Dulu tengok dalam tv je orang taip depan komputer tak tengok keyboard. Sekarang aku pun dah boleh buat macam tu. Nampak sangat dalam masa 2 tahun lebih duduk Poland ni sebahagian besar masa aku habis depan laptop. T.T
Oh. Kali ni aku saja2 je rasa nak merapu. Sebab aku terbaca status Hilal Asyraf yang ini ---> [KLIK LA NI KALAU NAK TAHU STATUS APA]. Status ni mengingatkan aku pada seorang rakan yg aku kenal rapat masa darjah 5. Semua orang suka kawan dengan si dia ni sebab dia kelakar. Bercakap je dengan dia mesti akan ada rasa nak gelak. Masa darjah 5 tu, dia terpaksa pindah sekolah. Sebelum dia pindah, dia hadiahkan aku sekeping duit kertas seringgit. Seringgit je, baru darjah lima kan, mana ada duit banyak2 nak bagi orang. :D
Katanya, "Ni hadiah birthday hg. Hg boleh guna duit ni lepas 25/8 ja." Excited la aku dapat hadiah birthday kan. Hehe. Tapi sayangnya aku terhadap dia buat aku tak sampai hati nak guna duit tu. Dan sekarang, selepas 11 tahun berlalu, aku masih simpan elok lagi duit tu. Aku simpan dalam satu kotak kecil yg ada khazanah2 berharga yg lain. :)
Dalam kotak tu ada duit seringgit dia bagi, bracelet Mizah buatkan untuk aku, keychain Nadmin pen-pal aku bagi, bookmark Cikgu Zubaidah (cikgu aku masa darjah 5) bagi, keychain SHIELA Naimah buatkan untuk aku, origami bintang Aina bagi aku, dan yg paling paling paling berharga, tulisan tangan arwah emak aku. :)
Ha, alang alang sebut pasal emak ni kan..kepada yang membaca, berenti baca sat barang seminit dua, mintak tolong sedekahkan al-Fatihah untuk mak aku. Ulang tahun kematian emak aku yg kesepuluh hari Isnin lepas, tapi apa jenis anak la aku ni gelisah bagai dengan test pathomorphology baru hari ni aku teringat. Hehe.
Oh anyway, aku tadabur surah al-Mukmin hari ni. Pi amik tafsir masing2 cepat, nak share ayat best ni. Hehe. Ce usha ayat 7 sampai ayat 9. Nak tulis kat sini panjang pulak, so aku assume hampa semua dah baca la kan apa tafsir 3 ayat tu. Aku suka sungguh bila baca tu. First of all, berdoa dan berharaplah agar kita ni tergolong dalam golongan beriman. Kedua, bukan calang2 orang tolong doakan kita (orang beriman) wei, MALAIKAT KOT MENDOAKAN KITA!! Malaikat. Yang beribadah siang malam dekat Allah, yang tak ada dosa. Yang tu yang tolong doakan kita (orang beriman). Seronoknya la ya Allah kalau kita ni jadi golongan yang didoakan malaikat kan. Ketiga, ayat 8. Fitrah manusia yang ada rasa sayang terhadap keluarga. Jadi malaikat doakan sekali untuk keturunan kita. Mesti best kan bila masuk syurga sekali dgn mak ayah tok nenek abang kakak adik semua. :)
Gambar 3: Indahnya ukhwah berteraskan iman. Biar berbeza usia, tahun pengajian, tempat tinggal..aku tetap cinta kau kerana kita sama2 mencintai Allah. :)
Ai, seronok pulak blogging bila dah berhari jugak la aku tak menulis. Hehe. Rasa macam nak buat cerpen lagi, macam zaman dulu2 tu..tapi tunggu la tengok kesihatan mood aku camna. :)Sehari satu sunnah:
"Dua rakaat sembahyang dengan bersugi itu terlebih baik pahalanya daripada 70 rakaat sembahyang dengan tidak bersugi." -HR Muslim.
Gosok gigi dulu seboleh-bolehnya sebelum solat. :)
0 comments:
Post a Comment