Fuhh, entry tertunggak lebih seminggu. Blame it solely on Pharmacology, not my time management. Hehe. Oh, selamat hari asyura. :) Dah nak 10 Muharram. Jom2 rebut pahala puasa hari ni ^^ Ha! Pun tak wish lagi happy new year. Ada penghijrahan ke arah yg lebih baik untuk tahun baru 1433H ni? Lagi kurang sebulan nak birthday tahun hijrah. Yeay. :D
Entry ni adalah sambungan kepada Cerita 1 sampai 4 yg dipost on November 25th dulu. Baca tu dulu before baca ni tau. First thing first, kena clarify dulu apa maksud fitnah sebenarnya. Kita selalu je cakap fitnah2 ni bila ada orang bawak cerita yg tak betul kan. "Eh dia tu fitnah belaka." Tapi maksud fitnah ni sebenarnya bukan tu je. ^^ Secara generalnya, fitnah ni adalah ujian. Ujian ni boleh jadi dua benda, ujian yg datang dari dalam dan ujian yg datang dari luar. Contoh, Munah ni free hair. Sebab apa dia free hair? Ada dua sebab. 1, sebab orang sekeliling dia pun free hair. 2, sebab dia rasa dia tak cantik kalau pakai tudung. Sebab 1 tu adalah ujian dari luar, yg kita panggil mehnah. Sebab yg kedua tu kita panggil fitnah, sebab datangnya dari dlm diri kita.
So, nak dijadikan cerita, seronoknya surah al-Kahfi ni sebab Allah bukan saja2 suka2 nak cerita kat kita pasai orang zaman2 dulu, buat bedtime story je. Bangun tido terus lupa. Ada fitnah yg dibawa dalam keempat-empat cerita ni. Ada empat jenis ujian yg boleh datang dari dalam diri kita, dan melalui cerita ni, Allah share dengan kita apa ujian2 yg selalunya kita terima dari dalam diri kita.
Fitnah 1
Fitnah keimanan. Pemerintahan yg kejam dekat negeri tempat pemuda2 Kahfi ni tinggal berlawanan dengan fitrah agama tauhid yg dorang anut. Keimanan dorang teruji. Patut ikut je ke pemerintahan tu untuk selamatkan diri, atau kekal dengan agama tauhid dan terima risiko bakal dimaki dihukum bagai? Kalau kita berhadapan dengan fitnah keimanan ni, Allah kata penyelesaiannya adalah keluar dari persekitaran yg membawa keburukan pada kita tu. Macam pemuda2 Kahfi ni buat. Untuk menjaga keimanan dorang, dorang keluar menuju ke sebuah gua. Kat sini kita nampak kepentingan biah dalam kehidupan seorang individu muslim. :)
"Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya." -HR Abu Daud.
Fitnah 2
Fitnah kekayaan. Si kafir dengan si mukmin ni dua2 ada kebun anggur. Dua2 ada harta. Tapi berbeza sekali cara dorang melayan harta dorang kan. Satu berbangga2 dengan apa yg dianggapnya diperoleh sebab hasil usaha dia sendiri. Bila kita ada harta, lagi2 yg kita peroleh melalui hasil usaha kita, senang untuk kita terkena fitnah kekayaan. Rasa macam kita kaya ni sebab kita yg rajin usaha semua. Jadi penyelesaiannya, anggap harta tu sekadar perhiasan dunia, yg terwujud sekadar dengan kehendak dan izin Allah. (MashaAllah, la quwwata illa billah). Harta tu bukan milik kita, tapi dipinjamkan Allah untuk kita. Harta boleh jadi benda yg bakal mendakwa kita di akhirat, boleh juga jadi benda yg membantu kita masuk syurga, terpulang pada cara kita mengendalikan harta kita. :)
"Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, untuk Kami menguji mereka, siapakah di antaranya yang terbaik perbuatannya." -18:7
Fitnah 3
Fitnah kebijaksanaan. Nabi Khidir itu seorang Nabi yg dikurniakan Allah dengan pengetahuan dan kebijaksanaan. Untuk orang yg bijak pandai ni pun mudah untuk jatuh dalam fitnah kebijaksanaan ni, bila kita anggap kita pandai dan lebih dari orang. Nauzubillahiminzalik. ;( Dalam cerita ni, cara Nabi Khidir ni mengelak dari fitnah kekayaan ni adalah dengan buat benda2 pelik. Hehe. Yeke? Dalam erti kata lain, beramal dengan ilmu. Hidup mengikut arus agama, bukan arus adat dan semasa semata-mata. Benda pelik ke tak pelik ke, kalau berdasarkan ilmu yg kita ada itulah yg Allah redha, perlu untuk kita buat.
"Ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah." -Saidina Ali r.a. (macam pokok cempedak mandul kat umah, last2 kena tebang je. huhu)
Fitnah 4
Fitnah kekuasaan. Ayat 86 surah al-Kahfi ni, Zulkarnain siap diberi pilihan lagi sama ada hendak menghukum atau berbuat kebaikan, sebab Zulkarnain ada kuasa. Orang ada kuasa ni mudah terjurus untuk menyalahgunakan kuasa. Sekarang ni lagi la kan, corruption semua. Isk isk. Untuk mengelak fitnah kekuasaan ni, si ketua perlu bergaul dengan orang ramai. Kalau zaman Khulafa' ar-Rasyidin dulu pun dah menjadi satu contoh untuk kita, mana ada khalifah yg rumahnya lagi mewah dari rumah rakyat2nya kan. Rasulullah sendiri pun lagi rela ikat perut dengan batu sbb berlapar. Zuhudnya hidup dorang kan.. Apa yg pemimpin2 ni dapat, adalah apa yg rakyat2nya dapat. :)
"Dan Kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami selama mereka sabar." -24:32
Panjang entry ni. Ni tak menjawab lagi soalan Muse (rujuk chatbox). InsyaAllah post selepas ni akan diusahakan secepat mungkin. Minggu ni takdak exam boleh la berfoya-foya. Wahaha!
Em, harap si penulis dan si pembaca dapat ambik sedikit sebanyak ibrah insyaAllah. Gambar tak ada kena-mengena dengan cerita ye ^^
Selamat hari asyura semua! Love from Poland :)
0 comments:
Post a Comment