Thursday, November 10, 2011

#176 - Dia Irfan Saya.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.

Saya suka membaca buku2 Hilal Asyraf. Yang paling saya minat, Sinergi. Sinergi itu cerita tentang ukhwah. Kerana itu, saya paksa dia untuk baca Sinergi. Sebab saya mahu dia tahu cinta saya terhadapnya adalah sebagaimana cinta Asid terhadap Irfan. Dia sahabat yang paling saya cinta. Sebagaimana Asid mencintai Irfan. Dan dia Irfan saya. :)


Dia bukan sekadar sahabat. Dia keluarga saya. Dia sebahagian dari saya. Malah, ibunya juga saya anggap seperti ibu saya sendiri. Pelukan ibunya saya rasakan seperti pelukan ibu saya sendiri. Sebagaimana saya menyayangi keluarga kandung saya, begitulah saya menyayangi dia.

Saya tak akan pernah mahu kehilangan dia. Walaupun tanpa dia sedar, dia sebenarnya mengajar saya untuk menjadi individu muslim yang lebih baik. Saya mengejar impian untuk ke syurga bersamanya. Kerana itu, saya sentiasa mahu menjadi lebih baik. Saya mahu berjalan ke syurga sambil memimpin tangan dia. Biar kasih dan sayang yang saya rasa terhadap dia kekal sampai bila2. Sahabat sampai syurga. :)

Ya Allah, Tuhan yang Maha Penyayang. Engkau limpahkan rasa sayang ke dalam hati2 kami hamba-Mu, maka Engkau redhailah rasa sayang aku terhadapnya. Ya Allah, Tuhan Yang Maha Memberi Kesejahteraan. Kau limpahkanlah kesejahteraan ke dalam kehidupan dia. Kuatkan cintaku terhadap-Mu, agar aku mampu mencintainya kerana-Mu. Ya Allah, Tuhan yang Maha Menjaga. Kau jagalah dia. Jika takdir-Mu memisahkan aku daripadanya, temukanlah semula kami di dalam syurga-Mu.

Semoga Allah mengizinkan saya untuk menjadi seperti Saidina Abu Bakar r.a. yang sanggup menahan kesakitan digigit kala jengking berbisa demi lena sahabat baiknya. Semoga Allah mengizinkan saya untuk menjadi seperti golongan Ansar yang sanggup menyerahkan segala-galanya demi keselesaan hidup golongan Muhajirin. Semoga Allah mengizinkan saya untuk menjadi seperti Abdullah Ibn Rawahah yang mengislamkan Abu Darda', lantas Abu Darda' menjadi antara golongan sahabat yang hebat dalam urusan dakwah dan tarbiyyah. Semoga Allah mengizinkan saya untuk menjadi seperti Ikramah, yang memilih syahid di medan Yarmuk agar sahabatnya dapat meneguk sedikit air sebelumnya.

Dua perkara yang saya cinta dalam gambar ni; Dia dan Laksa. :)

2 comments:

waniawin said...

menangis.

Lemonades Of Life said...

awak, jangan mengada sangat la. hehehe. nak menangis awat pulak ni? ^^