Friday, November 25, 2011

#180-Bicara Tentang Gua Part I


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.

Assalamualaikum wbt semua! ^_^ Selamat hari jumaat semua orang! Hari ni hari Jumaat terakhir tahun 1432H. Dah nak masuk tahun baru dah. Apa agaknya yg kita dah buat sepanjang setahun ni ye. Semoga amalan2 kita Allah terima dan Allah redha. :)

"Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat maka terpancarlah cahaya di antaranya dan baitullah." -HR al-Baihaqi.

Ni antara dalil yg aku jumpa masa cari tentang sunat membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat. Adat dekat Malaysia asal malam Jumaat je baca Yaasin kan. Lepas ni apa kata kita tambah baca al-Kahfi pulak hari Jumaat, dapat pahala baca Quran sekali dengan pahala mengamalkan sunnah Rasulullah. InsyaAllah kita start sikit2.

Alang2 dah hari Jumaat ni, aku nak share sikit tentang surah al-Kahfi ni. Dalam surah ni, ada 4 cerita yg Allah bicarakan pada kita. Allah mencipta manusia ni ada cenderung untuk meminati fiction. Sebab tu kita lagi suka baca novel dari suka baca surat khabar kan. Allah tahu kita memang macam tu, sebab tu dalam Quran ni, ada Allah selitkan cerita2 untuk kita ambik jadikan pengajaran.


Cerita Satu

Memang kisah paling femes dalam surah al-Kahfi. Kisah pemuda al-Kahfi kan. Direct translation, pemuda gua. ^^ Kalau baca balik tafsir, dorang ni tak nak ikut pemerintahan zalim raja masa zaman dorang tu, tu pasal dorang keluar dari negeri dorang tu dan sembunyi dekat gua. Dan dorang tertidur dalam gua tu selama 309 tahun. Bila bangun2 je, dorang ingat dorang tertidur dalam setengah hari takpun sehari je. Dorang dapat tahu yg dorang tidur lama gila, masa salah seorang tu pegi beli makanan dan wang perak yg dia bawak tu sudah tak digunakan lagi masa zaman tu.


Cerita Dua

Yang kedua kisah kebun anggur. Ada dua orang lelaki ni, seorang beriman dan seorang lagi kafir. Dua2 ni ada kebun anggur. Tapi yg kafir ni buah anggur kat kebun dia ni lagi lebat dari yg si beriman ni. Dia pun berbangga2 dengan kekayaan yg dia ada. Katanya kepada yg beriman tu, disebabkan harta kekayaanya yg banyak, dia yakin kekayaan yg dia ada tu takkan binasa pun. Lalu Allah membalas kata2 si kafir tu dengan membinasakan kebun anggur dia dan tak ditinggalkan sedikit pun.



Cerita Tiga

Kisah antara Nabi Musa dan Nabi Khidir. Nabi Musa ni satu hari dia ikut Nabi Khidir, dgn syarat yg diletakkan oleh Nabi Khidir, yg Nabi Musa ni tak boleh tanya apa2 pun sampai la Nabi Khidir tu terangkan sendiri. Masa berjalan tu, Nabi Musa tengok Nabi Khidir ni aneh sekali perbuatan dia. Nabi Khidir ni melubangkan perahu, membunuh seorang anak muda dan menegakkan dinding sebuah rumah yg hampir roboh. Nabi Musa ni tiap2 kali tu dia tanya apsal la Nabi Khidir ni buat macam tu. Dan di akhir perjalanan tu, Nabi Khidir explain; perahu tu dilubangkan utk elakkan seorang raja merampas perahu tu. Anak muda tu dibunuh sbb bila dia besar, dia dikhuatiri akan membawa kesesatan dan kekafiran kpd ibu bapanya. Dinding rumah tu ditegakkan sebab rumah itu adalah milik dua orang anak yatim.



Cerita Empat

Pun femes jugak cerita ni! ^^ Cerita tentang Zulkarnain. Zulkarnain ni dia jalan2 sehingga dia jumpa satu kaum yang tak beragama, dan dia boleh menghukum atau berbuat kebaikan kepada kaum tu. Zulkarnain jalan lagi sampai dia jumpa satu kaum yg tak diberi perlindungan dari cahaya matahari yg terik. Dia jalan lagi dan sampai kepada satu kaum yg tak memahami pembicaraan. Kaum tu mintak tolong pada Zulkarnain untuk buat satu dinding penghalang agar Yakjuj dan Makjuj tak dapat mendaki dinding tu dan membuat kerosakan di atas muka bumi..



Dari empat2 cerita ni, apa agaknya pengajaran yang kita boleh dapat eh? Feel free to share. InsyaAllah, kalau diizinkan Tuhan, kita sambung part II nanti. Oh, sila rujuk tafsir atau terjemahan surah al-Kahfi untuk kisah lebih detail dalam grammar yang lebih proper. Huhu. Dan gambar tak ada kena-mengena dengan cerita.

Salam hari Jumaat semua! ^_^

1 comments:

Cid said...
This comment has been removed by the author.