didakwah, bukan sekadar tunggu orang datang mintak didakwahi!

Aku frust. Aku sentap. Macam tu remeh sekali ke manusia pandang soal syurga neraka sekarang ni? :( Waktu2 macam ni, aku mesti teringatkan sahabat Nabi, Mus'ab bin Umair. Kuatnya beliau, persistentnya beliau. Mus'ab yang seorang mampu mengislamkan sebuah negeri Madinah! Aku? Apa aku ada? Jangankan sebuah negeri... :(

2 comments:

Anonymous said...

:) moga terus thabat insyaALLAH....

Lemonades Of Life said...

insyaAllah :)